Forex Trading Market Pasaran Perdagangan Kripto Komoditi CFD Saham Belajar Berdagang Wawasan Mingguan Indeks

Perdagangan Forex, Emas, Bitcoin Dan Lainnya Dalam
Talian

Pengenalan Candlestick: Cara Baca Carta Candlestick
Chris Lewi Win
2021-01-15 2397

Candlestick adalah sebuah alat perdagangan klasik dan terkenal yang di gunakan untuk analisa teknikal. Cara baca carta candlestick yang sebenar akan membantu anda untuk mencari peluang untuk mengambil posisi dalam dagangan seterusnya menjana keuntungan yang maksimum.

 

Dalam artikel kali ini, saya akan membantu anda dalam cara baca carta candlestick dengan sangat mudah, serta strategi mudah mendapat profit hanya dengan mengenal pattern candlestick. 

Post Contents [hide]
1. Apa Itu Candlestick Chart

Adakah anda masih ingat sewaktu anda pertama kali melihat carta pasaran, tidak kisah pasaran saham atau forex mahu pun komoditi, anda ternampak beberapa bentuk segi empat yang terlihat membentuk dalam keadaan menaik, menurun atau mendatar?

 

Apa bila saya pertama kali melihat carta, saya hanya beranggapan ianya sebuah segi empat yang tidak mempunyai apa-apa makna. Saya hanya fokus kepada pergerakan naik turun carta tersebut. Namun setelah memahami fungsi segi empat, atau pun terkenal dengan gelaran ‘Candlestick’ dalam pasaran kewangan, ia membantu saya memahami apa yang terjadi kepada pasaran.

 

Secara asasnya carta candlestick di gunakan untuk mengukur harga pergerakan pasaran dan ia sangat penting dalam dagangan untuk menentukan 4 titik utama harga iaitu pembukaan, penutupan, harga tertinggi serta harga terendah.


Sebelum kita lihat dengan lebih lanjut, mari kita lihat sejarah menarik carta candlestick yang telah mengubah aktiviti perdagangan di dunia.

 

Sejarah Candlestick 

Candlestick adalah sebuah jenis alat pengukur yang sering di gunakan dalam analisis teknikal untuk pasaran kewangan.

 

Candlestick di percayai di cipta di Jepun pada sekitar tahun 1700 oleh seorang saudagar dan pedagang beras. Saudagar tersebut di beri nama Homma Munehisa, berasal dari Sakata. Homma mula untuk mengira pergerakan harga beras di atas kertas.


 Beliau melukis bentuk setiap hari dengan mengambil kira harga semasa open, high, low dan close. Homma dapat mengesan pattern yang di tunjukkan dalam candlestick tersebut, dan yang menariknya pattern candlestick tersebut masih relevan di gunakan sehingga sekarang.

 

Oleh itu sebab penemuan tersebut, Homma Munehisa di katakan merupakan salah satu pedagang yang paling berjaya dalam sejarah dunia dan kekayaan beliau bersamaan dengan 10 billion US Dollar pada masa kini.


Kegunaan Candlestick Chart

Dalam carta pasaran, terdapat banyak jenis alatan dagangan yang di gunakan untuk analisa teknikal. Selain candlestick, terdapat juga alat untuk mengukur pergerakan harga pasaran seperti line chart, bars dan heikin ashi. Walau pun terdapat banyak alat dagangan, candlestick chart adalah antara yang paling popular dan di gunakan secara meluas.

 

Mari kita lihat kegunaan carta candlestick dalam dagangan:

 

1. Menentukan Trend Pasaran: Carta candlestick di gunakan untuk menentukan trend pasaran yang terkini. Apa bila trend pasaran sedang menaik, carta candlestick akan membuat kenaikan seperti anak tangga dan begitu juga yang akan terjadi sebaliknya.

