Forex Trading Market Pasaran Perdagangan Kripto Komoditi CFD Saham Belajar Berdagang Wawasan Mingguan Indeks

Perdagangan Forex, Emas, Bitcoin Dan Lainnya Dalam
Talian

Simpanan Tetap Malaysia: Semua Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melabur
Fatimah
2020-12-31 2504

Dunia pelaburan sangat luas konteksnya, mungkin ada yang mengenali pelaburan saham, ekuiti, komoditi dan unit trust, tapi ada satu lagi jenis pelaburan yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia iaitu pelaburan simpanan tetap. Pelaburan simpanan tetap atau dikenali sebagai “Fixed Deposit” dan semua yang anda perlu tahu sebelum melabur akan diterangkan secara terperinci dalam artikel ini supaya ia dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak.

 

Bagi sesetengah orang yang ingin melabur secara selamat untuk jangka masa tertentu, simpanan tetap adalah cara yang kurang berisiko untuk mengalami kerugian kerana ianya mempunyai tempoh matang untuk memperolehi keuntungan. Selain itu ianya dilindungi oleh badan tertentu. Dalam artikel ini juga kami akan memberikan cadangan pilihan lain jika anda ingin menambah pendapatan dengan modal minima.

16093789909047

Post Contents [hide]
1. Maksud Pelaburan Simpanan Tetap


Apa yang dimaksudkan dengan simpanan tetap? Fixed deposit?, Simpanan tetap ialah satu pelaburan yang mempunyai tempoh tertentu untuk disimpan tanpa dikeluarkan sebelum tempohnya dimana sebagai balasannya pelabur akan dibayar kadar faedah secara tetap. Ia akan ditawarkan oleh bank-bank kepada pelabur. Tempoh matang simpanan berbeza mengikut polisi bank masing-masing, ada yang 6 bulan, 3 tahun, dan hingga 5 tahun. Faedah yang ditawarkan juga berbeza mengikut tempoh matangnya.

 

Ringkasnya, anda mempunyai sejumlah wang simpanan yang tidak digunakan dalam masa terdekat. Jadi anda menyimpan wang tersebut di dalam simpanan tetap dimana faedah yang dijanjikam adalah 3% setahun tanpa anda mengeluarkan wang tersebut sebelum tempoh matangnya. Faedahnya lebih tinggi daripada simpanan akaun biasa yang kebiasaannya menawarkan 0.3% - 0.5% setahun. 

2. Jenis Simpanan Tetap Di Malaysia


Ada beberapa jenis simpanan tetap yang ada di Malaysia dan sangat sinonim dengan masyarakat di Malaysia. 


● Konvensional

Akaun simpanan tetap biasa yang mana faedahnya dibayar dan sebagai pendapatan kepada jumlah simpanan tetap yang telah dipersetujui, simpanan tetap pelabur akan digunakan untuk tujuan perniagaan dan faedah atau keuntungan yang diperolehi akan diberikan sebagai ganjaran kepada penyimpan simpanan tetap. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

 

● Islamic (Patuh Syariah)

Akaun simpanan tetap yang melibatkan perbankan islam ini menjadi sangat popular di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia. Penyimpan wang simpanan tetap dianggap pendeposit dan bank dianggap sebagai mudarib atau pihak yang berkongsi keuntungan. Bermakna penyimpan menyerahkan wang simpanan tetap mereka kepada pihak bank untuk tujuan perniagaan dan keuntungan dikongsi diantara penyimpan dan pihak pengurusan.


● Simpanan Tetap Junior

Akaun simpanan tetap junior adalah sejenis simpanan tetap yang khas untuk kanak-kanak berumur 18 tahun kebawah. Banyak bank di Malaysia yang menawarkan simpanan tetap jenis ini yang digabungkan bersama insuran dan faedah lain seperti yuran pengajian dan lain-lain lagi untuk kegunaan kanak-kanak tersebut pada masa hadapan. Selalunya faedahnya tinggi dan dibayar secara bulanan jika tiada pengeluaran yang dilakukan. Kebiasaanya simpanan tetap ini adalag jangka panjang.

