Pernah tak dengar saham Blue Chip? Bagi kebanyakan orang ianya agak asing. Istilah ini mungkin agak biasa bagi dunia pelaburan namun ramai yang masih tidak mengetahui apa maksud saham Blue Chip di Malaysia, apa ciri-ciri saham Blue Chip. Dalam jurnal kali ini kami akan kupaskan isu ini dan memberikan senarai 10 saham Blue Chip terbaik di Malaysia. Juga bagaimana untuk berdagang saham Blue Chip ini.
Sebelum melangkah ke lebih mendalam lagi dalam topik ini, jom kenali apakah maksud saham Blue Chip. Saham Blue Chip adalah saham syarikat-syarikat yang besar dan mempunyai reputasi yang sangat baik. Reputasi yang baik bermakna kukuh dari segi kewangan dan beroperasi bertahun-tahun lamanya. Saham ini ialah saham satu lapis. Jika di Malaysia saham Blue Chip ini selalunya dari syarikat yang biasa kita dengar atau dikenali sebagai syarikat konglomerat, multinasional,syarikat peneraju ekonomi dan yang popular.
1.1 Asal Usul Blue Chip
Perkataan chip itu selalu terkenal dalam satu permainan poker yang mana ia mempunyai chip yang berlainan warna. Setiap warna mempunyai harga tersendiri, 3 warna utama chip yang digunakan dalam permainan poker ialah putih yang paling rendah bernilai USD 1, merah bernilai USD 5 dan yang paling mahal ialah biru iaitu USD 25. Selalunya di kaca televisyen kita akan melihat suasana pemain-pemain poker akan membawa chip-chip mereka yang mewakili wang sebenar dan chip itu akan ditukarkan kepada wang sebenar pada akhirnya.
Orang yang memberikan istilah saham blue chip ini ialah Oliver Gingold iaitu serang karyawan daripada Dow Jones. Beliau memberikan istilah ini untuk memberikan nama kepada nilai-nilai saham bernilai USD 200 - USD 250 setiap lembarannya.
Saham jenis Blue Chip ini mudah untuk dikenali oleh pelabur kerana mempunyai ciri-ciri khusus untuk dikenal pasti dan pastinya ia selalu terhidang di dada-dada akhbar, terpampang di kaca televisyen dan juga terkenal di kalangan pelabur sendiri. Antara ciri-ciri saham Blue CHip ialah :
➢ Syarikat Yang Besar
Ciri utama saham Blue Chip ialah syarikat yang kukuh dalam pasaran, syarikat besar atau gergasi atau “leading” dalam sesuatu industri, mempunyai permodalan yang stabil dan kedudukan kewangan, pekerjaan serta hubungan yang sangat baik dengan kerajaan sesebuah negara. Oleh itu pasaran jenis ini sukar untuk dimanipulasi dalam dunia pelaburan. Contoh di Malaysia seperti Petronas, Maxis, Tenaga Nasional Berhad, RAJ Sanhill, Genting dan banyak lagi.
➢ Waktu Yang Lama Di Bursa Saham
Tempoh waktu yang lama bukanlah ciri utama untuk sebuah syarikat dikategorikan sebagai saham Blue Chip namun untuk jika syarikat itu sudah terlalu lama berada di dalam industri dan bursa saham, makan boleh dilihat dari kestabilan, peningkatan dan adalah syarikat itu benar-benar berkembang pesat untuk ia termasuk dalam saham Blue Chip. Jika saham Blue Chip kebiasaannya ia akan bertahan dalam pasaran dan sentiasa menjadi pilihan pelabur-pelabur asing.
➢ Kewangan Yang Stabil
Pengukur kewangan yang stabil adalah laporan suku tahun, dan laporan tahunan yang diterbitkan oleh syarikat itu sebagai laporan kedudukan kewangan yang perlu dibentangkan kepada para pelaburnya. Teliti laporan kewangan yang dikeluarkan untuk menilai kedudukan mereka. Ada beberapa faktor yang perlu dinilai:
● Kenaikan pendapatan tahunan
● Keuntungan yang stabil setiap tahun
● Nisbah hutang dan juga nilai asetnya
● Keadaan keuntungan adakah ianya signifikan dengan modalnya?
