Forex Trading Market Pasaran Perdagangan Kripto Komoditi CFD Saham Belajar Berdagang Wawasan Mingguan Indeks

Perdagangan Forex, Emas, Bitcoin Dan Lainnya Dalam
Talian

Forex Malaysia -Panduan Forex Trading Malaysia Untuk Pemula 2021
Chris Lewi Win
2021-01-27 1442

Adakah anda seorang pemula dalam forex trading Malaysia? Atau mungkin anda ingin menjana pendapatan sampingan dengan forex Malaysia? Anda berada di tempat yang tepat! 


Di dalam artikel kali ini saya akan menjelaskan anda apa itu forex trading Malaysia dan cara yang terbaik untuk pemula forex Malaysia menjana keuntungan dengan hanya menggunakan telefon pintar dan modal yang sedikit.

Post Contents [hide]
1.Kenapa Ramai Orang Trading Forex?

Mengapa anda ingin trading forex? Sebenarnya terdapat banyak sebab yang membuatkan forex menjadi salah satu instrumen kewangan untuk menjana pendapatan yang terkenal. Terdapat juga instrumen lain seperti saham, mata wang kripto dan juga komoditi.


Mari kita lihat beberapa faktor kenapa trading forex berbanding dengan instrumen yang lain. 


Peluang Profit Besar dan Tak Terbatas

Antara faktor yang mendorong ramai pedagang untuk trading forex adalah ia melibatkan transaksi jual beli dengan jumlah yang sangat tinggi. Setiap hari, sebanyak 5.3 trillion dolar Amerika Syarikat di dagangkan setiap hari. Ini menyebabkan pasaran forex adalah yang terbesar dan pasaran yang mempunyai kecairan yang paling tinggi di dunia, berbanding dengan saham.


Keuntungan Perdagangan Dua Arah

Jika anda ingin membeli sesuatu barangan, anda pasti akan membayarnya menggunakan wang, justeru membuatkan anda memiliki barangan tersebut namun anda kehilangan wang. Namun dengan pasaran forex, anda boleh menjana keuntungan apa bila membeli atau buy melalui forex. 


Lebih menarik lagi, anda juga akan memperoleh keuntungan dengan menjual atau sell. Ini dapat di lakukan melalui akaun CFD seperti Mitrade.

 

Jika anda masih belum mempunyai akaun CFD, anda boleh membuka akaun dengan Mitrade.


Cepat, Mudah, Dapat Dilakukan Di Mana & Bila-Bila Sahaja

Percayakah anda dengan hanya menggunakan telefon pintar yang murah, anda boleh menjana keuntungan sehingga beribu Ringgit Malaysia atau pun lebih? Itulah antara salah satu kelebihan trading forex.


Anda hanya perlu memuat turun aplikasi dagangan seperti platform Mitrade atau Metatrader, dengan hanya beberapa langkah mudah anda sudah boleh mula untuk trading forex.


Anda boleh berdagang di mana-mana sahaja, walau pun semasa anda cuti dan balik kampung, selagi ada internet, itu tidak akan menghalang anda untuk memperoleh pendapatan sampingan. 


Waktu Trading Fleksibel

Suatu kelebihan forex trading Malaysia berbanding dengan saham Malaysia, anda boleh berdagang siang dan malam pada hari Isnin sehingga awal pagi Sabtu, untuk setiap minggu.


Ini berbeza dengan Bursa Saham yang hanya membenarkan anda berdagang pada hari pejabat dan jam bekerja. Ini bermakna anda tidak dapat berdagang pada waktu malam dan sewaktu cuti umum.


Modal Minima

Untuk mula menjana keuntungan dengan pelaburan atau perdagangan, anda harus mendepositkan modal. Namun masalah utama bagi kebanyakan jenis pelaburan dan dagangan adalah anda memerlukan modal yang besar untuk mendapat pulangan yang lumayan.


Namun dengan trading forex Malaysia, anda boleh mula trading forex dengan modal yang minima, bahkan jika broker menyediakan akaun bonus tanpa deposit, anda boleh trading forex dengan percuma tanpa modal pendahuluan. 