 

● Simpanan Tetap Senior

Simpanan tetap senior adalah simpanan tetap khas untuk warga emas yang berumur daripada 50 ke 55 tahun bergantung kepada bank penyedia. Simpanan ini boleh dibuka secara akaun bersama dengan pasangan dan memberikan faedah yang tinggi serta membenarkan pengeluaran awal sebahagian jumlah pada bila-bila masa sahaja tanpa kehilangan faedah deposit tetap pada baki akaun.

 

● Simpanan Tetap Korporat

Simpanan tetap khas untuk perniagaan , koperasi, jabatan kerajaan, persatuan, pertubuhan atau kelab. Simpanan tetap jenis ini selalunya menawarkan fleksibiliti kepada penyimpan mengikut jenis akaun yang diambil. Ada yang menawarkan pulangan pendapatan tetap matang, bulanan, tanpa menunggu dan ianya sah untuk semua jenis perniagaan di Malaysia.


Baca juga: 9 Jenis Pelaburan di Malaysia yang Terbaik Untuk Jana Untung (Panduan Lengkap)

3. Cara Membuat Simpanan Tetap


Disebabkan simpanan tetap agak popular di Malaysia, banyak bank-bank tempatan yang menawarkan khidmat simpanan tetap terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Antara bank-bank terkemuka yang ada simpanan tetap ialah Maybank, Cimb, Ambank, Affin Bank, Hong Leong Bank dan banyak lagi. Yang berbeza ialah faedah yang ditawarkan, pakej menarik, dan juga tempoh masa yang berbeza lagi setiap bank.

 

Anda perlu membuat kajian atau semakan jenis simpanan tetap yang mana sesuai dengan kehendak anda dan ambil kira tempoh matang simpanan tetap tersebut kerana setiap bank akan menawarkan tempoh matang berbeza dan faedah yang berbeza mengikut tempoh. Pastikan anda meneliti setiap tawaran dan iklan yang diterima supaya ianya berbaloi.

 

Apa yang perlu dilakukan ialah:

➤ Pergi sendiri ke cawangan bank yang anda inginkan

➤ Anda perlu mendaftar dan memberikan detail yang diperlukan

➤ Masukkan sejumlah deposit yang dipersetujui mengikut syarat bank

➤ Dan buat pengesahan 

4. Berapa Banyak Wang Deposit Yang Diperlukan?


Jumlah wang deposit yang diperlukan untuk simpanan tetap ini ialah berbeza mengikut tempat pelaburan dilakukan dan juga tempoh pelaburan itu sendiri. Setiap bank mempunyai kadar deposit minimum dan maksimum yang berbeza. Berikut ialah deposit minimum dan kadar faedah 6 bank yang popular di Malaysia.


Deposit Minimum 6 Bank Popular Di Malaysia

No

Bank

Deposit Minimum

1

Maybank Berhad

RM 1000

2

CIMB Bank

RM 1000

3

Bank Islam

RM 500

4

RHB Bank

RM 500

5

BSN

RM 10 000

6

Ambank

RM 5000

5. Kiraan Faedah Simpanan Tetap


Pengiraan faedah kepada simpanan tetap berbeza mengikut bank dan juga jenis akaun yang dipilih. Anda sebagai pelabur perlu memilih simpanan tetap mengikut keperluan dan kemampuan anda kerana minimum faedah akan dikira dari 6 bulan dan setahun. Namun begitu terdapat juga bank yang membenarkan pengeluaran awal dilakukan tanpa menjejaskan faedah contohnya simpanan tetap jenis senior (warga emas).


