Forex Trading Market Pasaran Perdagangan Kripto Komoditi CFD Saham Belajar Berdagang Wawasan Mingguan Indeks

Perdagangan Forex, Emas, Bitcoin Dan Lainnya Dalam
Talian

Mulakan Dagangan S&P 500 Dan Cara Melabur Dalam Indeks S&P 500 Dengan Modal Kecil
Fatimah
2020-12-08 689

Pelaburan Indeks S&P 500 menjadi pilihan ramai pelabur sejak dahulu lagi, ia lebih dikenali sebagai kayu ukur ekonomi dunia dan menjadi rujukan para pelabur. Terdapat pelbagai cara berdagang indeks S&P 500 walaupun bermodal kecil. Artikel ini akan membawa anda menyusuri maksud S&P 500 secara keseluruhan dan cara berdagang S&P 500.


Dapatkan info lebih lanjut mengenai indeks S&P 500>

Post Contents [hide]
1. Apakah Indeks S&P 500?

S&P 500 atau bahasa penuhnya ialah Standard & Poor’s 500, sebuah penyedia indeks terkemuka dunia dan perusahaan kredit bebas yang mana menyenaraikan termasuk dalam 500 buah syarikat yang menjadi peneraju ekonomi pelbagai industri di Amerika Syarikat. Indeks ini disusun berdasarkan nilai saham pasaran kapitalisme terbesar di Amerika Syarikat.


S&P juga mengumpulkan semua indeks pasaran saham berpengaruh dan menerbitkan laporan, panduan serta risalah topik kewangan. Saham di dalam indeks ini tergolong dari 500 syarikat dari semua sektor ekonomi termasuk saham yang disenaraikan di New York Stock Exchange dan juga pasaran saham Nasdaq. Secara keseluruhan, syarikat di dalam S & P 500 mewakili kira-kira 75 peratus daripada keseluruhan saham Amerika Syarikat.


Walaupun S&P 500, sama seperti Dow Jones, terdiri daripada syarikat-syarikat yang besar, ia masih dianggap sebagai pengukur utama yang paling dipercayai bagi mewakili pasaran saham secara keseluruhannya kerana jumlah syarikat yang ia jejaki amatlah besar.

2. Syarikat terkenal yang berada dalam Indeks S&P 500?

S&P 500 telah menetapkan kriteria untuk sesebuah syarikat mengekalkan kedudukan didalamnya. Antaranya ialah syarikat tersebut harus mempunyai ibu pejabat yang terletak di Amerika Syarikat dan mempunyai modal saham sekurang-kurangnya 6 Billiom USD. Bagi para pelabur dunia, mereka menganggap S&P adalah petunjuk terbaik bagi mengukur pasaran Saham Amerika Syarikat dan prestasi ekonomi negara tersebut. 


Hal ini kerana S&P 500 menghimpunkan 500 syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat dari pelbagai sektor seperti dibawah, 10 syarikat terkenal yang paling top di senarai S&P 500 :


16073907925765

Sumber dari : https://www.slickcharts.com/sp500


Apple Inc 

Siapa tidak mengenali syarikat paling berpengaruh di dunia dengan produk iPhone yang mempunyai peminat tersendiri. Syarikat Mutinasional Teknologi yang berpangkalan di California yang menyediakan perkhidmatan dan produk teknologi, software dan dikenali sebagai syarikat Big Five di Amerika.


Microsoft Corporation

Berpangkalan di Washington dan sebuah syarikat multinasional pengeluar, perlesenan yang mengeluarkan software komputer di seluruh dunia yang banyak digunakan secara meluas contohnya Microsoft Office, Excel, Powerpoint dan lain-lain lagi. Juga terkenal sebagai Big Five di Amerika Syarikat. 


Amazon.com Inc

Beribu pejabat di Seattle Washington, yang mana ianya adalah sebuah syarikat yang memfokuskan kepada E-Commerce, Cloud Computing, Digital Streaming and Artificial Intelligence. Juga terkenal sebagai Big Five di Amerika Syarikat. Pernah dengar Amazon Online yang menjual hampir semua benda dalam talian.


