Forex Trading Market Pasaran Perdagangan Kripto Komoditi CFD Saham Belajar Berdagang Wawasan Mingguan Indeks

Perdagangan Forex, Emas, Bitcoin Dan Lainnya Dalam
Talian

Pandunan Jual Beli Emas Online [Mudah dan Murah] 2021
Fatimah
2020-12-23 1859

Sedang cari cara beli emas online yang paling mudah dan murah di Malaysia? Lupakan kerumitan pergi ke kedai emas dan bank dan meletakkan pembayaran besar sekali gus. Jika dilihat dalam konteks pelaburan kini, komoditi emas sering digunakan dalam perniagaan untuk meraih keuntungan. Banyak institusi kewangan di Malaysia menawarkan perkhidmatan jual beli emas untuk dijadikan pelaburan kerana harganya yang lebih stabil dan diramalkan akan mengalami kenaikan yang tinggi setiap tahun. Dalam artikel kali ini kami akan menunjukkan cara jual beli emas yang selamat dan bakal memberikan pulangan yang lumayan buat anda.

Graf harga emas hari ini  

Nikmati Akaun Emas Anda Sekarang, Segalanya di Poket Anda.>


Post Contents [hide]
1. Kenapa Jual Beli Emas Online?

Untuk menyimpan emas fizikal bagi pelaburan, apa yang menjadi masalah buat anda adalah tempat penyimpanan, anda terpaksa  mengeluarkan modal untuk mendapatkan tempat penyimpanan seperti peti “safe deposit” yang mahal dan berat. Sekarang dengan teknologi yang ada segalanya menjadi mudah. Pembelian emas secara online atau atas talian menjadi pilihan kebanyakan pelabur sekarang. Banyak kelebihan membeli emas online yang mana menjadi pilihan ramai pelabur kini. antaranya ialah: 


● Boleh menyelesaikan banyak masalah dalam urusan jual beli emas secara fizikal termasuk risiko kerosakan, risiko tempat penyimpanan, risiko tinggi untuk dicuri atau kehilangan emas dan lain-lain risiko lagi. Bayangkan tidur malam anda lebih rasa selamat kerana tahu emas anda berada di tempat yang selamat.


● Urus niaga mudah dan boleh dilakukan dimana-mana sahaja secara online tanpa perlu pergi ke cawangan. Walaupun berada di pejabat, rumah, kampung halaman atau sedang bercuti, anda bebas membuat urus niaga emas, apa yang perlu ada hanyalah talian internet, telefon atau komputer riba (laptop)


● Urusan jual beli boleh dipantau 24 jam. Tiada istilah urusniaga hanya dilakukan pada waktu pejabat sahaja.

Menjimatkan masa, kos dan tenaga anda. Tidak perlu memandu jauh ke cawangan untuk membeli emas, masa, tenaga dan kos anda boleh digunakan untuk urusan lain.

2. Akaun Jual Beli Emas Online

Ada beberapa jenis kaedah untuk pelaburan logam berharga ini yang mudah untuk orang awam dan mesra orang Malaysia. Hari ini kami akan membahaskan tentang cara mudah dan selamat untuk anda yang berminat melabur di dalam emas hanya dengan log masuk ke dalam sistem online: Akaun Pelaburan Emas Di Malaysia.


2.1 Apa itu Akaun Pelaburan Emas?

Apakah definisi Akaun Pelaburan Emas? Akaun Pelaburan Emas ialah satu jenis akaun untuk individu yang ingin membeli dan menjual emas pada harga yang ditetapkan setiap hari tanpa perlu menyimpan emas secara fizikal. Ia menyediakan peluang kepada sesiapa sahaja untuk membuat pelaburan emas dan memperolehi keuntungan dengan cara selamat seperti akaun bank jenis yang lain.

 

Di sini bermaksud anda akan membuka akaun buku simpanan atau sijil simpanan yang mengandungi emas dan sijil/buku tersebut akan disimpan oleh anda manakala emas akan disimpan oleh pihak bank atau institusi pilihan anda semasa membeli.

