Forex Trading Market Pasaran Perdagangan Kripto Komoditi CFD Saham Belajar Berdagang Wawasan Mingguan Indeks

Perdagangan Forex, Emas, Bitcoin Dan Lainnya Dalam
Talian

Saham A.S. Memulihkan Tenaga Selepas Bantuan “Dovish” Fed
Lucia Han
2021-03-22 411

Abstrak: Saham A.S. meningkat naik sementara selepas pihak Persekutuan mengurangkan rasa takut terhadap inflasi. Hasil perbendaharaan melambung tinggi sementara masa depan emas nampak suram. Harga minyak menurun dan risiko bekalan kekal. AUD mengalami rsiko terlangkup sementara RBA terus “dovish”. Bolehkah GBP berada pada 1.4 sementara berada di persimpangan terhadap  ketidakpastian bekalan vaksin yang memuncak.

16164059529336


Post Contents [hide]
Hasil bon A.S. naik memuncak, menyebabkan saham A.S. dalam kemelut

Awal minggu lepas,hasil bon A.S. jatuh sementara daripada paras tinggi lepas, menyebabkan saham A.S. melantun naik selepas jatuh. Keputusan mengenepikan kadar faedah inflasi oleh Jerome Powell serta pelonggaran kuantitatif berterusan pihak Persekutuan telah membantu S&P 500 dan Dow mencecah paras tinggi baru manakala Nasdaq pulih kuat. Walau bagaimanapun, usaha menyelamat nampak seperti cuma ada notis separuh hari. 


Kemudian hasil bon perbendaharaan 10 tahun dan 30 tahun meningkat ke 1.7% dan 2.4%, paras tertinggi mereka dalam lebih setahun, akibat ketakutan inflasi kembali, mencetus penurunan mendadak tiga indeks saham utama A.S. Tutup pada minggu lalu , S&P 500, Nasdaq dan Dow masing-masing pada 3,915.46, 13,116.17 dan 3,2862.3 di bawah 0.61%, 2.11% and 1.16% pada minggu ini. 


Di bahagian hadapan ekonomi pula jumlah penduduk  Amerika membuat tuntutan baru untuk faedah pengangguran  meningkat kepada 770,00 minggu lepas melebihi daripada jangkaan ahli ekonomi pada 700,000, sebagai satu lagi tanda ekonomi tidak seiring dengan pemulihan pasaran buruh. Dalam hal lain, jualan runcit A.S. jatuh sebanyak 3% berbanding dengan bulan sebelumnya oleh kerana gangguan rantaian bekalan akibat daripada ribut salji, namun pakej rangsangan baru yang ditanda tangani Biden ke dalam perundangan minggu lepas kemungkinan akan melonjakkan permintaan pengguna pada bulan-bulan berikut. Data KDNK A.S. akan dikeluarkan minggu ini, ia berbaloi untuk memerhatinya kerana ada pandangan pasaran mengatakan bahawa angka mungkin mencecah 10% dalam suku pertama.

Adakah harga minyak telah jatuh ke paras di mana “supercycle” berakhir?

Minggu lepas pasaran minyak amat suram. Harga minuak telah jatuh untuk hari keempat berturut-turut: 1. Peningkatan mendadak dolar A.S. member tekanan ke atas harga minyak mentah. 2. Pertimbangan Perancis ke atas sekatan lebih ketat di Paris dan penggantungan vaksin AstraZeneca di kebanyakan Negara Eropah telah menambahkan kebimbangan pasaran mengenai pemulihan ekonomi serantau dan permintaan minyak. 3.Kenaikan mendadak harga minyak telah menggesa beberapa peniaga untuk meraih keuntungan. Tambahan pula, mempergiatkan kebimbangan terhadap lebihan bekalan selepas data API an EIA minyak mentah menyimpang dengan masing-masing merekodkan penurunan 1 juta tong dan kenaikan 2.396 juta tong. 


Minyak mentah A.S. dan Brent melaporkan minggu lepas bahawa pasaran minyak tidak mungkin melihat “supercycle” kerana pasaran menadapat bekalan dengan baik dan terdapat banyak kapasiti minyak ganti di seluruh dunia, dan permintaan minyak tidak akan kembali ke tahap pra-pandemik sehingga 2023.Minyak mentah kehilangan percepatan selepas laporan EIA. Pada tutup mingu lepas, minyak mentah A.S. dan Brent dipasarkan masing-masing pada $61.42/BBL dan $64.51/BBL, jatuh 6.33% dan 6.74% untuk minggu ini. Walaupun harga pulih kukuh didorong oleh OPEC + pengurangan dalam pengeluaran dan vaksinasi dipercepatkan, pemulihan ketidaksekataan dalam  permintaan global untuk minyak mentah pada masa hadapan tidak diragukan di mana risiko bekalan masih tetap ada.