Facebook Inc Class A

Semua orang mengenali Facebook, sebuah konglomerat media sosial yang paling terkenal di dunia yang diasaskan oleh Mark Zukerberg. Berpangkalan di Menlo Park California dan juga masuk dalam kategor Big Five di Amerika Syarikat. Antara perkhidmatannya ialah Facebook, Instagram dan Whatsapp.


Alphabet Inc Class A

Konglomerat multinasional di California, atau anda lebih mengenali Google? Alphabet Inc ialah “parent company” untuk Google. Syarikat teknologi nombor 4 terbesar didunia.

GOOGL Class A bermaksud saham biasa iaitu 1 saham 1 struktur undian.


Alphabet Inc Class C

Sama seperti Alphabet Inc diatas cuma Class C ialah saham GOOG yang mana pemegang saham tiada sebarang hak mengundi.


Berkshire Hathaway Inc Class B

Syarikat konglomerat mutinasional di Omaha Nebraska Amerika Syarikat, antara jenama yang terkenal dibawahnya ialah GEICO, Duracell, Helzberg Diamonds dan banyak lagi. Lebih dikenali dan dikawal oleh kepimpinan Warren Buffet sebagai Pengerusi dan CEO. 


Johnson & Johnson

Antara syarikat multinasional yang paling lama di New Jersey Amerika Syarikat. Dikenali sebagai syarikat pengeluar alatan perubatan, farmaseutikal, dan barangan lain. Contoh produk yang selalu anda nampak di mana-mana pasaraya ialah barangan keperluan bayi Johnson & Jonhson.


JPMorgan Chase & Co

Multinasional Bank Pelaburan dan Perkhidmatan Kewangan yang berpangkalan di New York City. Dikenali sebagai bank terbesar di Amerika Syarikat dan ketujuh terbesar di seluruh dunia.


Visa Inc Class A

Juga dikenali sebagai VISA, syarikat penyedia perkhidmatan kewangan yang beribu pejabat di Foster City California. Menyediakan perkhidmatan “electronic fund transfer” di seluruh dunia. Ia bukan syarikat yang memberikan kredit kad tetapi menyediakan khidmat kewangan yang anda selalu nampak tertera di kad kredit atau kad debit anda.


Berdagang dan melabur S&P 500 dengan broker dipercayai >

3. Mengapa S&P 500 begitu popular?


➢ Banyak Syarikat Konglomerat Dunia Dalam S & P 500

Standard & Poor’s 500 menjadi satu penanda aras dalam pasaran saham. Selalunya Dow Jones yang menjadi tajuk utama namun banyak pelabur yang membandingkan prestasi Dow Jones dengan S&P 500. S&P 500 termasuk 500 syarikat gergasi dunia yang bergabung untuk mewakili kira-kira 3 suku daripada pasaran saham. Ini menjadikan S&P 500 adalah indeks yang paling seimbang di “cap” pasaran yang membawa maksud syarikat-syarikat besar mempunyai lebih banyak pengaruh terhadap indeks tersebut.


➢ Indeks Saham Tertua Di Dunia

S&P 500 menjadi wakil kepada pasaran saham secara menyeluruh dan menjadi penanda aras untuk para pelabur serta pengurus dana membandingkan prestasi mereka. Indeks saham tertuar dan paling terkenal di dunia yang mana ianya bermula sejak tahun 1923 dan mewakili evolusi pasaran ekonomi dan ekonomi Amerika Syarikat.

 

➢ Menawarkan Pulangan Yang Baik

Dana S&P 500 menawarkan pulangan yang baik dari masa ke masa, mereka dipelbagaikan dan berisiko rendah seperti pelaburan saham. Seperti saham, ia akan berubah-ubah, tetapi lama-kelamaan indeks telah kembali sekitar 10 peratus setiap tahun.