 

2. Meramal Pergerakan Pasaran: Carta candlestick juga di gunakan untuk meramal pergerakan pasaran pada masa akan datang berdasarkan pattern candlestick yang telah terjadi pada masa lalu. Menurut Homma Munehisa, pattern candlestick sentiasa akan membentuk pattern yang sama seperti yang lalu. Ini terjadi oleh kerana pengaruh psikologi pedagang. Beliau melihat bahawa pergerakan pasaran bukan di sebabkan oleh logik namun di sebabkan oleh sikap tamak dan takut pedagang itu sendiri.

 

3. Melihat Momentum Pergerakan Pasaran: Pernahkan anda berdagang namun pergerakan pasaran amat perlahan, atau pun tiba-tiba pasaran menjadi volatil dengan pergerakan yang pantas serta mempunyai shadow yang panjang? Carta candlestick akan membantu anda melihat momentum pergerakan pasaran dan akan membantu anda membuat keputusan dalam memasuki posisi dagangan.

 

4. Penentu Kemasukan Posisi Dalam Dagangan: Carta candlestick sering di gunakan sebagai penentu atau confirmation sebelum memasuki sesebuah posisi dagangan oleh pedagang price action. Ini kerana paras support dan resistance adalah paras yang terpenting dan seringkali mempunyai reaksi dari pada para pedagang. Carta candlestick dapat menunjukkan paras tersebut dengan mudah dan kemas, tanpa menggunakan sebarang indikator yang berlebihan.

2. Komposisi Carta Candlestick

Seperti yang telah di jelaskan sebentar tadi, bentuk badan candlestick selalunya bukan segi empat yang sempurna. Ia turut di bentuk oleh shadow atau wick. Candlestick di bentuk mengikut pilihan time frame atau jangka masa yang anda lihat seperti dalam minit, jam, hari, minggu dan juga bulanan.

 

Setiap carta candlestick mempunyai paras harga dan masa. Ia dapat di lihat oleh 4 titik utama di dalam candlestick.


16106726817165



Bentuk Candlestick Chart

 

Candlestick Chart merupakan sekumpulan bentuk segi empat yang terpapar di carta sama ada satu candlestick atau lebih.

 

Real Body

Di dalam Candlestick Chart, ia mempunyai reka bentuk segi empat yang menunjukkan harga pada open, high, close dan low. Ia menunjukkan harga dalam sesuatu masa dalam minit, jam sehinggalah bulanan. Segi empat tersebut di gelar ‘real body’.

 

Pembukaan harga dalam candlestick adalah paras di mana harga semasa berada apa bila candlestick mula di bentuk. Semasa pembentukan sebuah candlestick, harga akan menaik atau menurun.

 

Bayang atau shadow akan terbentuk sama ada menaik atau menurun kerana ia terjadi semasa harga belum di tutup atau close. Hujung candlestick paling atas dan rendah, tidak kira jika ianya real body atau pun hanya shadow, ia akan menunjukkan paras harga tertinggi dan terendah yang telah di capai.

16106727786761


Apa bila harga telah close, ia akan menunjukkan sebuah bentuk atau pattern. Pattern yang telah terbentuk biasanya akan memberikan bayangan terhadap pergerakan yang bakal di lakukan di dalam pasaran pada masa akan datang. 

3. Contoh Pattern Candlestick Yang Popular

Homma Munesiha, yang merupakan pencipta asal carta candlestick, telah mencatatkan dan merekodkan candlestick pasaran dagangan beras. Beliau perasan bahawa ada beberapa pattern candlestick yang berulang kali terjadi pada masa yang lepas, dan apa bila pattern tersebut terbentuk sekali lagi, Homma dapat menjangka pergerakan yang akan terjadi dengan tepat.

 

Walau pun telah hampir 300 tahun sejak pattern candlestick di temui, ia masih relevan dan boleh di gunakan sehingga sekarang. Tetapi perlu ingat, bukan semua pattern candlestick boleh di gunakan dengan baik. Oleh itu saya akan senaraikan beberapa pattern candlestick yang popular dan telah terbukti keberkesanannya. 