Emas pulih perlahan selepas pergerakan “dovish” pihak Persekutuan

Emas naik minggu lalu. Pada awal minggu, logam tersebut diniagakan hampir sisi dengan volum sederhana sementara menanti keputusan pihak Persekutuan, yang mana meletakkan kadar faedah hampir dengan kosong walaupun prospek ekonomi bertambah baik. Emas menunjukkan peningkatan ketara selepas pengumuman tersebut. Pada tutup minggu lepas, ia didagangkan pada 1,744.86, naik 1.04% untuk minggu ni. Walaupun dengan nada “dovish” pihak Persekutuan, pergerakan ke atas emas kekal terhad di mana ekonomi terus untuk pulih dan hasil Persekutuan mungkin akan bergerak lebih tinggi. 


Dan hasil Perbendaharaan melonjak ke hadapan keputusan pihak Persekutuan, menolak indeks dolar mengatasi 92, tetapi dolar menanggung bilamana pihak Persekutuan meneruskan pelonggaran kuantitatifnya. Indeks dolar A.S. tutup minggu melepasi 91.744, naik 0.09%. Keputusan ini melegakan ketakutan pasaran di mana pihak Persekutuan mungkin menaikkan kadar faedah lebih awal dari yang dijangkakan selepas lonjakan dalam hasil bon yang telah dicetus oleh kebimbangan terhadap ketakutan kecepatan ekonomi A.S. melebihi  jangkaan dan inflasi. Dalam jangka pendek, walau bagaimanapun dolar mungkin kekal disokong oleh hasil Perbendaharaan yang lebih tinggi.

AUD bertukar positif selepas data pekerjaan yang mengejutkan

AUD/USD tertekan pada awal minggu lepas di belakang USD yang lebih tinggi dan minit “dovish” pada perjumpaan Bank Simpanan Australia (RBA) terkini. Dalam minit, bank pusat mengulangi bahawa ia akan mengekalkan kadar faedah pada tahap rendah dalam jangka panjang sehingga ekonomi benar-benar pulih dan pengangguran jatuh. 


Selepas keputusan Aussie membalikkan kerugian dan pulih pada 0.78 berbanding dolar A.S. Tambahan, data pekerjaan Australia yang dikeluarkan minggu lepas telah membawa kejutan menyenangkan di mana ia menunjukkan bilangan pekerjaan Australia bertambah daripada 88,700 pada Februari, jauh melebihi jangkaan pasaran, 30,000 dan kadar pengangguran jatuh kepada 5.8% daripada 6.3% sebelumnya. AUD/USD tutup untuk minggu pada 0.7742, turun 0.19%. 


Pada masa sama, jualan runcit telah jatuh sebanyak 1.1% pada Februari, tetapi prospek ekonomi berkemungkinan kekal kukuh di mana pekerjaan terus melantun semula dan virus terkawal. Melangkah ke hadapan, RBA menyusul tentang pelonggaran kuantitatif pihak Persekutuan dan kawalan hasil bon berkemungkinan member kesan negatif kepada Aussie. Tetapi sentimen bullish pasaran berkemungkinan meningkatkan mata wang risiko dolar Australia. 

Adakah sterling masih bullish sementara Bank of England (BoE) kekalkan pelonggaran kuantitatif

Minggu lepas, BoE mengumukan keputusan kadar faedah, mengekalkan program belian asset dan mula untk membeli £150 bilion ($195 bilion) bon kerajaan yang pernah diumumkan. Lebih lagi, ia telah bersetuju dengan phak Persekutuan bahawa  lonjakan semasa hasil bon adalah peningkatan sentiment pasaran. GBP naik sedikit ke atas berbanding dolar selepas keputusan. Ia berakhir pada minggu pada 1.3868 berbanding USD, jatuh 0.35%. Selain itu, Britain berada dalam pertikaian denagn EU tentang bekalan vaksin. Minggu lepas, pengerusi European Commission mengancam memberhentikan eksport vaksin ke UK, menambahkan ketidakpastian tentang bekalan dan ketegangan antara EU dan Britain. 


Setakat ini, empat kali ganda orang telah pun menerima vaksin di UK dan di seluruh Eropah, dengan kira-kira 37% daripada mereka telah mendapat satu dos vaksin. Akibatnya, pemulihan ekonomi UK akan meningkat kerana vaksin digunakan dengan  meluas di negara ini, yang akan menjadi positif untuk GBP, tetapi perhubungan pasca Brexit UK dengan EU boleh melambatkan perkembangan.


*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*

Share this story