 

➢ Diversiti (Kepelbagaian Saham)

Antara yang terbaik adalah dana indeks berdasarkan Standard & Poor's 500 Index (S&P 500). Indeks tersebut merangkumi syarikat Amerika yang terbesar dan mempunyai kepelbagaian global di setiap industri, menjadikannya berisiko rendah seperti pelaburan saham. Sudah tentu, seperti yang ditunjukkan oleh separuh pertama tahun 2020, bahkan keseluruhan pasaran boleh turun naik secara mendadak.


Pelbagaikan portofolio Anda dengan S&P 500>

4. Bagaimana memulakan dagangan S&P 500?

Disebabkan S&P 500 mempunyai kepelbagaian dalam penerokaan pelaburan dagangan Amerika Syarikat, maka ianya menjadi pilihan ramai pelabur sama ada secara jagka masa panjang ataupun jangka masa pendek. Untuk memulakan dagangan S&P 500, anda boleh mengikuti cara-cara dibawah:

 

➢ ETF (Exchange Traded Fund) Dana Dagangan Bursa


ETF akan memberi tumpuan pada replika indeks pasif yang mana di dasarnya memberikan akses kepada semua pelabur ke semua sekuriti dalam indeks yang telah ditentukan. Ia akan menawarkan nisbah perbelajaan rendah kerana pengurusan aktif yang minimum, perdagangan sepanjang hari seperti stok saham. Namun ianya mempunyai kecairan yang tinggi dan tertakluk kepada harga turun naik.

 

Contohnya seorang pelabur yang terlibat dengan jualan jangka pendek akan meminjam dahulu daripada broker sekuriti kemudian jual kembali dengan harga yang lebih rendah dan tutup dagangan dengan keuntungan. Ringkasnya ETF adalah dana pelaburan terbuka disenaraikan dan didagangkan dalam bursa saham yang menggabungkan ciri-ciri indeks dan saham.

 

Cara mendapat keuntungan daripada ETF ialah melalui:


● Keuntungan Modal (beli rendah dan jual harga tinggi)

● Dividen (dividen daripada sekuriti kumpulan ETF yang dilaburkan.

 

➢ Mutual Fund

Dana Bersama atau pelaburan dalam bentuk dana bersama atau dana yang didagangkan secara pertukaran (ETF), kaedah pelaburan ini lebih mudah dan pelabur akan melabur dalam 500 saham yang terdiri daripada indeks S&P 500.  Mutual Fund pula sama ada pasif atau aktif, mempunyai yuran yang agak tinggi berbanding ETF kerana kos  yang berkaitan.Tambahan pula, mutual fund mempunyai struktur yang sedikit berbeza, di mana pelabur hanya boleh membelinya pada harga nilai aset bersih bersih (NAB) pada hari tersebut.

 

Contohnya pelabur akan membeli saham Facebook dan untuk memperolehi keuntungan sama ada daripada bayaran dividen ke atas saham atau faedah ke atas bon.

 

➢ Kontrak Niaga Hadapan

Kontrak niaga hadapan adalah perjanjian untuk membeli atau menjual instrumen kewangan, pada masa depan yang ditetapkan dan harga yang ditetapkan. Pelabur dikehendaki meletakkan sebahagian kecil daripada nilai kontrak S&P 500.

Terdapat leveraj yang besar dalam kontrak niaga hadapan S & P 500, namun kedudukan pendek dalam pasaran yang adakalanya tiba-tiba mulai naik mendadak boleh menyebabkan kerugian besar.Penting untuk membuat analisa tepat supaya apabila pelabur menambah wang kepada kedudukan niaga hadapan yang berisiko rugi.

 

Ringkasnya kontrak ini memerlukan pembeli sesuatu kontrak niaga hadapan bertanggungjawab untuk membeli aset pada hari yang telah ditetapkan, dan penjual pula bertanggujawab untuk menjualnya mengikut perjanjian yang dipersetujui.