➢ Pilihan Ramai Pelabur
Jika sesebuah syarikat stabil dari segi kewangan, pengurusan dan mempunyai reputasi yang baik, maka ramai yang akan memilih untuk meletakkan modal mereka dengan memiliki saham syarikat tersebut kerana keyakinan yang dipamerkan oleh syarikat tersebut. Ciri-ciri ini penting kerana pelabur perseorangan, organisasi atau berkumpulan akan membuat pantauan rapi ke atas sesebuah syarikat sebelum melabur.
Biasa yang kita lihat ialah pelabur-pelabur saham Blue Chip ini adalah “jerung” besar kerana harga sahamnya mahal dan modal yang besar diperlukan. Jika satu saat negara mempunyai kegawatan ekonomi, ramai pelabur yang akan beralih ke saham blue chip kerana ianya lebih stabil dan syarikat besar selalunya jarang terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi berbanding syarikat-syarikat kecil.
Disebabkan saham blue chip ini sangat terkenal dengan kestabilan dan kedudukan kewangan yang kukuh, maka ramai pelabur besar yang sanggup meletakkan modal mereka ke atas saham Blue Chip. Nak tahu mengapa melabur dalam saham Blue Chip ini?
➢ Dividen Saham
Jika sesebuah syarikat itu besar, kukuh dan besar modalnya maka ianya selalunya mencatat keuntungan yang berganda-ganda setiap tahun, maka dividen yang diterima pemegang saham semestinya juga besar. Itulah sebabnya kenapa saham Blue Chip ini dipilih sebagai “anak emas” dalam bursa saham.Namun bukan hanya dividen yang menyebabkan ianya menjadi pilihan. Banyak lagi perkara lain mengapa saham Blue Chip ini digemari.
➢ Kurang Ketidakstabilan Namun Masih Berisiko
Kalau di Malaysia, saham Blue Chip dianggap “Otai” atau ketua yang berpengalaman. Bayangkan anda meletakkan modal anda kepada seorang usahawan yang ternama, bijak dan mampu mengawal risiko kerugian dalam pasaran, pastinya dengan pengalaman beliau, anda dapat menggandakan modal anda dengan begitu mudah sekali.
Namun, berniaga, melabur dan berdagang tiada istilah zero risk, pasti ada risikonya kerana setiap “otai” ini akan ada masa luputnya dan akan ada perkara baru yang berlaku dalam industri itu atau inovasi baru yang mencabar daya saing sesebuah syarikat.
Contoh paling dekat adalah Malaysian Airlines, satu saat dulu gah dan sahamnya juga sentiasa melambung tinggi, namun seiring dengan teknologi internet, dunia semakin “terconnect’ dan ianya jatuh dengan pesain baru Air Asia yang menawarkan sesuatu yang lebih baik dengan harga yang lebih menarik kepada industri penerbangan itu.
➢ Tersenarai Dalam Bursa Saham Malaysia FBMKLCI
FBMKLCI (FTE Bursa Malaysia KLCI) adalah penanda aras bursa Malaysia. Ia menggunakan sistem point untuk menilai saham tersebut. FMBKLCI menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan kepada para pelabur di mana pada tahun 2017, kita dapat melihat ia meningkat sebanyak 9.44% bagi tahun tersebut. Terdapat 30 syarikat besar yang tersenarai dalam market capitalization mereka.
30 syarikat terbesar Bursa Malaysia ini bergabung dan menunjukkan tanda-tanda positif dan pasaran Malaysia mengalami kenaikan dan menarik pelabur dari dalam negara dan pelabur asing untuk lebih aktif lagi.
Untuk Bursa Malaysia, ada 30 syarikat blue chip yang utama. Senarai ini dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia KLCI. Di antara contoh saham blue chip di Malaysia termasuklah Maybank, CIMB, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petronal Chemical, Sime Plantation, IOI, Nestle, Maxis, Axiata, Genting dan banyak lagi. Samada kita sedar atau tidak, kita pernah membeli barangan mereka atau pernah menggunakan perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Berikut ialah 5 senarai saham Blue Chip Terbaik Malaysia yang dilihat sangat memberangsangkan di indek FBMKLCI 2020 dan 5 lagi yang mempunyai potensi yang baik.