Jenis-Jenis Pattern Candlestick


Pattern candlestick terbahagi kepada 2 jenis; iaitu continuation dan reversal.

 

1. Continuation: Jenis pattern candlestick ini adalah pattern yang akan memberikan petanda dan bayangan bahawa pergerakan pasaran akan meneruskan perjalanan sama ada menaik atau menurun. Sesuai jika harga pasaran telah membuat suatu breakout.


2. Reversal: Jika harga pasaran akan membuat suatu pusingan atau pembalikan dan mula bergerak pada arah bertentangan, pattern candlestick boleh memberikan suatu petanda yang boleh anda lihat dan ambil perhatian.

 

Seterusnya, mari kita lihat beberapa pattern candlestick yang popular dan sering di gunakan dalam kedua-dua jenis pattern candlestick.



Continuation Candlestick Pattern


Pattern candlestick yang anda lihat boleh di gunakan apabila trend menaik dan juga menurun.

 

1. Three Methods

Three methods candlestick pattern terjadi apabila 3 bentuk candlestick yang kecil bergerak dalam arah yang bertentangan, namun tidak mampu meneruskan perjalanan oleh sebab momentum yang kuat dalam arah yang utama. Ia biasanya terjadi apabila harga telah breakout.

 

Untuk trend menaik, ia di beri nama Rising Three Methods, untuk trend menurun pula di beri nama Falling Three Methods.


Trend Menaik: Rising Three Methods

16106729927498


Trend Menurun: Falling Three Methods

16106730486775


2. Marubozu

Apabila satu candlestick besar terbentuk dalam satu arah trend yang sama, tanpa sebarang shadow atau shadow yang sangat kecil, ini menandakan pergerakan trend pasaran akan di teruskan.

 

Candle berwarna hijau adalah menaik dan warna merah adalah menurun (Warna candlestick adalah mengikut setting carta masing-masing, anda mungkin menggunakan warna yang lain). 


Marubozu dalam trend menaik

16106731561168



Marubozu dalam trend menurun16106731993294


Reversal Candlestick Pattern


Pattern candlestick reversal terjadi apa bila harga pasaran ingin membuat

Pattern candlestick reversal terjadi apa bila harga pasaran ingin membuat u-turn atau pembalikan dari pergerakan sebelumnya. Sebagai contoh apa bila berlaku kenaikan pada sesuatu harga, harga akan berhenti di suatu paras dan mula mengalami penurunan. Begitu juga yang berlaku sebaliknya.

 

1. Engulfing

 

Engulfing yang bermaksud di telan atau di litupi keseluruhannya bermaksud candlestick yang terbaru ‘menelan’ atau lebih besar dari candlestick yang sebelumnya.

 

Pattern candlestick ini dapat memberitahu bahawa harga akan berubah dan membuat pusingan oleh kerana volume pembelian atau penjualan yang tinggi dari para pedagang. Biasanya yang menyebabkan pergerakan besar ini adalah dari ‘jerung’ pasaran yang bermodal besar seperti institusi kewangan bank, firma dan individu.

 

Real body pada engulfing adalah besar dan lebar tanpa shadow atau shadow yang lebih kecil dari badan candlestick. Candlestick yang sebelum mestilah lebih kecil dan trend mestilah bertentangan dengan candlestick terbaharu.

 

Contohnya, body candlestick kiri adalah menurun dan kecil. Body candlestick kanan mestilah menaik dan besar. Itu juga yang berlaku sebaliknya.


Bullish Engulfing - Trend kenaikan akan berlaku

16106732888814

Bearish Engulfing - Trend penurunan akan berlaku


16106733219056

2. Hammer & Inverted Hammer

 

Pattern candlestick ini di beri nama ‘hammer’ oleh kerana ia berbentuk seperti sebuah tukul. Pattern ini terbentuk apabila terjadi reversal yang kuat daripada trend penurunan yang asal, kemudian terjadi sebuah kenaikan harga atau pun bullish.