 

Dimana Kontrak Niaga Hadapan Didagangkan?

 

● NYMEX - The New York Mercantile Exchange

● CBOT - The Chicago Board of Trade

● CME - Chicago Mercantile Exchange

● IPE - International Petroleum Exchange

● LIFFE - London International Financial Futures Exchange

● LME - London Metals Exchange.

 

➢ CFD S & P 500-Modal kecil berpeluang keuntungan besar

CFD ataupun contract for difference, ialah satu Kontrak Untuk Perbezaan yang mana semua orang akan berpeluang memperdagangkan indeks itu sendiri dengan modal yang lebih rendah. Ini membuka peluang untuk pedagang baru yang ingin melangkah ke dunia perdagangan di ahmpir semua platform perdagangan. Cara CFD ialah menyalin semua pergerakan yang mana carta S&P 500 akan terikat sepenuhnya pada indeks tersebut.

 

Baca juga:

Apa Itu CFD? Cara kerja CFD Untuk Dagangan Forex【Panduan Terbaru Bagi Pemula】


9 Forex Broker Malaysia Yang Sah Dan Dipercayai (Tips Memilih) 2020


Contohnya adalah seperti berikut bagaimana berdagang S&P 500:

 

● Anda membeli alatan CFD daripada broker penyedia anda, katakan anda membeli indeks S&P 500.


● Kontrak S&P 500 CFD akan menyalin atau mencermin kan harga indeks S&P 500 yang telah didagangkan di bursa saham Amerika Syarikat. Broker CFD anda akan meluaskan spreadnya sedikit tanpa mengenakan komisen secara langsung kepada anda bagi dagangan tersebut. Itu ialah perbezaan utamanya. Sekiranya anda seorang yang aktif dalam pelaburan, makan CFD akan menjimatkan wang anda dengan banyak.


● FTSE 100 didagangkan pada 5204 dan penyedia CFD menawarkan CFD berdasarkan harga ini dengan mengutip spread 5201 - 5207. Harga CFD ditetapkan seiring dengan spread pada USD 5,207. Sekiranya anda meramalkan indeks akan meningkat, anda membeli CFD yang diperlukan dengan banyak untuk memberi anda pendedahan yang anda mahukan - katakanlah 2 CFD, memberikan nilai perdagangan sebanyak USD 10,414, tetapi meletakkan margin awal 1 peratus dari USD 104. Sekiranya FTSE 100 meningkat ke 5255, anda boleh menutup nilai dan membuat 5252-5207 = USD 45 × 2 = USD 90, dengan komisen dalam spread.

 

Jadi untuk pelabur jangka pendek anda boleh memilih CFD sebagai cara anda berdagang dengan secara 2 hala dengan menggunakan leveraj dan boleh mula dengan modal yang kecil. Banyak broker CFD yang dipercayai dan sah yang wujud antaranya Mitrade dan serba sedikit tentang broker yang paling saya percayai.

 

Siapakah Mitrade?

 

Mitrade adalah broker Australia yang diseliakan oleh ASIC (Australian Security And Investment Commision). Sekiranya anda seorang pelabur pemula yang mahukan platform perdagangan yang mesra pengguna dengan pelbagai alat perdagangan automatik, sokongan pelanggan yang sangat baik dan spread yang ketat, Mitrade adalah salah satu broker dalam talian terbaik. 


Anda boleh memanfaatkan alat pengurusan risiko yang ditawarkan Mitrade, termasuk Perlindungan Baki Negatif dan peraturan peringkat teratas, sementara juga mengakses spread yang sangat rendah dan komisen sifar. Untuk meneroka platform perdagangan dan pasaran kewangan Mitrade, anda boleh membuka akaun demo,akaunnya tersedia $50000 wang maya dan berlaku selama 90 hari.

