Forex Trading Market Pasaran Perdagangan Kripto Komoditi CFD Saham Belajar Berdagang Wawasan Mingguan Indeks

Perdagangan Forex, Emas, Bitcoin Dan Lainnya Dalam
Talian

Bagaimana Cara Berdagang Atau Melabur Dalam NASDAQ 100
Fatimah
2020-12-09 1481

16074807931616

Indeks saham menjadi indikator keadaan semasa pelbagai sektor berteknologi tinggi Amerika Syarikat. Selain dari Dow Jones dan S & P 500, indeks NASDAQ 100 juga adalah indeks yang popular dikalangan para pelabur, ekonomi dan pasaran saham. Anda ingin tahu bagaimana cara berdagang atau melabur dalam indeks NASDAQ 100 dan ciri-ciri yang ada pada indeks NASDAQ 100, teruskan bacaan anda kerana kami akan menerangkan serba ringkas namun padat dengan maklumat yang anda perlukan.

Post Contents [hide]
1. Apa itu NASDAQ 100?

Dapatkan info lebih lanjut mengenai NASDAQ 100>


NASDAQ adalah singkatan kepada National Association Of Securities Dealers Automated Quotations yang bermula pada tahun 1971 dan pertama yang beroperasi secara elektronik.. NASDAQ 100 ialah indeks 100 syarikat bukan kewangan terbesar yang mana ianya tersenarai di Bursa Saham Nasdaq. Ciri yang berbeza tentang NASDAQ ini ialah ia tidak mengandungi syarikat kewangan. Antara industri yang menjadi tumpuan ialah :

 

● Teknologi 54%

● Perkhidmatan Pengguna 25%

● Penjagaan Kesihatan 21%

 

Indeks ini akan menjejaki prestasi syarikat gergasi dunia yang paling berinovatif antaranya ialah Apple, Google, Intel, Tesla, eBay, Comcast, Cisco, Marriot, Yahoo, Amazon dan banyak lagi senarai lain. Untuk pengetahuan anda agak tidak timbul kekeliruan, NASDAQ 100 berbeza dengan NASDAQ Composite Indeks yang mengindekskan semua saham yang tersenarai di bursa saham NASDAQ.


Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang NASDAQ 100

 

Untuk masuk ke dalam indeks, syarikat perlu disenaraikan secara eksklusif di NASDAQ, mempunyai purata isipadu perdagangan harian sebanyak 200,000 saham, dan mengikuti laporan suku tahunan dan tahunan dan pelbagai kriteria lain.

 

Indeks ini akan dinilai setahun sekali dan pelarasan dibuat berasaskan pada harga saham bagi tahun sebelumnya (setakat hari perdagangan terakhir dalam bulan November) dan jumlah saham diumumkan secara awam (pada hari perdagangan terakhir dalam bulan Disember). 


Syarikat dikeluarkan dan ditambah berdasarkan pada nilai modalnya pasarannya. Perubahan ini, apabila dijangka, kerap membawa kepada perubahan dalam nilai saham bagi syarikat yang terlibat. Semua perubahan diumumkan lima hari perniagaan terlebih awal melalui siaran akhbar.


Apabila berdagang NASDAQ 100, mengikuti PMI (Penunjuk Pra-Pasaran) boleh membantu. Penunjuk ini meramalkan harga pembukaan berdasarkan pada harga penjualan terakhir daripada perdagangan pra-pasaran dan mengambil kira berita semalaman, membantu pedagang meramalkan pergerakan harga.


Oleh sebab saham didagangkan di bursa NASDAQ banyak ke arah sektor teknologi, mereka mudah untuk menjadi lebih mudah turun naik, bermaksud indeks juga boleh bergerak dengan pantas. Pedagang perlu mengambil kira perkara ini semasa memutuskan untuk berdagang indeks ini. Pedagang yang ingin berdagang NASDAQ 100 Index perlu melakukan analisis teliti dahulu bagi faktor yang berkaitan sebelum berdagang.