 

2.2 Di Mana Anda Boleh Membuka Akaun Pelaburan Emas


Buat masa ini hanya ada enam bank sahaja yang menawarkan perkhidmatan pelaburan emas menggunakan Akaun Pelaburan Emas. Ianya juga adalah cara yang paling popular untuk melabur di dalam logam paling berharga masa kini di kalangan orang Malaysia.


Penting untuk anda tahu bank-bank yang menawarkan perkhidmatan ini untuk mengelakkan penipuan emas seperti yang pernah berlaku di Malaysia seperti Emas Tok Belagak, Emas Swiss dan banyak lagi contoh lain yang menawarkan skim penipuan emas. 6 bank terkemuka Malaysia yang mempunyai perkhidmatan ini ialah :

● Maybank 

● Public Bank  

● CIMB Bank 

● UOB 

● HSBC Bank 

● Kuwait Finance House 

 

2.3 Bagaimana Untuk Membuka Akaun Pelaburan Emas


Anda berminat untuk membuka akaun pelaburan emas tapi tidak tahu bagaimana caranya? Ok teruskan bacaan anda. Ikuti langkah dibawah :


Buka akaun emas dengan memdepositkan harga mengikut minimum berat emas yang ditetapkan oleh setiap bank contohnya di Maybank pelaburan minimum ialah 1gram dan di beberapa bank lain minimum deposit adalah 5 - 10 gram. Anda akan mendapat buku simpanan/sijil untuk simpanan nada.


 Proses verifikasi identiti akan dilakukan dengan anda perlu menyediakan beberapa dokumen pengenalan diri mengikut terma dan syarat setiap bank. Pastikan anda menyediakan dokumen selengkapnya kerana jika anda tersilap dokumen, proses verifikasi akan mengambil masa yang panjang dari sepatutnya.


 Sejurus anda telahpun berjaya membuka akaun pelaburan emas, anda boleh memulakan proses pelaburan jual beli emas anda secara online. Setiap bank akan memberi anda panduan untuk akses ke akaun pelaburan anda dan anda boleh memantau pelaburan anda di sana secara atas talian (online)


2.4 Yuran Biasa dan Caj

Setiap bank mempunyai polisi yang berbeza apabila melibatkan yuran dan caj yang dikenakan untuk akaun pelaburan emas. Apabila memilih untuk membuka akaun pelaburan emas ada satu perkara yang harus anda ketahui iaitu :


 Yuran Pengeluaran Fizikal 

Ini adalah yuran pengeluaran yang harus anda bayar apabila anda ingin membuat pengeluaran emas secara fizikal daripada akaun pelaburan emas anda. Sila ambil tahu berapa yuran pengeluaran yang akan dikenakan untuk mengelakkan anda merasa ditipu walaupun sebenarnya ianya sememangnya ada dalam perjanjian anda.


※ Yuran Tahunan 

Ini pula adalah yuran yang dikenakan secara tahunan supaya baki akaun pelaburan emas anda tidak jatuh ke kategori akaun yang tidak pasti (akaun yang tidak aktif). Yuran tahunan ini ibarat jangka hayat akaun pelaburan emas anda untuk pastikan akaun anda kekal aktif.


 Cop Duti Stamp 

Jumlah tetap yang anda perlu bayar untuk perjanjian akaun pelaburan emas anda kepada sebanyak RM 10 untuk proses legalisasi. Proses ini adalah prosedur biasa yag ditetapkan kerajaan.


 Yuran Penggantian 

Yuran yang akan dikenakan ke atas anda sekiranya anda kehilangan atau kerosakan buku akaun anda dan ingin menggantikannya. Kebiasaannya yuran di Malaysia hanya anggaran RN 15 - RM 20.