 

Mitrade telah dirancang dengan teliti dan difokuskan pada penyederhanaan untuk memenuhi keperluan perdagangan kedua pemula dan pedagang yang berpengalaman:


>> Selamat dan boleh dipercayai

Mitrade dikawal selia oleh ASIC. Semua deposit pelanggan disimpan dalam akaun terpisah yang diperlukan dalam peraturan agensi pengawalseliaan. Pada masa yang sama, ia menggunakan enkripsi teknologi SSL untuk menjadikan perdagangan anda lebih selamat.


>> 0 komisen dan spread kompetitif

Komisen sifar bermaksud tiada bayaran tambahan akan dikenakan. Bayaran yang dikenakan oleh Mitade hanya berasal dari spread. Untuk mengurangkan kos perdagangan dan memaksimumkan keuntungan anda, untuk maklumat lanjut sila rujuk petikan platform Mitrade.


>> Perlindungan baki negatif

Ciri unik yang diberikan oleh Mitrade ialah semua pelanggan dapat perlindungan baki negatif. Ini membantu mengurangkan risiko tinggi yang berkaitan dengan dagangan forex dan CFD, kerana anda tidak akan kehilangan lebih banyak daripada jumlah yang disimpan dalam akaun perdagangan anda. Sebilangan besar broker forex tidak menyediakan ciri ini.


>> Akaun Demo

Sekiranya anda ingin mempelajari cara memperdagangkan pertukaran mata wang asing sebelum menggunakan wang sebenar, Mitrade menyediakan akaun demo yang boleh digunakan selama 90 hari dan memberikan yuran pengalaman maya sebanyak $50,000 .


>> Deposit minimum serendah $50 

Sama ada anda seorang pemula atau pedagang profesional, deposit minimum $ 50 menyediakan cara mudah bagi pendatang baru ke pasaran untuk menguji dunia perdagangan pertukaran mata wang asing dan CFD dalam talian. Ia juga merupakan cara baik untuk pelabur profesional untuk menguji platform sama ada senang digunakan dan cepat deposit dan pengeluaran.


Buka akaun di Mitrade sekarang untuk berdagang S&P 500>

5. Faktor-faktor yang mempengaruhi S&P 500?

Dalam dunia pelaburan, faktor ekonomi selalu menjadi pengaruh besar pendapatan atau untung rugi perniagaan sekaligus mempengaruhi harga saham. Terdapat 5 faktor utama yang mempengaruhi S&P 500:

 

➢ Suku Bunga Amerika Syarikat

Pusat Simpanan Persekutuan Amerika Syarikat adalah pihak yang menetapkan suku bunga jangka pendek yang mempengaruhi pinjaman, kad kredit, gadaian janji (mortgage). Dalam memacu pertumbuhan ekonomi, FED akan menurunkan suku bunga, begitu juga untuk mengendalikan inflasi, FED akan menaikan suku bunga.

 

Dengan kata lain, pendapatan tambahan akan lebih rendah untuk individu, sementara perniagaan akan mengalami kekurangan fleksibiliti pelaburan. Ini boleh menyebabkan margin pendapatan dan keuntungan lebih rendah, yang seterusnya mengurangkan pulangan ekuiti. Sebaliknya, kadar faedah yang lebih rendah bermaksud perbelanjaan pengguna dan perniagaan yang lebih banyak, yang seterusnya akan meningkatkan margin ekuiti dan pengembalian ekuiti.

 

➢ Tenaga Kerja

Pekerjaan banyak mempengaruhi level bunga kerana apabila penduduk mempunyai pekerjaan, maka perbelanjaan akan berlaku begitu juga sebaliknya.

 

Sementara itu, saham syarikat dalam sektor asas pengguna akan terus menunjukkan prestasi yang baik pada masa kemerosotan ekonomi. Sebaliknya, hasil stok dari sektor lain akan menurun. Apabila kadar pengangguran rendah dan lebih banyak orang mempunyai pekerjaan, permintaan akan meningkat untuk barang keperluan dan bukan keperluan. Pada akhirnya ini akan menghasilkan pulangan positif terhadap ekuiti.