Mungkin ini kedengaran sangat baik dan sukar untuk dipercayai, namun terdapat ramai pedagang yang telah menjana keuntungan sehingga 100 peratus hasil dari pada akaun bonus tanpa deposit, dan mungkin anda yang seterusnya.

2. Memahami Forex Trading

Apa itu Foreign Exchange

Forex, singkatan untuk Foreign Exchange, adalah melibatkan transaksi jual dan beli matawang. Setiap negara di dunia ini mempunyai matawang masing-masing seperti Ringgit untuk Malaysia, Amerika Syarikat adalah Dollar dan Yen untuk Jepun.


Setiap matawang mempunyai nilai yang berbeza, biasanya nilainya dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan geo-politik.


Forex adalah sangat penting dalam urusan dagangan, perniagaan dan pelancongan. Sebagai contoh mudah, jika anda melancong ke United Kingdom dan membeli makanan di kedai, tidak masuk akal untuk anda membayar menggunakan wang Ringgit Malaysia. 


Nilai bayaran dalam Ringgit akan lebih tinggi berbanding British Pound. Begitu juga sebaliknya jika pelancong dari United Kingdom melancong di Malaysia, mereka perlu membuat transaksi dalam Ringgit Malaysia.


Walau pun dengan jumlah transaksi forex yang berjumlah berbilion Dollar Amerika setiap hari, suatu keistimewaannya adalah ia tidak mempunyai tempat utama yang mengawal setiap transaksi, kecuali institusi yang telah terpilih setiap negara seperti Bank Negara Malaysia (BNM).


Apa itu Forex Trading

Aktiviti perniagaan untuk mata wang yang juga di panggil sebagai Forex Trading adalah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Seperti yang telah di nyatakan di atas, forex trading sering berlaku di dalam sektor pelancongan dan melibatkan perniagaan dalam serta luar negara.


Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan keuntungan dengan forex trading tanpa melancong ke luar negara atau untuk perniagaan dan syarikat yang besar. Aktiviti ini dapat di lakukan di atas talian atau pun online dengan menggunakan telefon pintar dan komputer. 


Jika di bandingkan dengan beberapa dekad lalu, trading forex hanya boleh di lakukan dengan menelefon broker sekiranya ingin membeli atau menjual. Ianya sangat berbeza sejak kebelakangan ini.


Sebagai pemula forex trading Malaysia, sudah tentu ini memberikan anda kesempatan dan kemudahan untuk berdagang kerana ini tidak memerlukan banyak langkah yang rumit.


Apa itu Leverage, Pip & Spread? 

Langkah seterusnya untuk pemula forex Malaysia adalah untuk memahami terma-terma yang sering di gunakan dalam forex trading. Memahami terma tersebut akan memudahkan anda dalam dagangan anda.


Leverage

Anda perlu memahami apakah itu leverage, bagaimana ianya berfungsi dan cara anda mengambil kesempatan untung memperoleh keuntungan.


Leverage adalah sebuah cara di mana anda meminjam sejumlah wang daripada sebuah broker atau institusi. Broker forex biasanya mampu menawarkan leverage yang tinggi dari pada margin asal. Kadar leverage biasa yang di tawarkan oleh broker adalah sebanyak 1:100. Terdapat juga broker yang menawarkan leverage sehingga 1:3000.


Jika anda membuka akaun perdagangan margin dengan leverage 1:100 dan modal sebanyak $100, anda boleh berdagang dengan jumlah yang tinggi sehingga $10,000.  Ini membolehkan anda mendapat keuntungan yang tinggi, Walau bagaimana pun, oleh kerana risiko yang tinggi, anda juga akan terdedah dengan kerugian yang besar.


Pihak broker akan menyediakan beberapa pilihan dan jumlah leverage untuk anda pilih. Perlu di ingatkan lebih besar leverage lebih besar risiko dan lebih kecil leverage bermakna risiko akan lebih rendah.


Tips & Amaran Apabila Menggunakan Leverage

1) Elakkan menggunakan leverage yang tinggi jika anda berhasrat untuk berdagang menggunakan strategi jangka panjang seperti swing trading atau position trading.