2. Mengapa berdagang NASDAQ 100?

Ada beberapa ciri-ciri penting yang dilihat oleh pedagang dan juga pelabur untuk menilai indeks dalam pasaran saham. Berdagang Nasdaq 100 akan memberikan pilihan yang lebih baik serta pendedahan kepada sebilangan syarikat besar di pelbagai sektor kecuali bukan kewangan. 


Ramai pelabur yang mempelbagaikan portfolio dagangan kerana setiap indeks pasaran berbeza dari segi harga salam bursa, jadi untuk mengimbangkan risiko turun naik harga pasaran, penting untuk melihat komposisi utama.

 

➢ Indeks Paling Popular

Sebab lain untuk memperdagangkan indeks Nasdaq 100 termasuk: Nasdaq 100 adalah salah satu indeks yang paling popular dan diikuti di dunia. Tidak ada kekurangan analisis teknikal dan asas. NASDAQ adalah salah satu bursa saham terbesar dan paling terkenal di dunia, dan dalam sejarah beberapa tahun bullish secara konsisten dan sentiasa mengungguli carta lain seperti Dow Jones dan S&P 500.

 

Tahun 2020 keadaan ekonomi yang berada di keadaan yang sukar, pasaran saham A.S. berada dalam keadaan “bear” , jatuh lebih dari 20% dari paras tertinggi baru-baru ini, dan keadaannya ini berlaku pada semua pasaran. Walaupun kelihatan sukar lagi-lagi saat pasaran sangat tidak stabil, ini saatnya untuk ingat bahawa pasaran “bear” adalah pasaran pembeli.

 

➢ Indeks Pertumbuhan Kapital Besar Terkemuka Dunia

Nasdaq-100 adalah salah satu indeks pertumbuhan kapital besar terkemuka di dunia. Merangkumi 100 syarikat bukan kewangan domestik dan juga antara bangsa yang di senaraikan dalam pasaran saham NASDAQ berdasarkan permodalan pasaran. Ianya mejadi rumah bagi 4 buah syarikat yang telah mencecah tanda trilion USD di Amerika Syarikat antaranya Apple (AAPL), Amazon (AMZN), Microsoft (MSFT) dan Alphabet (GOOG,GOOGL).

 4 buah syarikat terkenal ini naik bersama-sama dengan syarikat yang mengetuai teknologi lain seperti Cisco (CSCO), Qualcomm (QCOM), Intel (INTC), NVIDIA (NVDA), Micron (MU), Adobe (ADBE), Advanced Micro Devices (AMD), dan Baidu (BIDU) sering menimbulkan kesan sebagai indeks teknologi. Teknologi adalah segmen yang mendominasi indeks NASDAQ 100 dan ia juga seimbang dengan sektor lain seperti penjagaan kesihatan, barangan pengguna dan lain-lain segmen.

 

➢ Rumah Untuk Syarikat Medical

Beralih kepada penjagaan kesihatan, umum maklum antara industri yang makin berkembang pesat seiring dengan teknologi adalah bioteknologi dan perubatan. Nasdaq-100 adalah rumah bagi beberapa syarikat bioteknologi yang paling terkenal seperti Gilead (GILD), Regeneron (REGN), Vertex (VRTX), dan Amgen (AMGN).

 

Antara syarikat-syarikat ini yang meneraju peralatan canggih contohnya baru-baru ini, Regeneron Pharmaceuticals mengumumkan kemajuan penting dalam program antibodi COVID-19 sementara Gilead pula telah memulakan dua kajian klinikal Tahap 3 untuk menilai keselamatan dan keberkesanan remdesivir (analog nukleotida penyelidikan) pada orang dewasa yang didiagnosis dengan COVID-19.

