Forex Trading Market Pasaran Perdagangan Kripto Komoditi CFD Saham Belajar Berdagang Wawasan Mingguan Indeks

Perdagangan Forex, Emas, Bitcoin Dan Lainnya Dalam
Talian

Pengenalan Indeks Dow Jones:Bagaimana Cara Berdagang Indeks Dow Jones?
Fatimah
2020-12-16 1384

Apabila anda memikirkan pasaran saham A.S. atau Wall Street, Dow Jones Industrial Average (DJIA) juga mungkin terlintas di fikiran, kerana ia adalah salah satu indeks saham yang paling terkenal. Anda boleh mengambil kesempatan atas indeks saham ini dengan berdagang atau melabur dalam Dow Jones.

 

Tapi bagaimanakah untuk mula melabur pasaran Dow Jones? Di dalam artikel ini kami akan bahaskan cara mudah untuk anda melabur dan berdagang pasaran Dow Jones.

Post Contents [hide]
1. Apa itu Dow Jones?

Dow Jones Industrial Average (DJIA), atau pun lebih di kenali sebagai Dow Jones, adalah sebuah pasaran saham indeks yang terkenal di dunia. Pasaran indeks saham ini di gunakan untuk mengukur prestasi 30 syarikat terbesar di Amerika Syarikat yang di senarai di bursa saham Amerika Syarikat, iaitu New York Stock Exchange (NYSE) dan NASDAQ.

 

Nama Dow Jones adalah pada mulanya berasal dari syarikat perniagaan dan kewangan iaitu Dow Jones & Company. Dow Jones di asaskan oleh 3 orang iaitu Charles Dow, Edward Jones, and Charles Bergstresser. Nama Dow Jones sebenarnya di ambil dari 2 pemilik asal dan di gabungkan iaitu Charles Dow dan Edward Jones.

 

Dow terkenal dengan kemampuannya untuk menjelaskan berita kewangan yang rumit kepada orang ramai. Dia percaya bahawa pelabur memerlukan penanda aras sederhana untuk menunjukkan sama ada pasaran saham meningkat atau merosot.


Apakah Saham Yang Tersenarai Di Dalam Dow Jones?


Seperti yang telah di terangkan di atas, syarikat besar di Amerika Syarikat yang di kenali sebagai syarikat blue-chip, adalah merupakan syarikat yang tersenarai di dalam Dow Jones.


Ketika indeks mula dilancarkan pada tahun 1896, ia hanya merangkumi 12 syarikat. Syarikat-syarikat tersebut sebahagian besarnya merupakan sektor industri, 1 termasuk perusahaan di industri kereta api, kapas, gas, gula, tembakau dan minyak.


Namun kini syarikat yang tersenarai dalam indeks Dow Jones adalah sebanyak 30 buah syarikat. Ianya datang dari pelbagai sektor ekonomi dan perniagaan seperti kewangan, farmasi, teknologi dan makanan.


Berikut adalah senarai 30 syarikat Dow Jones (DJIA):

1.                   Travelers

2.                   Dow

3.                   Walgreens Boots Alliance

4.                   Caterpillar

5.                   Goldman Sachs

6.                   3M

7.                   American Express

8.                   United Technologies

9.                   IBM

10.               Nike

11.               McDonald’s

12.               Boeing

13.               Cisco Systems

14.               Chevron

15.               Pfizer

16.               Merck & Co.

17.               Verizon

18.               Coca-Cola

19.               Disney

20.               Home Depot

21.               ExxonMobil

22.               UnitedHealth

23.               Intel

24.               Procter & Gamble

25.               Walmart

26.               Johnson & Johnson

27.               JPMorgan Chase & Co.

28.               Visa

29.               Apple

30.               Microsoft

*Senarai ini tidak mengikut urutan.


Walau pun syarikat yang besar ini menggerakkan indeks Dow Jones, namun jika salah satu syarikat ini menunjukkan prestasi yang tidak memberangsangkan, syarikat tersebut akan di keluarkan oleh komiti khas dan di gantikan dengan syarikat lain yang lebih layak.


Ini boleh di lihat dengan syarikat General Electric (GE), yang merupakan syarikat terakhir yang berasal dari senarai indeks Dow Jones 12 syarikat yang asal pada tahun 1986. Syarikat GE di keluarkan dari pada tahun 2018 dan di gantikan dengan syarikat Walgreens Boots Alliance.

2. Mengapa Berdagang Dow Jones?

Indeks Dow Jones adalah sebuah salah satu indeks tertua di dunia, yang memberikan impak kepada ekonomi Amerika Syarikat dan juga global secara amnya. Ini menjadikan ia sebagai perkara yang dilihat oleh para pelabur dan pengulas media sebagai ringkasan singkat keseluruhan prestasi pasaran saham di Amerika Syarikat.