2) Untuk scalper, menggunakan leverage yang tinggi dapat membantu akaun dagangan anda berkembang dengan jangka masa yang singkat.


3) Cari broker forex yang membenarkan anda mengubah leverage, jika anda tidak selesa menggunakan leverage yang sedia ada.


4) Gunakan hanya 1% atau 2% dari modal anda atau modal yang anda sanggup rugi tidak kira jenis leverage anda.


5) Gunakan stop loss atau trailing stop setiap kali anda membuka posisi dagangan.


Pengertian Pips

Pergerakan pips akan mempengaruhi sebesar dan sebanyak mana keuntungan dan kerugian yang akan anda peroleh.


Sebagai contoh untuk pasangan mata wang GBP / USD, harga terkini adalah sekitar 1.3400. Setelah beberapa minit, GBP / USD telah meningkat sebanyak 10 pips. Kini harganya adalah 1.3410.


Jika anda membeli pasangan mata wang tersebut dengan lot sebanyak 1.00 atau 1 Dollar AS, ini bermakna anda telah menjana keuntungan sebanyak $100. Setiap pergerakan sebanyak 1 pips adalah sebanyak 10 Dollar AS.


Spread

Dalam setiap mata wang forex, akan terdapat dua harga iaitu pembelian sebagai bid dan ask untuk harga pembelian. 

16117097466421

Harga spread selalunya akan di bayar oleh pedagang itu sendiri, bergantung kepada harga yang di tawarkan. Pedagang baru harus tahu bahawa semakin luas jurang atau gap antara harga bid dan ask, semakin tinggilah jumlah yang harus di bayar apa bila posisi dagangan telah di tutup.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang spread, anda boleh lihat di sini.

3.Bagaimana Membaca Pasangan Mata Wang?

Trading forex melibatkan anda untuk membaca pasangan mata wang. Setiap mata wang mempunyai nilai yang berbeza, dan ini di panggil sebagai price quote atau harga quote.


Harga Quote Forex

Forex quote adalah harga satu mata wang berbanding mata wang yang lain. Ini kerana forex quote melibatkan 2 mata wang, iaitu sepasang mata wang. 


Sebagai contoh, untuk EUR/USD,  nilai paras 1.21549 adalah harga untuk 1 EURO dalam Dollar Amerika. Ini bermakna 1 EURO = 1.21549 Dollar AS. 


Contoh yang lain, untuk CAD/CHF, nilai paras semasa adalah 0.69440 untuk 1 Canadian Dollar dalam Swiss Franc. Ini bermakna 1 CAD = 0.69440 Swiss Franc.


Titik Perpuluhan Quote Forex

Hampir ke semua mata wang menggunakan titik perpuluhan yang keempat dengan nilai 0.0001 seperti Dollar, EURO, Pound Sterling. Namun terdapat juga beberapa pasangan mata wang yang bermula pada titik perpuluhan yang kedua, bersamaan dengan 0.01.


Contoh Titik Perpuluhan Pips Mata Wang:

16117103301251

Contoh Titik Perpuluhan Pips Mata Wang Japanese Yen:

16117103316202


Harga Bid & Ask

Dalam forex, Bid dan Ask di gunakan untuk menentukan spread harga forex. Topik ini telah saya sampaikan dalam ruangan Spread di atas, atau klik di sini.


Namun untuk memudahkan anda, pedagang selalunya akan mencari peluang Buy apa bila harga di bawah paras yang rendah dan Sell apa bila harga berada di paras tertinggi.

4.Contoh Forex Trading

Setelah memahami terma asas di dalam forex trading, langkah seterusnya adalah dengan melihat contoh-contoh dagangan forex supaya anda mendapat lebih banyak bayangan bagaimana forex trading di dagangkan.


Sama seperti perniagaan yang lain, forex trading juga melibatkan transaksi pembelian dan penjualan, dengan harapan untuk mendapatkan keuntungan.