 

➢ Trend Semasa

Sejak pandemik, apakah trend yang paling popular yang merubah sebahagian besar keadaan seluruh dunia? Bekerja dari rumah “Work From Home” adalah trend terbaru yang digunakan oleh kebanyakan syarikat bagi tujuan keselamatan dan ia membuatkan syarikat seperti Zoom (ZM) melonjak pada model kerja dari rumah sementara yang lain, seperti American Airlines (AAL), dan Expedia (EXPE), bergelut kerana terhenti perjalanan. 


NASDAQ 100 memegang syarikat yang diketuai penggunaan seperti Netflix (NFLX) manakala pasaran industri lain seperti Pepsi (PEP), Costco (COST), dan Starbucks (SBUX), beberapa di antaranya menderita kerana kekurangan rantaian bekalan dan penutupan sementara.

 

Ringkasnya jika dilihat secara keseluruhan dalan gambaran skala besar NASDAQ 100 adalah gabungan pelbagai sektor dan mempunyai kedudukan yang lebih baik berbanding S&P 500 kerana ketiadaan sektor yang tidak dapat dielakkan atau lengkap seperti tenaga dan kewangan. 


Uniknya indeks ini memberi tumpuan kepada syarikat yang menjadii simbol kepada inovasi dunia masa hadapan atau digital ageSejak tahun 2008, Nasdaq-100 telah menghasilkan kadar pertumbuhan yang lebih tinggi daripada indeks pesaing, seperti Indeks S&P 500 dan Indeks Pertumbuhan Russell 1000.


Berdagang dan melabur Nasdaq100 dengan broker dipercayai >>

3. Cara Untuk Melabur Dalam NASDAQ 100

Jika dilihat dari trend semasa, keadaan pandemik yang merubah hampir sebahagian besar sektor pelbagai melonjakan lagi indeks NASDAQ 100. Banyak pelabur merasakan ini lah masanya untuk memulakan dagangan dan pelaburan mereka untuk memperolehi keuntungan. Disini kami sertakan juga bagaimana cara untuk melabur dalan NASDAQ 100 adalah seperti berikut :

 

 ETF (Exchange Traded Fund) Dana Dagangan Bursa

Untuk NASDAQ 100 hanya ada satu dagangan ETF yang mensasarkan NASDAQ 100 iaitu Invesco QQQ (QQQ). 3 Invesco ini melancarkan versi QQQ yang sedikit murah pada Oktober 2020 yang disebut Ivesco NASDAQ 100 ETF (QQQM).

 

Invesco QQQ Trust, ETF Siri 1 (QQQ) telah berusia 20 tahun dan ia adalah pelaburan tertua dan paling popular di NASDAQ 100, Ia juga adalah ETF kedua paling banyak didagangkan dan salah satu ETF yang paling cair di Amerika Syarikat. 


Juga adalah ETF kelima terbesar dengan USD 76.96 bilion sebagai aset di bawah pengurusan dan mempunyai nisbah perbelajaan sebanyak 0.20%. Oleh itu para pelabur harus sedar bahawa QQQ yang berwajaran tinggi seperti indeks asas NASDAQ yang mana mana-mana syarikat permodalan yang lebih besar menikmati kenaikan yang lebih tinggi dalam indeks ini.

 

Selain dari Invesco QQQ, ada satu lagi yang agak berbeza iaitu First Trust Nasdaq-100 Equal Weighted Index Fund (QQEW) menawarkan peluang kepada pelabur untuk memegang saham Nasdaq-100 dengan cara yang sama berwajaran.

 

Kaedah yang mempunyai kewajaran yang sama telah menidakkan risiko penumpuan dan kesan perubahan harga saham yang tajam ke bawah. Dilancarkan pada bulan April 2006, ETF mempunyai sekitar $ 604.86 juta sebagai aset di bawah pengurusan dan nisbah perbelanjaan sebanyak 0.6%

 

 Annuities

Annuities ialah satu alatan dagangan yang baik untuk merancang persaraan tetapi caranya tidak mudah. Konsepnya sederhana namun terminologinya agak komplikated. Kaedahnya seperti anda melabur dan mendapat sejumlah wang tetap yang dibayar setiap tahun, biasanya sepanjang hayatnya.