 

Hammer adalah berbentuk tukul yang berdiri tegak dan inverted hammer pula berbentuk tukul yang terbalik. Namun kedua-dua bentuk ini memberi signal bahawa kenaikan akan berlaku.

 

Walau pun warna candlestick kurang memberi pengaruh, namun lebih baik jika ia berwarna hijau.


Hammer


16106734512950

Inverted Hammer


16106734514283


3.Shooting Star & Hanging Man.

 

Pattern candlestick shooting star dan hanging man terbentuk bila terjadinya reversal yang kuat dari trend kenaikan harga yang asal, yang kemudiannya terjadi penurunan harga iaitu bearish.

 

Shooting star berbentuk tahi bintang dan hanging man berbentuk seperti orang tergantung. Ia mirip seperti bentuk pattern hammer, namun pattern ini untuk keadaan pasaran yang menurun.

 

Sama seperti hammer, walau pun warna candlestick kurang memberi pengaruh, namun lebih baik ia berwarna merah kerana ia menunjukkan bearish.


Shooting Star


16106740688374

 

Hanging Man

16106741045817



4. Bagaimana Cara Baca Carta Candlesticks - Trend Harga

Suatu kelebihan menganalisis dan baca carta candlesticks adalah ia sangat mudah untuk memahami trend harga semasa. Setiap 4 titik dalam sebuah candlestick iaitu open, high, close dan low dapat memberitahu anda situasi terkini sesebuah pasaran.


Saya akan mengongsikan anda beberapa cara untuk baca carta candlesticks dan mengetahui trend harga menggunakan alatan analisis seperti trendline dan candlesticks pattern yang telah anda ketahui di atas. Saya akan menggunakan strategi price action supaya memudahkan anda memahami cara baca carta candlesticks. 


a) Menggunakan Trendline

Trendline adalah sebuah alat untuk analisis teknikal yang sangat baik untuk membantu trend harga. Buka carta candlesticks dan tekan tools trendline. 


Trend Menaik: Bullish

16106735822262


Jika carta candlesticks dalam keadaan menaik, tarik trendline pada bahagian bawah body candlesticks. Apa bila lebih dari dua body candlesticks tersentuh, ini bermakna trend terkini adalah bullish dan anda boleh mencari peluang untuk Buy.


Trend Menurun: Bearish


16106736322933

 

Jika pasaran dalam keadaan menurun, tarik trendline pada bahagian atas body candlesticks. Apa bila lebih dari dua body tersentuh, ini bermakna trend terkini adalah bearish dan anda boleh cari peluang untuk Sell.


b) Menggunakan Pattern Candlesticks

Anda boleh mengetahui trend harga semasa menggunakan pattern candlesticks.

 

Sebelum itu anda boleh warnakan candlesticks anda mengikut pilihan masing-masing. Saya cadangkan anda warnakan bullish candle kepada warna hijau dan warna merah untuk bearish candle.

 

Marubozu - Continuation Pattern

Seperti yang telah saya senaraikan di atas, marubozu adalah candlestick yang akan menunjukkan kesinambungan atau continuoation dalam pasaran.

 

Apa bila terbentuknya pattern candlestick marubozu dalam trend pergerakan yang sama, contohnya candlestick marubozu berwarna hijau semasa trend harga menaik, anda boleh menjangkakan pasaran adalah dalam keadaan bullish.

 

Jika candlestick marubozu berwarna merah semasa trend harga menurun, jangkaannya adalah pasaran akan meneruskan penurunan atau bearish. 


Trend Kenaikan Bullish


16106737198838


Trend Penurunan Bearish


1610673775292



Engulfing - Reversal Pattern

Apa bila harga telah mencapai tahap tertinggi atau terendah, jika berlakunya engulfing, anda boleh menjangkakan harga akan membuat u-turn. Ini dapat membantu anda mengambil kesempatan dalam dagangan apa bila cara baca carta candlestick adalah betul.  