1) Maybank (Malayan Banking Berhad)
Semua orang pernah dengar dan tengok Maybank, bank yang paling popular di Malaysia kerana sistem aplikasinya yang mudah dan mesra pelanggan serta logo “Kepala Harimau Kuning Hitam” yang menjadi trademark bank ini. Market cap untuk Maybank ialah RM83,751 juta dan 11,049 juta saham, Malayan Banking Berhad mempunyai pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
2) Harta (Hartalega Holdings Berhad)
Syarikat OEM yang menghasilkan Sarung Tangan Nitril dan Sarung tangan Latex OEM yang digunakan secara untuk kegunaan perubatan dan dieskport keluar-luar negara. Syarikat mempunyai sejumlah RM69,526 juta dalam pasaran dan 3,333 juta saham. Dikira sebagai Syarikat Peneraju Sarung Tangan di Malaysia.
3) TopGlove Corporation Berhad
TopGlove adalah sebuah syarikat di Malaysia yang terkenal dengan penghasilan oembuatan dan perdagnagan sarung tangan getah. Syarikat ini berpusat di Klang dan memulakan operasinya pada tahun 1991, memiliki cap pasaran RM68,198 juta, dan 2560 juta saham. Mempunyai pekerja sebanyak 21 000 orang dan menghasilkan 90 bilion sarung tangan getah setahun.
4) PBBank (Public Bank Berhad)
Public Bank Berhad menyediakan pelbagai perkhidmatan perbankan dan kewangan di Malaysia. Dengan beroperasi di Hong Kong, Republik Rakyat China, Vietnam, Kemboja, Laos, dan Sri Lanka, syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1966 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur. Dengan cap pasaran RM64,751 juta dan 882 juta saham. Public Bank Berhad terkenal di Malaysia dengan produk dagangan emas public gold.
5) TNB (Tenaga Nasional Berhad)
Dikenali sebagai syarikat konglomerat utama pembekal tenaga elektrik di seluruh Malaysia. Merupakan sebuah syarikat bekalan tenaga Elektrik Malaysia, yang beribu pejabat di Bangsar, Kuala Lumpur.TNB ditubuhkan pada tahun 1990 melalui Penswastaan Lembaga Letrik Negara (LLN).
Perniagaannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia.TNB juga merupakan pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Syarikat yang terutama mengendalikan loji tenaga elektrik dan hidro mempunyai modal pasaran RM64,138 juta dan 5,686 juta saham.
6) Petronas (PCHEM - Petronas Chemical Group Berhad)
Syarikat operasi global merangkumi penerokaan, pengembangan dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli di Malaysia dan di luar negara. Siapa yang tidak kenal Petronas dan KLCC sebagai Menara Berkembar Petronas.Mereka mempunyai cap pasaran RM48,160 juta dan 8,000 juta saham.
7) IHH Healthcare Berhad
Syarikat penyedia penjagaan kesihatan premium terkemuka yang beroperasi di pasaran tempatan Malaysia, Singapura, Turki dan India. Kumpulan ini juga mempunyai kehadiran yang semakin meningkat di Greater China dan rangkaian yang berkembang di seluruh Asia dan Eropah Tengah dan Timur.
IHH adalah salah satu kumpulan penjagaan kesihatan terbesar di dunia berdasarkan permodalan pasaran dan disenaraikan di Pasar Utama Bursa Malaysia dan Bursa Saham Singapura. Dengan had pasaran RM47, 001 juta, dan 8,769 juta saham
8) Maxis ( Maxis Berhad)
Syarikat telekomunikasi penyedia perkhidmatan komunikasi terkenal di Malaysia. Penyedia komunikasi terkemuka di Malaysia untuk keperluan mudah alih, kediaman, dan perniagaan anda menggunakan 4G dan fiber. Pembekal mudah alih ini mempunyai had pasaran RM40,643 juta dan 7,816 juta saham.
9) Sime Darby Plantation Berhad (SIMEPLT)
Berpengalaman lebih dari 100 tahun, Sime Darby Berhad selalu berada di barisan hadapan dalam menghadirkan niaga hadapan yang mampan, dan membawa pembangunan dan pertumbuhan ke banyak bahagian dunia.