 

➢ Harga Komoditi

Harga komoditi yang berubah-ubah juga mempengaruhi harga pokok jualan, kos operasi dan margin keuntungan dari sesebuah perniagaan. Misalnya kenaikan harga untuk bekalan tenaga dan bahan mentah akan mengakibatkan kos operasi dan pengangkutan menjadi tinggi dan tekanan margin berlaku

 

Selain utiliti, kebanyakan perniagaan biasanya tidak dapat mengenakan kos input yang lebih tinggi kepada pengguna. Sebaliknya, kos operasi akan jatuh dengan penurunan harga tenaga dan komoditi lain. Pada akhirnya, pulangan ekuiti akan membantu.

 

➢ Kepenggunaan

Pengguna secara zahirnya adalah pengaruh bagi perniagaan dimana apabila terdapat perbelanjaan daripada pengguna makan margin dan harga saham akan turut dipengaruhi. Seandainya pengguna memiliki pekerjaan, maka secara logiknya mereka akan berbelanja dalam pelbagai sektor.

 

Sedikit sebanyak perniagaan pun akan menaiktarafkan perkhidmatan dan produk mereka untuk bersaing dan harga saham akan meningkat secara lebih sihat.Begitu juga sebaliknya jika pengguna tiada pekerjaan yang sepatutnya, kuasa berbelanja akan berkurangan sekaligus impaknya adalah pada harga pasaran saham.

 

➢ Ekonomi Global

Umum ketahui ekonomi dunia perlu mempunyai flow yang baik contohnya jika ekonomi Amerika Syarikat lemah ianya mempengaruhi pendapatan dan margin perniagaan Amerika Syarikat di Asia dan juga Eropah. Begitu juga dengan ekonomi Eropah yang mana kedua kuasa besar ini banyak beroperasi di pelbagai negara, impaknya ialah peluang pekerjaan, kepenggunaan dan harga saham.


Janganlah lepaskan peluang untuk meneroka indesk S&P 500 >

6. Bilakah Waktu Terbaik Untuk Berdagang S&P 500

Disebabkan indeks Standard & Poor’s memegang senarai syarikat-syarikat gergasi dunia, maka ianya adalah satu bentuk pelaburan yang baik, namun bilakan masa yang terbaik untuk memulakan dagangan anda?

 

Waktu Dagangan S&P 500

 

S&P berniaga hampir 24/5. Para pelabur profesional kebiasaannya suka memperdagangkan S&P 500 pada waktu pasaran utamanya kerana kecairan tinggi, dan dapat memperoleh spread yang lebih ketat. Pasaran utama adalah antara jam 9:30 pagi dan 4:00 petang waktu timur. Ia menawarkan pergerakan terbesar dalam jangka masa terpendek

 

Kadang-kadang lebih baik kurang pada waktu trading siang, 2 ke 3 jam sehari lebih baik untuk kebanyakan pedagang saham, indeks saham hadapan dan ETF daripada membeli dan menjual saham sepanjang hari.

 

Berniaga selama satu hingga dua jam pertama pasaran saham dibuka pada setiap hari adalah sangat perlu kepada seorang pelabur. Jam pertama cenderung paling bergolak, memberikan peluang paling banyak (dan berpotensi paling berisiko). Walaupun kedengaran kasar, peniaga profesional sering mengetahui bahawa banyak "wang biasa" mengalir pada masa ini.


Mencuba akaun demo dengan $50000 wang maya >

7. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, dalam dagangan saham biasanya setiap pelabur akan tahu waktu terbaik, saham apa yang patut di dagangkan. Jadi untuk anda yang masih berkira-kira untuk memulakan dagangan, adakah ianya waktu terbaik untuk bermula ataupun hanya menunggu dan terus menunggu. Setelah mengetahui dengan lebih mendalam tentang S&P 500, cara berdagang dan jenis saham pilihan anda, segala keputusan untuk mengubah hidup anda ada ditangan anda sendiri. 


*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*

Share this story