Oleh itu, ini memberikan peluang untuk para pedagang dan pelabur memperoleh keuntungan yang maksimum kerana Dow Jones di dagangkan secara besar-besaran di pasaran ekonomi dunia.


Mati kita lihat beberapa sebab mengapa berdagang Dow Jones:


-          Sesuai untuk pedagang dan pelabur.

Pedagang dan pelabur merupakan dua jenis pembeli dan penjual yang terlibat dalam menjana keuntungan di pasaran ekonomi. Kelebihan indeks Dow Jones adalah ia sangat sesuai untuk para pedagang dan pelabur.  

 

Pedagang akan lebih mengutamakan keuntungan dalam masa jangka yang singkat, di mana pergerakan index Dow Jones adalah volatile. Mereka akan mendapat keuntungan sama ada pasaran dalam keadaan menaik atau menurun.


Pelabur yang mengutamakan keuntungan dalam jangka masa yang panjang juga sesuai untuk melabur di Dow Jones oleh kerana mereka akan membeli pada harga yang rendah dan menyimpannya selama bertahun-tahun sehingga mencapai tahap harga yang tinggi sebelum menjualnya.

 

-          Sensitif dengan berita fundamental.

Salah satu sebab mengapa anda harus berdagang Dow Jones adalah kerana pergerakan indeks Dow Jones sangat sensitif dengan berita fundamental.

Anda boleh menjana keuntungan maksimum dengan naik dan turun saham sesebuah syarikat termasuk syarikat blue-chip.


Sebagai contoh, syarikat Apple yang merupakan salah satu 30 syarikat di Dow Jones, telah mengeluarkan beberapa peranti dan gadjet baru seperti iPhone, biasanya saham syarikat tersebut akan meningkat setelah pengumuman tersebut. Pedagang dan pelabur Dow Jones boleh cuba untuk memasuki pasaran sebelum pengumuman tersebut berlaku.


Begitu juga dengan syarikat Pfizer, iaitu sebuah syarikat pembuat ubat-ubatan terbesar di dunia, setelah pengumuman penemuan vaksin Covid-19 oleh syarikat tersebut dengan keputusan lebih daripada 90% kesembuhan, saham syarikat tersebut melonjak naik.

 

-          Berdagang menggunakan analisis teknikal. 

Adakah anda boleh berdagang dengan hanya menggunakan analisis teknikal untuk indeks Dow Jones? Ya, anda juga boleh berdagang dengan analisis teknikal dan tanpa menggunakan analisis fundamental.


Ada pedagang yang menjana keuntungan hanya dengan menggunakan indikator seperti Moving Average, Bollinger Band dan Volume. Cara ini sesuai untuk anda yang ingin menjana keuntungan dalam jangka masa yang singkat.

3. Cara Untuk Berdagang Indeks Dow Jones

Berdagang atau melabur di dalam Dow Jones tidaklah semudah yang anda sangkakan, dan kebanyakan pedagang dan pelabur yang mencuba gagal. Ianya adalah lebih daripada sekadar meneka arah trend ke mana saham atau indeks mungkin bergerak, dan kemudian berharap itu akan berjalan lancar dan berhasil lalu mendapatkan keuntungan.

Kami percaya bahawa dengan melihat bagaimana pengurusan risiko menjadi penentu penting bagi kegagalan atau kejayaan seseorang dalam pasaran forex, dan peraturan yang sama dapat digunakan untuk perdagangan saham atau indeks.

Harga Terkini Dow Jones

Anda boleh melihat harga terkini Dow Jones dengan melihat carta pergerakan terkini.

Untuk masa sekarang, sekitar 14 Disember 2020, harga indeks Dow Jones adalah lebih tinggi berbanding sebulan lalu.

Namun sejak 5 hari kebelakangan ini, Dow Jones mengalami penurunan dari 30.20 sehingga 29.86. Ini pun jelas di lihat dengan penurunan mata wang Dollar Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini.


Pelajari Info Lanjut Mengenai Indeks Dow Jones Di Mitrade>


Cara Untuk Berdagang atau Melabur Di Dalam Dow Jones


1) Membeli Dow Indeks ETF 

Salah satu cara untuk menjana keuntungan adalah dengan membeli Indeks Dow ETF. Anda sebenarnya tidak boleh membeli Dow Jones Industrial Average (DJIA), namun anda boleh membeli sebuah exchange-traded fund (ETF).

Indeks Dow ETF di gunakan untuk melihat dan memerhati pergerakan indeks dan menyimpan semua 30 saham tersebut dengan kadar yang sesuai dengan Dow Jones Industrial Average (DJIA).