2.5 Kekurangan Dan Kelebihannya


Kelebihan

☑ Pelaburan untuk emas tulen sahaja iaitu emas 999. Ketulenan emas adalah terjamin kerana ianya dikendalikan oleh bank yang dipercayai.

 Tiada kos penyimpanan emas secara fizikal

☑ Tiada risiko kecurian kerana anda tidak memegang emas secara fizikal

 Boleh melabur secara online

☑ Kecairan yang tinggi

 Pelaburan selamat kerana diuruskan oleh pihak bank terkemuka di Malaysia


Kekurangan

 Keuntungan daripada harga emas bukan dividen atau  faedah. Untung emas adalah dari kenaikan yang berlaku.

☒ Tiada pelindungan insuran PDIM. Jika bank atau institusi mengalami masalah bankrap anda tidak akan dapat semula modal emas

☒ Kos yuran yang perlu dibayar

 Ada yuran perkhidmatan yang dikenakan

 Minimum deposit yang agak tinggi

 Dengan akaun pelaburan emas di Malaysia, anda tidak akan pernah memiliki emas fizikal

3. Emas CFD: Kaedah Inovasi Pelaburan Emas

Jika dilihat dari trend di Malaysia, ramai yang memilih cara pelaburan emas secara tradisional iaitu membuka akaun pelaburan emas di bank-bank pilihan. Namun dengan pelbagai prosedur yang ditetapkan menjadi perkara pertama yang menghalang orang untuk meneruskan niat itu. 


Selain dari itu, penetapan deposit minimum juga agak tinggi. Walaupun anda memilih untuk membeli emas secara fizikal, anda tetap perlu hadirkan diri ke sana untuk ke tempat pengedar dan perlu menyelidik setiap trader yang anda ingin mulakan pelaburan emas.


Pilihan Saya

Sejujurnya saya akan memilih Mitrade sebagai pilihan utama dalam memulakan Pelaburan Emas di Malaysia. Mesti anda ingin tahu kenapa saya memilih Mitrade? Okay, saya akan senaraikan kenapa Mitrade perlu dipertimbangkan apabila anda ingin membuat pelaburan emas.


Pertama sekali ialah apabila anda ingin membuka akaun di Mitrade, hanya dengan mendaftar masuk (log in) ke akaun sosial media anda seperti Facebook, anda sudah boleh memulakan proses pendaftaran yang mudah dan tidak rumit. Hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk mendaftar akaun dan anda sudah boleh mulakan dagangan anda.


Siapakah Mitrade?

Mitrade adalah broker online yang terkemuka di Australia dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), mempunyai reputasi yang baik di kalangan pelabur. Mitrade beribu pejabat di Australia dan mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik serta menyediakannya mengikut bahasa pertuturan di negara tersebut jadi anda mudah berkomunikasi seandainya ada masalah berbangkit.


Mitrade juga telah membangunkan aplikasi mudah alih yang mesra pelanggan yang mana ianya mudah untuk pengguna baru dan juga mesra pelanggan yang sibuk dengan aktiviti lain hanya dengan handphone sahaja. Pilihan yang terbaik untuk pelabur yang berpengalaman juga. 


Kemudahan aplikasi Mitrade sesuai untuk semua jenis telefon mudah alih, laju dan pantas dimana ianya sangat sesuai untuk anda membuat pelaburan dan dagangan dengan lancar.

16052359126789

Mitrade menyediakan cara yang mudah dan murah untuk melabur dalam emas di Malaysia menggunakan CFD - Contract For Difference (Kontrak Untuk Perbezaan)


Melabur emas dalam CFD ialah anda tidak memiliki emas secara fizikal tetapi anda akan meraih keuntungan dengan meramalkan turun naik harga emas di pasaran. Berbeza dengan emas tradisional yang memerlukan anda menunggu sehingga harga emas naik untuk menjualnya. 


Dengan CFD anda juga boleh membeli bila-bila masa asalkan ianya seiring dengan harga yang diramalkan, dan akan akan meraih keuntungan. Jika anda ingin mengetahui strategi trading emas yang mudah, pastikan anda menimba ilmu secukupnya sebelum melabur dalam CFD.