Industri perladangan, hartanah, industri, automotif, tenaga dan prasarana serta hospitaliti.Mempunyai had pasaran RM34,833 juta dan 6,84 juta saham, Sime Darby Plantation adalah syarikat perladangan kelapa sawit terbesar di dunia dengan kawasan penanaman.
10) MISC Berhad
Syarikat pengangkutan dan syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (atau MISC Berhad) merupakan syarikat perkapalan terkemuka Malaysia. Pemegang saham terbesarnya adalah Petronas dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. MISC mempunyai RM35,123 juta permodalan pasaran dan 4,463 juta saham.
➢ Beli Saham Dengan Firma Broker
Ini adalah cara tradisional dalam pelaburan saham Blue Chip, anda beli melalui broker yang mana anda boleh pilih broker dahulu sama ada broker dalam talian, broker perkhidmatan penuh atau broker diskaun mengikut kesesuaian anda. Buka akaun seperti biasa dan submit segala dokumen yang diperlukan, kemudian anda boleh pilih saham yang anda ingini dan depositkan duit serta mulakan pelaburan anda.
➢ ETF (Exchange Traded Fund) Dana Dagangan Bursa
Menggunakan dana bersama atau unit trust dan pelaburan melalui Bursa Malaysia. Dana pertukaran mata wang Blue Chip (ETF) membolehkan pelabur membeli pelbagai saham Blue Chip, berbanding risiko yang lebih tinggi yang terlibat dengan memilih saham individu. ETF ini terdiri daripada bakul saham, bon, niaga hadapan atau komoditi berdasarkan indeks yang menawarkan kepelbagaian dan mengelakkan risiko terlibat dalam memiliki saham syarikat tunggal.
Bayangkan anda seorang pelabur, anda mempunyai modal dan idea untuk melabur cuma anda tidak tahu jenis saham apa yang patut anda pilih supaya risiko kerugian itu menjadi seminimum mungkin. Jika anda mempunyai modal yang besar, mungkin melabur saham Blue Chip di Malaysia adalah pilihan anda yang terbaik kerana mudah untuk anda membuat kajian terhadap syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia, baik untuk anda kerana ianya pelaburan jangka masa panjang, stabil dan pulangan yang baik. Ibarat satu pendapatan tepi pasif yang selamat dan ada dividen yang menarik maka saham blue chip adalah pelaburan yang tepat.
Tapi jika sebaliknya, anda tidak mempunyai modal keras (modal besar), seperti jerung-jerung lain. Atau anda seorang yang suka pelaburan yang lebih berisiko dan berpotensi mendapat keuntungan dalam jangka masa pendek, pelaburan Blue Chip mungkin bukan pelaburan yang sesuai buat anda. Bina portfolio dagangan anda dulu dengan saham-saham lain seperti saham Amerika Syarikat.
Mengapa berdagang saham Amerika Syarikat? Bukan ke lebih mahal kerana matawang tinggi?
Jawapannya mudah, saham Amerika Syarikat mempunyai banyak cabang kaedah pelaburan yang menggunakan modal kecil dengan risiko yang tidak terlalu besar malah jika anda betul-betul menganalisa pasaran, anda boleh memperolehi keuntungan besar dengan modal yang rendah. Contoh kaedah yang terbaik ialah CFD (Contract For Difference).
CFD sesuai untuk pelanggan runcit dan pelabur. Mereka membolehkan pedagang memanfaatkan dengan berdagang di margin dan melakukan urus niaga pada kedudukan panjang dan pendek. CFD ialah satu Kontrak Untuk Perbezaan yang mana semua orang akan berpeluang memperdagangkan indeks itu sendiri dengan modal yang lebih rendah. Ini membuka peluang untuk pedagang baru yang ingin melangkah ke dunia perdagangan di hampir semua platform perdagangan.
Buka akaun sekarang untuk berdagang Saham AS >
Broker Pilihan Terbaik Saya
Banyak broker CFD yang dipercayai dan sah yang wujud antaranya Mitrade dan serba sedikit tentang broker yang paling saya percayai. Antaranya ialah Mitrade.Anda boleh mulakan dagangan anda dengan Mitrade tanpa ragu-ragu kerana ianya broker terbaik Australia.