Membeli ETF adalah sebuah cara yang sering di gunakan oleh pelabur yang mempunyai modal yang sedikit. Pelabur boleh memilih jumlah share yang mereka ingin beli, berbanding dengan menggunakan sejumlah wang besar untuk membeli saham syarikat tersebut.

2) Membeli ke semua 30 saham industry Dow Jones 

Cara alternatif untuk melabur di Dow Jones adalah membeli saham di syarikat tersenarai secara langsung. Anda boleh memilih untuk membeli satu saham di setiap 30 syarikat di Dow Jones atau memilih beberapa saham untuk di beli.

Walau bagaimanapun, walaupun kaedah ini mendedahkan anda secara langsung kepada syarikat-syarikat di Dow Jones, kaedah pelaburan ini mungkin merupakan kaedah yang mahal kerana anda memerlukan dana yang besar. 

Sebilangan besar saham di Dow bernilai ratusan dolar AS, jadi jika anda ingin membeli sekurang-kurangnya satu saham di setiap syarikat, anda perlu melabur sejumlah wang yang besar.  

Jika anda tidak mempunyai dana yang besar, Mitrade adalah platform yang sesuai untuk anda. Ini kerana Mitrade membolehkan anda untuk berdagang lebih 30 saham yang terkenal di Amerika Syarikat, hanya dengan modal yang kecil. 

Anda juga boleh melakukan dua hala perdagangan iaitu ‘Buy’ dan ‘Sell’. Dengan Mitrade juga, anda dapat berdagang dengan 0 komisen. Ini membolehkan anda menjana keuntungan dengan semaksimum mungkin.

Anda boleh menggunakan limit order dan stop order untuk memasuki posisi dagangan yang di sediakan oleh Mitrade. Dengan meletakkan limit order, anda boleh membeli atau menjual saham apa bila harga tiba di sesuatu harga. 

Dengan stop order pula, apa bila harga mencapai harga yang spesifik, saham tersebut akan di beli atau di jual secara automatik.Dengan menggunakan kedua-dua kelebihan ini, ini memberikan anda lebih kawalan ke atas dagangan anda.

3) Melabur dalam kontrak Dow Options

Dow Option adalah sebuah kontrak option di mana nilai asasnya adalah berdasarkan tahap indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA).

Cara untuk melabur dan berdagang Dow Options adalah sama seperti pilihan yang lain. Cuma ianya mempunyai tarikh tamat, anda harus tutup dagangan sebelum tibanya masa tersebut atau ia akan tertutup sendiri.

Untuk mula melabur, anda harus membuka akaun dengan broker yang menawarkan pembukaan akaun option.

4) Melabur dalam Dow CFD

Jika anda mempunyai dana yang terhad, pilihan ini adalah pilihan yang sesuai untuk anda melabur dalam Dow Jones. CFD memberikan anda pilihan untuk menjana keuntungan apabila Dow dalam keadaan menaik mahu pun penurunan.

Untuk mula melabur, anda perlu mencari broker yang menyediakan akaun CFD seperti broker Mitrade, sebuah broker yang di kawal selia oleh ASIC. Semua deposit pelanggan disimpan dalam akaun yang terpisah yang diperlukan dalam peraturan agensi pengawalseliaan. Pada masa yang sama, ia menggunakan enkripsi teknologi SSL untuk menjadikan perdagangan anda lebih selamat.

Setelah membuka akaun, anda harus memasuki dana atau modal yang sesuai berdasarkan kemampuan anda. Dana tersebut akan di gunakan untuk melabur dan berdagang. Mungkin broker yang anda gunakan menawarkan bonus tanpa deposit secara percuma, namun di sarankan untuk menggunakan wang sendiri, terutama buat mereka yang berdagang. Pergerakan spread dan pips tidak sama untuk pasaran mata wang dan saham.

Buka Akaun Sekarang Untuk Berdagang Indeks Dow Jones >


Bagaimana Buat akaun dagangan CFD

1️⃣ Pendaftaran Dalam Talian yang Pantas

Gunakan e-mel untuk mendaftar dan menyelesaikan penilaian risiko. Anda juga boleh menggunakan akaun Google dan Facebook untuk log masuk dengan satu.

2️⃣ Lengkapkan Pengesahan Identiti 

Kirim maklumat yang diperlukan untuk pengesahan identiti dan tunggu semakan pembukaan akaun, kira-kira 1-2 jam (Maklumat anda dilindungi oleh klausa kerahsiaan)

3️⃣ Deposit dan mulakan dagangan

Pelbagai kaedah deposit termasuk kad kredit, transfer bank, dll. Mitrade tidak mengenakan bayaran pengendalian. Seterusnya, anda perlu mencari indeks pasaran yang di beri nama US30, lalu anda boleh mula berdagang indeks Dow. 