Kiraan Faedah Simpanan Tetap 6 Bank Popular Di Malaysia

No

Bank

Kadar Faedah

1

Maybank Berhad

Bermula dari 2.55% (6 bulan)

2

CIMB Bank

2.55% (6 bulan)

3

Bank Islam

2.65% (6 bulan)

4

RHB Bank

2.55 %(6 bulan)

5

BSN

2.60 % (6 bulan)

6

Ambank

Bermula dari 2.30% (6 bulan)

6. Apakah Simpanan Tetap Pelaburan Yang Menguntung


Pelaburan simpanan tetap dianggap menguntungkan bagi sesetengah individu kerana kebiasannya jumlah wang yang didepositkan ialah wang yang berlebihan tidak digunakan untuk satu tempoh. Jadi ianya sesuai kepada pelabur yang inginkan keselamatan dan jaminan. Jika anda ingin tahu sama ada ianya untuk anda atau tidak, lihat kelebihan dan kekurangan simpanan tetap ini dahulu sebelum anda melabur.

 

❖ Kelebihan Simpanan Tetap

 Kurang Risiko  

Simpanan tetap mempunyai risiko yang rendah berbanding pelaburan lain kerana ianya dijamin pulangan pelaburan dalam tempoh matang simpanan tersebut. Bermakna anda menyimpan wang anda dalam tempoh setahun misalnya, anda akan mendapat semula wang anda selepas setahun bersama-sama dengan faedahnya sekali.


 Pendapatan Tetap

Setiap bank akan memberikan pilihan kepada anda untuk faedah yang diterima, contohnya secara bulanan, suku tahunan atau tahunan. Jika anda memilih faedah bulanan bermakna anda berpotensi untuk mempunyai pendapatan tetap hasil dari simpanan tetap anda tadi.


 Dilindungi PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)

Satu perkara yang menarik mengenai simpanan tetap di Malaysia yang sedia ada ialah, simpana anda akan dilindungi sehingga maksima RM 250k oleh PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia) untuk setiap penyimpan bagi setiap bank.


 Membantu Menguruskan Kewangan

Kaedah pelaburan simpanan tetap ini adalah baik untuk membantu anda menguruskan kewangan secara bijak untuk masa hadapan kerana ianya seperti memaksa diri sendiri menyimpan di satu tempat yang tidak boleh diambil sehingga matang tempohnya dan memperolehi keuntungan juga. Sedikit sebanyak ia mendidik masyarakat untuk menabung demi masa depan diri sendiri dan anak-anak.


Transaksi Mudah

Sekiranya pelaburan simpanan tetap anda sudahpun matang tempohnya maka anda boleh mengeluarkannya bila-bila masa sahaja secara segera. Tidak perlu menunggu beberapa hari seperti pelaburan saham yang lain. Anda hanya perlu membuat transaksi segera pada hari yang sama.

 

 

❖ Kekurangan Simpanan Tetap

Tidak sesuai untuk pelaburan jangka pendek segera, jika anda ingin melabur dan mendapat keuntungan segera, maka simpanan tetap bukanlah platform yang sesuai buat anda kerana ianya ada tempoh matangnya.

 Jumlah deposit yang besar, bayangkan anda memilih simpanan tetap secara bulanan, minima deposit selalunya tinggi sehingga RM 1000 - RM 10 000, maka anda perlu konsisten menyimpannya setiap bulan. Jika mampu mungkin ianya sesuai buat anda, tapi jika sebaliknya lebih baik cari peluang pelaburan yang lebih menguntungkan.


Dividen/faedah rendah jika dibandingkan dengan pelaburan lain seperti pelaburan saham, matawang,komoditi. Contohnya 3% faedah tahunan dikira secara harian bukannya anda depositkan simpanan tetap dan dapat 3 peratus selepas 6 bulan.


Faedah kurang atau tiada langsung jika dikeluarkan sebelum tempoh matang. Oleh kerana ianya direka sebagai simpanan tetap, maka tempoh matang sangatlah penting supaya anda boleh menikmati keuntungannya. Tapi jika anda perlukan duit segera dan keluarkan ianya dari simpanan tetap, maka anda mungkin kehilangan faedah atau berkurangan faedahnya.