 

Bullish Engulfing

16106738127379


Bearish Engulfing

16106738557068





5. Bagaimanakah Cara Saya Untuk Mula Berdagang?

Untuk mula berdagang, anda perlu mencari broker yang bertindak sebagai orang tengah yang akan menolong anda memasuki posisi dagangan.


Saya mencadangkan anda menggunakan broker Mitrade, sebuah broker CFD yang yang diberi kuasa dan dikawal selia oleh Australian Securities and Investments Commission (ASIC) dan memiliki Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia (AFSL 398528).


Sekiranya anda seorang pelabur pemula yang mahukan platform perdagangan yang mesra pengguna dengan pelbagai alat perdagangan automatik, sokongan pelanggan yang sangat baik dan spread yang ketat, Mitrade adalah salah satu broker dalam talian terbaik. 


Anda boleh memanfaatkan alat pengurusan risiko yang ditawarkan Mitrade, termasuk Perlindungan Baki Negatif dan peraturan peringkat teratas, sementara juga mengakses spread yang sangat rendah dan komisen sifar. Untuk meneroka platform perdagangan dan pasaran kewangan Mitrade, anda boleh membuka akaun demo,akaunnya tersedia $50000 wang maya dan berlaku selama 90 hari.


Anda boleh mendaftar di laman web Mitrade (klik di sini), atau dengan memuat turun aplikasi Mitrade.


Langkah 1: Daftar Akaun Forex dengan Aplikasi atau Website Mitrade.

● Muat turun aplikasi Mitrade atau daftar melalui website.

● Lengkapkan permohonan anda.

16142243824086


Alami akaun demo percuma nikmati $50000 wang maya>> >    


Langkah 2: Sahkan Akaun Anda.

● Selepas mendaftar, sahkan akaun anda dengan Kad Pengenalan, Pasport atau Lesen Memandu.

● Kemudian sertakan satu salinan bil-bil atau ‘bank statement’ untuk sahkan jika alamat yang anda telah daftarkan itu tepat.

● Tunggu sebentar untuk akaun disahkan. Biasanya ini mengambil masa kurang dari sehari.

16142243459739


Langkah 3: Melakuan Deposito

Sila buat deposit awal dengan jumlah nominal yang sangat berpatutan, bermula dari $ 50 sahaja.

Atau anda juga boleh menggunakan kemudahan akaun demo bernilai $ 50,000 sebagai modal wang maya anda untuk mempraktikkan perdagangan anda sebelum memasuki perdagangan dengan wang sebenar.

1614224410192



Langkah 4: Mula Berdagang Forex!

● Setelah akaun anda telah disahkan, anda boleh membuat deposit wang atau menggunakan akaun demo. Setelah itu, anda sudah boleh mula berdagang dengan CFD dan dapatkan keuntungan pertama anda!

16142244987257

Kesimpulan

Dengan memahami cara baca carta candlestick yang di terangkan di atas, anda sudah boleh mula menjana keuntungan dengan berdagang. Dengan mengaplikasikan penggunaan candlesticks pattern seperti engulfing, marubozu dan lain-lain lagi, sudah pasti cara baca carta candlestick telah menjadi lebih mudah dengan Mitrade.

 

Masanya telah tiba untuk anda menjana wang sebenar. Mula menjana wang sekarang!


Berdagang di Mitrade, 0 komisen, spread rendah>> >




Anda Mungkin suka: 


>> 9 Forex Broker Malaysia Yang Sah Dan Dipercayai (Tips Memilih) 2020

>> Cara Main Forex Mudah - Tanpa Modal Diperlukan! Pendapatan Sampingan Senang Sahaja!

>> Apa Itu Forex? Panduan Lengkap Belajar Main Forex Dalam Talian Bagi Pemula 2021

*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*

Share this story