Anuiti dapat mengunci pendapatan yang sangat sukar pada masa yang sukar dengan kadar yang sangat rendah.Anuiti dan produk yang rumit dan terdapat banyak jenis yang berbeza, bermula dari pendapatan segera, anuiti berubah-ubah hingga, anuiti pendapatan tetap dan penumpang pendapatan. 


Contohnya di bawah kelolaan kerajaan Malaysia  LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera), KWSP (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja).

Untuk KWSP, apa yang perlu ialah pencarum perlu mengasingkan sebahagian daripada wang simpanan dalam Akaun I KWSP mereka dengan membeli skim anuiti yang ditawarkan syarikat insurans dan takaful yang diluluskan Bank Negara Malaysia.


Syarikat insurans itu ialah John Hancock Life Insurance (Malaysia) Bhd, Hong Leong Assurance Bhd, Malaysia National Insurance Bhd, Malaysian Assurance Alliance Bhd, Maybank Life Assurance Bhd dan MCIS Insurance Bhd. Syarikat takaful pula ialah Syarikat Takaful Malaysia Bhd dan Takaful Nasional Sdn Bhd.

 

 Kontrak Niaga Hadapan

Kontrak Niaga Hadapan E-mini Nasdaq-100 (NQ) menawarkan kontrak penanda aras cair untuk menguruskan pendedahan kepada 100 syarikat “large-cap” Amerika Syarikat bukan kewangan yang membentuk Nasdaq-100. Kontrak niaga hadapan E-mini Nasdaq-100 adalah $ 20 x indeks Nasdaq-100 dan mempunyai tanda minimum 0.25 mata indeks.

 

Ringkasnya kontrak ini memerlukan pelabur membeli sesuatu kontrak niaga hadapan yang mana ia bertanggungjawab untuk membeli aset pada tarikh yang telah ditetapkan dan penjual harus menjualnya mengikut perjanjian kontrak. 


Perdagangan indeks niaga hadapan dengan menggandakan yang menaikkan nilai kontrak untuk menambah leveraj kepada perdagangan. Penggandaan untuk Dow ialah 10, untuk Nasdaq ia adalah 100 dan ia adalah 250 untuk S & P.

 

 CFD NASDAQ 100

Dagangan kontrak untuk perbezaan (CFD - contract for difference) bagi NASDAQ. Ia bergerak seperti cermin pergerakan yang membolehkan anda berdagang dari mana-mana arah dengan kata lain anda tetap mendapat keuntungan dari penurunan mahupun kenaikan harga.

 

Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah wang yang kecil anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Denga  Leveraj anda berpeluang untuk menggandakan saiz akaun yang sedia ada. 


Namun suka diingatkan bahawa ia juga berisiko dan mempunyai sisi negatif  dimana anda masih boleh rugi dengan lebih besar jika pasaran bergerak bertentangan dengan ramalan urus niaga anda.

 

Contohnya seperti ini :

Harga ask saham ialah USD 25.26

Peniaga membeli 100 saham

Kos transaksi ialah USD 2,526

Dagangan ini memerlukan sekurang-kurangnya USD 1,263 tunai pada broker tradisional dalam akaun margin 50% sementara broker CFD hanya perlu margin 5% atau USD 126.30


Pelbagaikan portofolio Anda dengan Nasdaq100 >


Baca juga:


Apa Itu CFD? Cara kerja CFD Untuk Dagangan Forex【Panduan Terbaru Bagi Pemula】


9 Forex Broker Malaysia Yang Sah Dan Dipercayai (Tips Memilih) 2020

 

Cadangan saya untuk pelabur pemula atau pelabur jangka pendek, anda boleh memilih CFD sebagai cara anda berdagang dengan secara 2 hala dengan menggunakan leveraj. Mulakan dengan modal yang kecil dahulu atau akaun demo dahulu supaya anda mahir. Namun pilih broker yang sah dah dipercayai seperti Mitrade,kenapa Mitrade?