7. Cara Jana Pendapatan Sampingan-CFD Trading


Walaupun simpanan tetap menjanjikan pulangan yang kurang berisiko dan menawarkan pelan yang nampak sempurna, namun ianya tidak sesuai untuk semua orang, ia sesuai buat pelabur yang mempunyai wang lebihan tidak digunakan dan inginkan sedikit hasil keuntungan. Jika anda merupakan seseorang pelabur yang inginkan tambahan pendapatan, keuntungan besar dan cepat, bermodal rendah maka simpanan tetap bukanlah untuk anda.

 

Sebagai pelabur yang inginkan keuntungan cepat walaupun berisiko, ada banyak kaedah lain dalam pelaburan yang sesuai untuk anda antaranya ialah CFD Trading. CFD adalah satu kaedah pelaburan yang sesuai untuk semua peringkat walaupun anda baru berjinak-jinak dengan dunia pelaburan dan dagangan. Jadi teruskan membaca untuk tambah ilmu anda demi masa depan.


Apakah CFD Trading?

CFD ialah singkatan kepada Contract For Difference (Kontrak Untuk Perbezaan) yang mana ianya adalah satu alat dagangan yang boleh mendagangkan banyak jenis produk dagangan seperti forex, matawang, komoditi, saham dan lain-lain dengan membuka peluang untuk anda membuka dan menutup kedudukan dagangan anda mengikut waktu yang sesuai.

 

Keuntungan dijana daripada perbezaan harga dagangan pembukaan dan penutupan bermakna jika anda membeli dengan harga yang rendah dan jual pada waktu harga yang tinggi, anda akan memperolehi keuntungan begitu juga sebaliknya.

 

Baca Juga: Apa Itu CFD? Cara kerja CFD Untuk Dagangan Forex【Panduan Terbaru Bagi Pemula】


Contoh perdagangan CFD untuk saham Apple.inc. Katakan harga saham Apple adalah 120 USD per saham. Anda membeli 2000 saham Apple dan anda jangkakan harga nya akan meningkat sehingga 127 USD untuk 1 saham. Jika jangkaan analisa anda betul dan harganya naik sehingga 127 USD maka kiraannya :

 

120 USD x 500 saham = 60 000 USD

127 USD x 500 saham = 63 500 USD

63 500 USD - 60 000 usd = 3500 USD ( Keuntungan )

 

Yang menariknya dengan dagangan CFD, anda tidak perlu membayar harga penuh untuk membeli kontrak ini, anda boleh menggunakan leveraj untuk berdagang. Contohnya ada broker yang menawarkan leveraj dengan kadar nisbah margin serendah 0.5%. Bermakna anda cuma perlu membayar margin :

 

0.5% x 60 000 USD = 300 USD

Anda cuma perlu mendepositkan 300 USD sahaja untuk memulakan dagangan anda. Menarikkan? Modal yang rendah dan keuntungan yang tinggi. Kaedah ini sangat menarik dan sesuai untuk pelabur atau trader baru yang inginkan pendapatan sampingan. Ia ada kelebihan dan kekurangan tersendiri iaitu :

 

Beli Saham Apple Facebook Google Di Mitrade-Komisen 0%>


Kelebihan CFD

● Anda boleh berdagang dengan margin yang disediakan tanpa modal yang besar untuk membeli saham. Jika broker menawarkan dagangan margin yang rendah bermakna makin rendah modal permulaan yang diperlukan untuk memperolehi keuntungan yang besar.


● Berdagang semasa pasaran sedang turun naik. Dengan CFD anda boleh berdagang di kedua arah walaupun keadaan pasaran dengan mengalami turun naiknya. Keuntungan boleh diperolehi dari kedua-dua arah contohnya jika trader membeli saham dan mendapat untung jika harganya naik, dan juga dapat keuntungan dengan jual semula saham jika trader yakin yang harganya akan turun.


● Kepelbagaian Portfolio. Portfolio dagangan and tidak terhad kepada satu jenis sahaja. Anda boleh berdagang dengan pelbagai jenis portfolio kerana CFD mempunyai kepelbagaian produk untuk didagangkan seperti komoditi minyak mentah, emas, saham, matawang, ETF dan banyak lagi.