Baca juga: Apa Itu CFD? Cara kerja CFD Untuk Dagangan Forex【Panduan Terbaru Bagi Pemula】


Contoh Pelaburan Emas CFD

CFD adalah kaedah pelaburan menggunakan leveraj dan keuntungan diperolehi daripada perbezaan spread pelaburan :

Sebagai contoh:


Anda meramalkan harga emas akan meningkat naik, jadi anda akan membeli emas CFD, seandainya harga pasaran berada di posisi seperti yang anda ramalkan, makan anda akan memperolehi keuntungan dari kenaikan harga emas tersebut. Proses ini dipanggil “going long”


16052330747367


Sekarang harga emas adalah $1866.98, di Mitrade anda boleh membeli dengan minimum harga trading dengan lot 0.01 dan margin ratio ialah 1:100. Di sini anda hanya perlu membayar margin sebanyak $ 18.67 untuk memulakan trading. Anda juga boleh meletakkan had keuntungan (take profit). 


Apabila harga mencecah $ 1885.00, order anda akan berhenti secara automatik jika ianya kena pada harga yang anda ramalkan, keuntungan yang anda perolehi ialah sebanyak $ 18.02 dimana ROI (return of investment), pulangan keuntungan adalah sebanyak 96%. 


Selain dari meletakkan had TP (take profit), anda juga boleh meletakkan had kerugian (stop loss) dimana sistem akan berhenti secara automatik sekiranya harga emas jatuh kepada $ 1860.


Mudahkah interface kegunaan trading ini? untuk pelabur baru boleh mula belajar segera!Bagaimana pun, anda juga harus peka dengan keuntungan leveraj, ianya boleh mencapai keuntungan yang tinggi begitu juga dengan kerugian.


Sebaliknya jika anda meramalkan harga emas akan jatuh, anda boleh segera menjual emas CFD. Jika harga pasaran mencapai ramalan anda, maka anda boleh memperolehi keuntungan daripada kejatuhan harga juga di mana ianya dipanggil “going short”.


Jana Untungan Dari Turun Naik Harga Emas>    

Kelebihan CFD

 Modal Asas Yang Berpatutan

Oleh kerana CFD - Kontrak Untuk Perbezaan menawarkan dagangan margin dan leveraj, ini membuatkan anda cuma memerlukan modal asas yang berpatutan. Tidak perlu mengeluarkan sejumlah modal yang besar untuk permulaan.


 Ringkas dan Mudah

Dengan hanya klik beberapa butang sahaja anda dah boleh terus menjual beli, sebagai tambahan anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih untuk memantau pergerakan harga setiap hari


 Transaksi Dua Hala

Boleh melakukan jual dan beli serentak untuk pelaburan emas seandainya ramalan anda tepat dengan pasaran dagangan emas.


Kekurangan CFD

 Berisiko kerana pasaran yang tidak stabil

Berdagang menggunakan spread pada entry akan mempunyai potensi kekurangan keuntungan walaupun berlaku perselisihan spread yang kecil. Apabila pasaran menjadi tidak stabil, trading cara CFD adalah dengan membayar selisih spread pada harga buka dan harga penutup emas, apabila margin yang tinggi boleh memberikan keuntungan yang besar kepada pelabur dan juga kerugian yang besar pada pelabur.


 Risiko Broker Yang Dipilih

Penting untuk memilih broker yang menyediakan aset dalam transaksi kewangan antara pembeli dan penjual kerana kontrak akan dikeluarkan oleh broker. Jadi seandainya broker yang dipilih tidak mempunyai lesen atau tiada kawal selia maka jika berlaku sesuatu pada modal anda, sukar untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan. Seperti Mitrade yang merupakan broker sah dan dipercayai.