Mitrade adalah broker Australia yang diseliakan oleh ASIC (Australian Security And Investment Commision). Sekiranya anda seorang pelabur pemula yang mahukan platform perdagangan yang mesra pengguna dengan pelbagai alat perdagangan automatik, sokongan pelanggan yang sangat baik dan spread yang ketat, Mitrade adalah salah satu broker dalam talian terbaik. 


Anda boleh memanfaatkan alat pengurusan risiko yang ditawarkan Mitrade, termasuk Perlindungan Baki Negatif dan peraturan peringkat teratas, sementara juga mengakses spread yang sangat rendah dan komisen sifar. Untuk meneroka platform perdagangan dan pasaran kewangan Mitrade, anda boleh membuka akaun demo,akaunnya tersedia $50000 wang maya dan berlaku selama 90 hari.

 

Mitrade telah dirancang dengan teliti dan difokuskan pada penyederhanaan untuk memenuhi keperluan perdagangan kedua pemula dan pedagang yang berpengalaman:


Selamat dan boleh dipercayai

Mitrade dikawal selia oleh ASIC. Semua deposit pelanggan disimpan dalam akaun terpisah yang diperlukan dalam peraturan agensi pengawalseliaan. Pada masa yang sama, ia menggunakan enkripsi teknologi SSL untuk menjadikan perdagangan anda lebih selamat.


0 komisen dan spread kompetitif

Komisen sifar bermaksud tiada bayaran tambahan akan dikenakan. Bayaran yang dikenakan oleh Mitade hanya berasal dari spread. Untuk mengurangkan kos perdagangan dan memaksimumkan keuntungan anda, untuk maklumat lanjut sila rujuk petikan platform Mitrade.


Perlindungan baki negatif

Ciri unik yang diberikan oleh Mitrade ialah semua pelanggan dapat perlindungan baki negatif. Ini membantu mengurangkan risiko tinggi yang berkaitan dengan dagangan forex dan CFD, kerana anda tidak akan kehilangan lebih banyak daripada jumlah yang disimpan dalam akaun perdagangan anda. Sebilangan besar broker forex tidak menyediakan ciri ini.


Akaun Demo

Sekiranya anda ingin mempelajari cara memperdagangkan pertukaran mata wang asing sebelum menggunakan wang sebenar, Mitrade menyediakan akaun demo yang boleh digunakan selama 90 hari dan memberikan yuran pengalaman maya sebanyak $50,000 .


Deposit minimum serendah $50 

Sama ada anda seorang pemula atau pedagang profesional, deposit minimum $ 50 menyediakan cara mudah bagi pendatang baru ke pasaran untuk menguji dunia perdagangan pertukaran mata wang asing dan CFD dalam talian. Ia juga merupakan cara baik untuk pelabur profesional untuk menguji platform sama ada senang digunakan dan cepat deposit dan pengeluaran.


Buka akaun di Mitrade sekarang untuk berdagang Nasdaq100 >

4. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi NASDAQ 100?

Banyak faktor yang mempengaruhi harga pasaran NASDAQ 100, oleh kerana NASDAQ ialah indeks acuan saham teknologi Amerika dan pasaran elektronik global maka banyak faktor yang harus diteliti

 

 PMI - Pre Market Indicator

Para pedagang selalu mengikuti PMI (Indikator Pra Pasaran), kerana ia meramalkan harga pembukaan berdasarkan harga penutupan penjualan terakhir dari perdagangan pra-pasaran. PMI ini juga mempertimbangkan berita semalam, dengan itu membantu peniaga dalam ramalan pasaran. 