● Tiada kos lain tersembunyi seperti kos duti setem, bermakna anda sudah mengurangkan kos tambahan yang banyak kerana CFD ialah instrumen perbezaan dimana trader tidak memiliki saham atau aset saham sebenar. Oleh itu tiada duti setem dikenakan.

 

Kekurangan CFD

● Tidak memiliki saham sebenar kerana dagangan dilakukan keatas margin leveraj yang mana ianya berisiko tinggi, namun ianya kurang berisiko sekiranya trader memahami konsep sebenar CFD.

 

16093813601974


Berdagang dengan Mitrade

Di malaysia ada banyak broker yang menyediakan dagangan CFD, untuk memudahkan anda mencari broker yang sah dan dipercayai, kita senaraikan juga Broker Malaysia Yang Sah Dan Dipercayai (Tips Memilih) 2020

Sekiranya anda seorang pelabur pemula yang mahukan platform perdagangan yang mesra pengguna dengan pelbagai alat perdagangan automatik, sokongan pelanggan yang sangat baik dan spread yang ketat, Mitrade adalah salah satu broker dalam talian terbaik.


Mitrade dikawal selia oleh ASIC. Semua deposit pelanggan disimpan dalam akaun terpisah yang diperlukan dalam peraturan agensi pengawalseliaan. Pada masa yang sama, ia menggunakan enkripsi teknologi SSL untuk menjadikan perdagangan anda lebih selamat. 


Anda boleh memanfaatkan alat pengurusan risiko yang ditawarkan Mitrade, termasuk Perlindungan Baki Negatif dan peraturan peringkat teratas, sementara juga mengakses spread yang sangat rendah dan komisen sifar. Untuk meneroka platform perdagangan dan pasaran kewangan Mitrade, anda boleh membuka akaun demo,akaunnya tersedia $50000 wang maya dan berlaku selama 90 hari.


Anda tidak perlu deposit sejumlah besar wang di peringkat pembelajaran. Cukup daftar untuk akaun demo, manfaatkan alat pembelajaran, kemudian naik taraf ke akaun sebenar jika anda merasa serasi dengan perkhidmatan tersebut.


Alami akaun demo percuma nikmati $50000 wang maya>


Bagaimana memulakan perdagangan di mitrade

Anda boleh gunakan e-mel untuk mendaftar dan menyelesaikan penilaian risiko. Anda juga boleh menggunakan akaun Google dan Facebook untuk log masuk. Procesnya hanya beberapa menit.

16093812744810


Kesimpulan


Apa yang dapat disimpulkan dalam pengakhiran artikel ini ialah jika anda ingin melabur dalam simpanan tetap, anda harus faham kesan positif dan negatif nya juga ciri-ciri yang ada pada simpanan tetap dan buat penilaian sama ada ianya satu profil pelaburan yang sesuai buat anda atau tidak. Jadi semua yang anda perlu tahu sebelum melabur dalam simpanan tetap telah pun dihuraikan didalam artikel ini.

 

Selain itu kami juga memberikan cadangan buat anda memilih kaedah yang lebih baik untuk memulakan dagangan anda. Jika anda tertarik dengan CFD, anda boleh mulakannya sekarang dan gandakan wang anda kerana mungkin permulaan 2021 adalah permulaan terbaik buat anda. Elakkan dari bertangguh kerana peluang yang ada sentiasa direbut oleh insan yang bijak mencuri peluang. Kekayaan dan kejayaan tak akan datang tanpa usaha yang gigih.


Ribuan Telah Mulakan Dagangan>



Anda Mungkin Suka:

>> 8 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal 2021 (Terkini)

>> Pelaburan Emas VS Amanah Saham Di Malaysia: Mana Yang Lebih Baik?

>> Nak Belajar Saham Daripada Zero? Cara Main Saham Dengan Mudah Dan Cepat Bagi Pemula 2020

>> Broker Saham Malaysia Yang Terkenal Untuk Pemula Bermain Saham Dengan Modal Yang Kecil


*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*

Share this story