Siapakah Mitrade?
Broker yang dikawal selia oleh ASIC (Australian Securities & Investment Commision) - Pesuruhjaya Sekuriti dan Pelaburan Asia. Menyediakan perdagangan pertukaran matawang asing secara atas talian dan Kontrak Untuk Perbezaan (CFD). Menawarkan kos transaksi yang kompetitif, pelindungan keseimbangan negatif, keadaan perdagangan kos rendah.
Mitrade menawarkan instrumen dagangan yang pelbagai dan juga mempunyai akses yang membantu perjalanan dagangan anda anda. Anda boleh berdagang dengan aplikasi mobile telefon yang mesra pengguna dan boleh diakses dimana-mana sahaja.
Antara kelebihan Mitrade ialah :
● Jumlah Deposit rendah
Hanya serendah $10 deposit yang ditetapkan oleh Mitrade dan membolehkan pelabur baru bermula trade dengan kos deposit yang rendah dahulu. Selain itu pelabur juga bebas memilih matawang yang diingini sama ada USD atau AUD.
● Perlindungan baki negatif
Mitrade menyediakan pelindungan keseimbangan negatif bermakna wang anda akan dilindungi dan anda tidak akan kehilangan jumlah wang yang lebih daripada yang telah didepositkan.
● Spread apungan yang kompetitif
Menawarkan spread yang rendah dan meminimumkan risiko anda untuk kerugian dan mesra pelabur baru.
Untuk memeriksa tahap keselamatan laman web Mitrade kami, anda boleh lihat ikon kunci di sebelah kiri iaitu (SSL), sijil enkripsi dimana segala data peribadi anda akan lebih selamat.
Bagaimana Memulakan Dagangan Dengan Mitrade?
Untuk mulakan akaun dengan Mitrade sangat mudah dan menjimatkan masa anda. Jika anda belum bersedia dengan menggunakan wang sebenar, anda boleh mulakan dengan akaun demo terlebih dahulu untuk memahirkan kemahiran anda dan penggunaan aplikasi dahulu sehingga anda yakin untuk memulakan dagangan anda yang sebenar dengan wang betul. Caranya mudah seperti langkah-langkah dibawah:
1 Pendaftaran Dalam Talian yang Pantas
Gunakan e-mel untuk mendaftar dan menyelesaikan penilaian risiko. Anda juga boleh menggunakan akaun Google dan Facebook untuk log masuk dengan satu.
2 Lengkapkan Pengesahan Identiti
Kirim maklumat yang diperlukan untuk pengesahan identiti dan tunggu semakan pembukaan akaun, kira-kira 1-2 jam (Maklumat anda dilindungi oleh klausa kerahsiaan)
3 Deposit Akaun Untuk Berdagang
Pelbagai kaedah deposit termasuk kad kredit, transfer bank, dll. Mitrade tidak mengenakan bayaran pengendalian.
4 Mulakan Perdagangan Dengan Mudah
Cari produk luar pasaran kegemaran anda seperti emas, pertukaran wang asing, indeks saham, minyak mentah, komoditi, saham AS, dan lain-lain dalam senarai produk.
Alami akaun demo percuma nikmati $50000 wang maya >
Setelah anda mengetahui dengan lebih mendalam tentang saham Blue Chip di Malaysia dan cara untuk melabur dalam saham Blue Chip, anda sendiri tahu dimana kedudukan anda sebagai pelabur dan dalam artikel ini juga telah memberikan pilihan terbaik anda jika anda seorang pelabur kecil, pemula dan pelabur jangka pendek yang inginkan keuntungan dengan risiko yang minimum.
Kehadiran broker asing seperti Mitrade adalah kelebihan buat anda kerana anda boleh menggunakan modal yang kecil dan membuat keuntungan berganda hanya dengan berdagang dengan mereka, namun masih diingatkan bahawa setiap pelaburan ada risikonya. Pastikan anda belajar dengan memahami lebih baik lagi. Di Mitrade anda akan disediakan semua bahan pembelajaran yang baik untuk dagangan.
Jangan Lewatkan Peluang Anda Untuk Ikut Serta Dalam perdagangan Saham AS >
*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*