Baca juga:

Apa Itu CFD? Cara kerja CFD Untuk Dagangan Forex【Panduan Terbaru Bagi Pemula】

9 Forex Broker Malaysia Yang Sah Dan Dipercayai (Tips Memilih) 2020

4. Faktor-faktor yang mempengaruhi Dow Jones?

Faktor pergerakan saham di Dow Jones adalah sama seperti bagaimana saham lain di gerakkan.


Terdapat prinsip asas ekonomi yang dapat membantu menjelaskan pergerakan pasaran naik turun, dan dengan pengalaman dan data, terdapat petunjuk yang lebih spesifik yang dikenal pasti oleh pakar pasaran sebagai signifikan.

 

Supply dan Demand

Dalam ekonomi pasaran, apa pun pergerakan harga dapat dijelaskan oleh perbezaan antara apa yang di bekalkan oleh pembekal dan apa yang diminta oleh pengguna.


Sekiranya terdapat jumlah pembeli yang lebih besar daripada penjual (lebih banyak permintaan), pembeli menaikkan harga saham untuk menarik minat penjual untuk menyingkirkannya. Sebaliknya, sebilangan besar penjual menawar harga saham dengan harapan dapat menarik minat pembeli untuk membeli.


Faktor Peristiwa Mempengaruhi Dow Jones

Keyakinan terhadap kestabilan pelaburan masa depan memainkan peranan penting sama ada pasaran naik atau turun. Pelabur cenderung membeli saham sekiranya mereka yakin saham mereka akan meningkat nilainya pada masa akan datang. 


Namun, jika terdapat alasan yang cukup untuk mempercayai bahawa saham akan terdedah dengan prestasi yang buruk, seringkali terdapat lebih banyak pelabur yang ingin menjual daripada membeli.

 

Antara peristiwa yang mempengaruhi keyakinan pelabur termasuk:

-          Perang atau konflik

-          Kebimbangan terhadap inflasi atau deflasi

-          Dasar fiskal dan kewangan kerajaan

-          Perubahan teknologi

-          Bencana alam / turun naik cuaca yang melampau

-          Data prestasi korporat atau kerajaan

 

Peristiwa tahun ini, iaitu berkaitan dengan Covid-19, telah mempengaruhi ekonomi dunia. Peristiwa ini telah menyebabkan Dow Jones Industrial Average (DJIA) telah mengalami kejatuhan yang terbesar dalam sejarah, hampir 12% dari nilai asal. Ia berlaku pada 16 Mac 2020. Oleh kerana terjadi ketidak tentuan ekonomi pada masa akan datang, ramai pelabur mula untuk menjual saham berbanding dengan pembeli.

5. Jam Perdagangan Dow Jones

Jam pembukaan dagangan Dow Jones adalah sama dengan tempoh masa kebiasaan pejabat-pejabat di buka, iaitu pada isnin sehingga jumaat pada jam 9:30 hingga 4 petang. Tempoh masa tersebut adalah sama untuk kedua-dua New York Stock Exchange (NYSE) dan Nasdaq Stock Market (Nasdaq). Ia akan di tutup pada hari hujung minggu, jadi pelaburan tidak akan di jalankan pada waktu itu.

 

Bursa saham mengambil dua cuti separuh tambahan setiap tahun, di tutup pada awal Hari Jumaat dan Malam Krismas. Pada hari-hari itu, sesi perdagangan utama berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 1 petang bukannya jadual biasa dari jam 9:30 pagi hingga 4 petang.

 

Apabila percutian jatuh pada hari Sabtu, NYSE dan Nasdaq ditutup pada hari Jumaat sebelumnya. Cuti yang tiba pada hari Ahad diperhatikan pada hari Isnin berikutnya.

 

Berikut adalah senarai cuti dan penutupan pelaburan saham di Amerika Syarikat:

-          New Year's Day

-          Martin Luther King, Jr. Day

-          George Washington's Birthday

-          Good Friday

-          Memorial Day

-          Independence Day

-          Labor Day

-          Thanksgiving Day

-          Day Following Thanksgiving

-          Christmas Day

Kesimpulan

Melabur di pasaran indeks Dow Jones bukanlah sesuatu yang sukar jika anda mengetahui cara yang tepat. Anda boleh mengambil peluang untuk menjana keuntungan sebagai pedagang atau pelabur Dow Jones, iaitu untuk tempoh masa yang singkat atau panjang. 


Ribuan telah mulakan dagangan, anda masih risau-risau? Tidak pernah terlambat untuk memulakan pelaburan! 

Beli Saham Apple Facebook Google Di Mitrade-Komisen 0%>


Anda mungki suka:

Mulakan Dagangan S&P 500 Dan Cara Melabur Dalam Indeks S&P 500 Dengan Modal Kecil

Bagaimana Cara Berdagang Atau Melabur Dalam NASDAQ 100


*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*

Share this story