Going Long atau Buy

Sebagai contoh untuk Buy, mari kita lihat USD/JPY sebagai panduan. 

Harga terkini untuk USD/JPY adalah 102.552. Setelah melakukan analisis teknikal, anda menjangkakan harga akan naik sehingga 103.400, iaitu tempat Take Profit. 


Dalam beberapa jam, harga telah naik dan mencapai TP. Kenaikan adalah dalam 80 pips, dan anda membuka lot sebanyak 0.10, ini bermakna anda telah mendapat keuntungan sebanyak $80.


Going Short atau Sell

Seterusnya, mari kita lihat AUD/USD. Harga terkini adalah 0.71337 dan mungkin akan turun sehingga 0.70155, paras Take Profit.


Harga telah turun dan mencapai TP. Anda berjaya memperoleh 120 pips dengan lot o.10. Anda berjaya membuat keuntungan sebanyak $120.

5.Waktu terbaik untuk forex trading di Malaysia?

Antara sebab mengapa forex trading di Malaysia lebih baik berbanding saham di Malaysia adalah oleh kerana waktu dagangan yang lebih fleksibel.


Pasaran forex di buka selama 5 hari setengah, bermula dari awal pagi isnin sehingga awal pagi Sabtu, selama 24 jam.


Sesi Pembukaan

Terdapat 3 sesi utama pembukaan dagangan dalam forex iaitu, sesi Tokyo, Eropah/London dan New York. Kebiasaannya tempoh ini adalah di mana pasaran akan menjadi lebih aktif dengan pergerakan yang volatil. 


Mengikut jam di Malaysia, sesi Tokyo akan bermula pada pukul 7 pagi, sesi Eropah/London pada pukul 3 petang dan 8 malam di New York.


Waktu Pasaran Aktif 

Pasaran mula aktif apabila sesi pembukaan dagangan bermula. Anda boleh mengambil kesempatan pada masa ini kerana pergerakan sangat laju dan volatil.


Saya mencadangkan anda untuk mula berdagang pada pukul 3pm dan 8pm iaitu sesi London . Pada pagi hari anda boleh membuat sebarang analisis, dan kemudian memasuki posisi pada sesi London dan New York.

6. Memilih Broker Forex Yang Di Percayai

Untuk mula berdagang, anda perlu mendaftar dengan broker forex yang di percayai. Ini adalah sangat penting agar tidak menyusahkan anda di kemudian hari dan mengganggu emosi anda ketika trading forex. 


Anda juga di cadangkan untuk memilih broker forex yang mempunyai komisen yang rendah atau tiada komisen. Selain itu, spread yang rendah akan membantu anda untuk memaksimakan keuntungan tanpa perlu membayar kos spread yang tinggi. 


Pada pendapat saya, Mitrade adalah salah satu broker forex yang menawarkan 0 komisen dan spread yang rendah hingga 0.4 pip sahaja. Lebih menarik lagi, anda boleh memilih untuk berdagang sehingga 60 pasangan mata wang. 


Mitrade juga menyediakan akaun demo sebanyak $50000 akaun virtual untuk membantu pemula forex Malaysia 2021 untuk berlatih berdagang. Modal deposit yang cukup rendah bermula dari $50 adalah lebih dari cukup untuk anda menjana keuntungan yang tidak terhad.


Selain itu, antara kelebihan Mitrade adalah mereka menyediakan platform yang mudah dan sederhana untuk di gunakan. Terdapat juga ruangan blog pendidikan untuk yang ingin belajar trading forex, serta anda di lindungi dari baki yang negatif.


Adakah Mitrade selamat? 

Mitrade ialah broker yang mempunyai lesen broker antarabangsa yang lengkap dari negara negara induknya iaitu Australia dan dikawal selia secara ketat oleh ASIC iaitu Suruhanjaya Sekuriti Perdagangan Australia yang telah memberikan mandat lesen kepada Mitrade dibawah Perlesenan Perkhidmatan Kewangan Australia (AFSL 398528). Yang mana ianya menurut dibawah undang-undang negara Australia, wang dana pelanggan akan disimpan secara selamat dalam akaun yang dipersetujui.