NASDAQ sangat terarah kepada teknologi. Berbanding dengan indeks pasaran yang lebih luas seperti, faktor utama yang mempengaruhi saham Nasdaq sangat condong ke arah sektor teknologi. Stok lebih mudah berubah dan berubah arah dengan cepat.

 

 Kekuatan Ekonomi dan Politik Amerika Syarikat

Disebabkan syarikat-syarikat besar teknologi ini berpangkalan di Amerika Syarikat, maka kekuatan ekonomi dan politik Amerika Syarikat sangat memberikan kesan terhadap harga pasaran NADSAQ 100. Kos operasi, penyelidikan dan pelbagai pembolehubah lain memberikan tekanan kepada harga pasaran. 


Apabila melibatkan teknologi, banyak faktor yang yang perlu dipertimbangkan dan jika politik mengalami ketidakstabilan, makan kerenah birokrasi yang melampau akan membantutkan proses pengeluaran dan penyelidikan.

 

 Persaingan teknologi daripada negara lain

Persaingan teknologi daripada negara lain juga menjadi faktor yang mempengaruhi indeks NASDAQ 100. Amerika Syarikat yang menjadi peneraju teknologi selain Jepun dan Korea telah bersaing dengan hebat teknologi dari negara China yang mana umum ketahui ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China banyak pengaruhnya.


Janganlah lepaskan peluang untuk meneroka indesk Nasdaq100 >

5. Bilakah Waktu Terbaik Untuk Berdagang NASDAQ

Ketidakstabilan seringkali meningkat dengan tepat setelah hari dagangan dibuka pada pagi hari dan tepat saat meja perdagangan tutup pada keesokan hari. Namun, ketidakstabilan dapat terjadi bila-bila masa sahja. oleh itu penting untuk menetapkan stop loss dan memperhatikan corak pasaran.

 

Nasdaq 100 niaga hadapan boleh diperdagangkan di Chicago Mercantile Exchange (CME) dari:

Ahad– Jumaat 6:00pm – 5:00pm(waktu timur) dengan perdagangan berhenti dari 4:15pm – 4:30pm (waktu timur) dan  dan tempoh Penyelenggaraan Harian dari Isnin - Khamis 5:00pm – 6:00pm waktu timur

 

Terdapat juga ETF yang mengesan Nasdaq 100 seperti Invesco QQQ Trust (QQQ) yang berdagang di bursa NASDAQ. Ini mempunyai:


Pra pasaran waktu dagangan daripada 4:00 a.m. to 9:30 a.m. waktu timur

Waktu Pasaran daripada 9:30 a.m. to 4:00 p.m. waktu timur

Waktu selepas pasaran daripada  4:00 p.m. to 8:00 p.m. waktu timur


Mencuba akaun demo dengan $50000 wang maya  >

6. Kesimpulan

Secara asasnya kita ketahui pelaburan NASDAQ 100 yang bersandarkan teknologi telah mencapai zaman kegemilangan kebelakangan ini kerana dunia yang menuju ke arah dunia digital dan teknologi sepenuhnya pada 10 ke 50 tahun akan datang. Namun penting diketahui juga setiap pelaburan pasti ada risikonya dan pelbagai pembolehubah yang tidak dapat dikawal seperti pandemik Covid 19 ini boleh menyebabkan penurunan harga yang tidak menentu. Untuk mengurangkan risiko anda boleh memulakan dagangan anda dengan modal kecil dan keuntungan yang berterusan dengan Mitrade dalam CFD. Semoga anda semua berjaya.


Baca juga:


→ Mulakan Dagangan S&P 500 Dan Cara Melabur Dalam Indeks S&P 500 Dengan Modal Kecil


Pelaburan Saham AS: Cara Membeli Saham Amerika Syarikat Di Malaysia Dengan Broker Termurah (Panduan Lengkap)

*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*

Share this story