 Tidak memiliki emas secara fizikal 

kerana trading dilakukan dengan spread dan leveraj. Anda tidak perlu mengeluarkan kos modal yang tinggi untuk membeli emas secara fizikal, dan kaedah ini sesuai untuk pelabur kecil dan pelabur baru.


Bagaimana Berdagang Emas Melalui Mitrade?

Untuk membuka akaun dagangan di Mitrade anda perlu ke laman rasmi Mitrade dan ikuti langkah dibawah

 1. Daftar alamat e-mel/ nombor telefon dan sediakan kata laluan.

 2. Cipta akaun demo dahulu setelah verifikasi dilakukan anda boleh membuka akaun sebenar.

 3. Setelah akaun dagangan aktif, anda boleh mendepositkan modal anda dan boleh mula berdagang sekarang.


Mengapa Mitrade?

Ada banyak kelebihan apabila berdagang dengan Mitrade, antaranya ialah :

 Mitrade menawarkan pelbagai jenis pelaburan yang boleh dilakukan 24 jam sehari.

 Berdagang dengan broker yang mempunyai reputasi yang baik dan dikawal selia.

 Kelebihan lain ialah mempunyai polisi perlindungan baki negatif

 Berdagang emas dengan 0 komisen.

Jika anda berminat untuk mencuba dagangan eklusif seperti yang dinyatakan di atas, apa kata anda cuba dengan akaun trading percuma dengan duit secara maya sebanyak $50,000? Ini adalah untuk anda melatih diri sebelum melangkah ke trading sebenar tanpa risiko. 


Alami akaun demo percuma nikmati $50000 wang maya>


16052358415104

4. Adakah Ini Masa Terbaik Membeli Emas?

Jika dilihat pada tahun ini 2020, kenaikan harga emas telah mencatatkan rekod yang tertinggi seiring dengan politik antara bangsa dan faktor ekonomi, walaupun seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 yang mengakibatkan kejatuhan ekonomi di seluruh dunia, namun harga emas kekal mencatatkan kenaikan yang tinggi setiap hari. 


Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu telah meningkatkan kadar perubahan dalam pelaburan emas. Dalam erti kata lain emas sedang naik dan sanga berbaloi untuk dilaburkan dalam jangka masa panjang. Harga emas masih mengalami turun naik tetapi ianya sangat sesuai jika dilaburkan dalam jangka masa pendek melalui CFD.


Berdagang sekarang di Mitrade dan nikmati ganjaran sehingga $3000 sebagai bonus anda sekarang.

16052332117198

5. Kesimpulan

Ok setelah membaca artikel di atas, kami yakin anda telahpun menambah ilmu tentang pelaburan emas secara online dan tahu saluran mana yang perlu anda pertimbangkan. Jika anda mempunyai modal, lebih baik laburkan dalam pelaburan emas, jangan biarkan wang tunai anda terperap di akaun anda tanpa mendatangkan sebarang hasil.


2021 mungkin permulaan yang baik buat anda kerana harga emas mengalami kenaikan yang ketara walaupun seluruh dunia sedang berdepan dengan masalah kejatuhan ekonomi dan sosial sewaktu di landa pandemik ini. Mungkin permulaan yang penuh dengan dugaan ini akan membuka peluang baru buat anda di masa hadapan. Jika anda telahpun sampai di sini, saya yakin ini bukanlah berlaku secara kebetulan, tetapi permulaan untuk anda..jangan tunggu lagi.. ambil peluang yang ada bersama Mitrade.


Bayangkan kemudahan berdagang emas dimana sahaja anda berada>



Anda Mungkin Suka:

Ramalan Harga Emas 2021:Adakah Harga Emas Akan Naik Di Masa Depan?

Strategi Trading Emas Yang Mudah dan Menjana Keuntungan Berdagang Emas

Cara Terbaik Untuk Pelaburan Emas Dengan Bermodal Kecil Di Malaysia 2020

Pelaburan Emas VS Amanah Saham Di Malaysia: Mana Yang Lebih Baik?

*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*

Share this story