16142320798707


Buka Akaun Sekarang Untuk Berdagang >


7. Memilih Strategi Forex Terbaik

Terdapat banyak strategi forex terbaik yang boleh anda gunakan iaitu analisis teknikal dan fundamental analisis.


Untuk analisis teknikal, anda boleh menggunakan alat dagangan dan indikator yang telah di sediakan. Namun ianya lebih baik jika anda mula untuk mempelajari alatan strategi asas seperti Support & Resistance kerana ia adalah asas dan luas di gunakan untuk setiap instrumen pasaran kewangan serta asas dalam indikator.


Kemudian anda boleh mula mempelajari teknik indikator seperti Moving Average, Bollinger Band dan Stoch.


Anda juga boleh mempelajari fundamental analisis, di mana anda mengkaji data ekonomi dan geo-politik yang mempengaruhi pergerakan pasaran. Anda boleh membaca dan mengkaji berita di platform Mitrade, kemudian menentukan jika pasaran akan menaik atau menurun.


Anda juga boleh menggabungkan analisis teknikal dan fundamental, di mana ia akan sangat membantu dalam dagangan anda.


Buka Akaun dan Mulai Berdagang Di Mitrade-Komisen 0%>

8. Melakukan Trading Forex Sendiri

Sebagai pedagang yang berjaya, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk trading forex sendiri tanpa mengharapkan signal daripada orang lain. Ini adalah langkah mudah untuk anda melakukan trading forex sendiri


1) Anda bermula dengan membuka akaun di broker pilihan seperti Mitrade. Daftar akaun dan sertakan dokumen yang di perlukan seperti kad identiti atau pasport.

2) Apa bila pendaftaran selesai dan di sahkan, anda boleh memasukkan deposit.

3) Pilih pasangan mata wang tersedia.

4) Lakukan analisis teknikal atau fundamental berdasarkan strategi anda sendiri.

5) Tunggu peluang untuk memasuki posisi dagangan.

6) Setelah masuk posisi, anda perlu memantau sekiranya dagangan bergerak mengikut analisis anda.

7) Setelah harga mencapai paras yang ideal, anda boleh Take Profit. Namun jika harga bergerak sebaliknya, anda boleh menutup dagangan atau letakkan Stop Loss untuk kurangkan risiko kerugian.


Tips Untuk Pemula

● Fokus kepada satu-satu strategi dahulu sebelum menukar strategi. Lakukan back-test. Sekiranya kurang sesuai, barulah menukarnya.

● Kuasai yang asas. Ini kelihatan remeh, namun ia sangat membantu.

Masukkan deposit yang kecil dan gunakan lot yang minima seperti 0.01. 

● Fokus kepada pertumbuhan jangka panjang. Lindungi modal asal anda dan elakkan kerugian oleh kerana tamak.

● Lihat berita atau data yang berimpak tinggi. Hati-hati berdagang pada waktu tersebut.


Alami akaun demo percuma nikmati $50000 wang maya>

9. Terus Belajar Dari Pengalaman

Tidak mustahil untuk anda menjadi kaya dengan trading forex. Usaha yang konsisten akan membuahkan hasil. Mungkin pada mulanya anda sering kerugian, namun itulah proses untuk sebuah kejayaan. Berikan diri anda beberapa tahun untuk tetap belajar.


Terus belajar dari pengalaman dengan membuat trading journal atau catatan trading. Hampir ke semua traders terkenal di seluruh dunia mempunyai catatan trading.


Catatan trading adalah ruangan di mana anda merekodkan setiap posisi dagangan yang anda lakukan termasuk strategi dan alasan di sebalik posisi tersebut. Ini dapat membantu anda mencari kesilapan atau kelebihan anda yang boleh di gunakan pada masa akan datang.

Kesimpulan

Di tahun 2021, masih belum terlambat untuk anda belajar forex trading Malaysia. Kini anda sudah memahami serba sedikit berkaitan forex Malaysia dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk berdagang.


Daftarlah sekarang dengan Mitrade untuk mula menjana keuntungan!

*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*

Share this story