Forex Trading Market Pasaran Perdagangan Kripto Komoditi CFD Saham Belajar Berdagang Wawasan Mingguan Indeks

Perdagangan Forex, Emas, Bitcoin Dan Lainnya Dalam
Talian

Apa Itu Saham? Anda Pasti Mudah Fahami Maksud Saham Dengan Panduan Pemulaan Ini
Fatimah
2020-11-17 4906

1605576820475

Apa itu saham ? Perkataan “SAHAM” sering disalahertikan oleh ramai orang di Malaysia. Asal sebut saham sahaja mesti pemikiran kebanyakan orang adalah orang kaya bolehlah ada saham, saham ini mahal, saham untuk syarikat besar-besar saja. Memiliki saham bermakna anda bakal menanggung kerugian yang besar. 


Tapi hakikatnya kebanyakan orang di Malaysia sendiri memiliki saham seperti ASB, ASNB contohnya cuma ianya adalah saham yang selamat dan dijamin kerajaan. Untuk membetulkan skeptikal pandangan orang ramai tentang saham, artikel ini akan menerangkan tentang saham, jenis-jenis saham dan kenapa anda perlu membeli saham. Apa baik buruknya membeli saham dan apa permulaan anda.

Post Contents [hide]
1. Apa itu Saham Dan Perkara Penting Tentang Saham


● Apa Maksud Saham dan Pasaran Saham?


Saham ialah pegangan sebahagian hak milik sesuatu syarikat dalam perniagaan. Pegangan saham dalam bentuk ekuiti. Contoh mudah ialah apabila anda membeli sebahagian kecil/besar saham dari syarikat A, bermakna anda adalah pemilik sebahagian daripada syarikat A.


Pasaran saham pula ialah pasaran stok atau pasaran ekuiti di mana ianya tempat untuk saham dalam syarikat dijual dan dibeli (di dagangkan).


● Bagaimana Saham Didagangkan - Pertukaran dan OTC (Over-The-Counter)


Proses edaran instrumen kewangan dalam pasaran saham dibahagi kepada  dua iaitu :


➢ Pertukaran (Exchange)


Dagangan saham diuruskan oleh bursa, mempunyai prosedur untuk menjalankan perdagangan dan senarai saham untuk di niaga. Tersenarai dalam bursa saham secara rasmi.


➢ OTC (Over-The-Counter)


Pasaran OTC wujud diluar bursa dan kurang penyeliaan. Ianya lebih bebas. Transaksi dilakukan di mana pelanggan dan broker melakukan transaksi peribadi tanpa pertukaran orang tengah. Tidak tersenarai dalam salah satu bursa saham. Lebih kepada pasaran saham tidak rasmi.


● Indeks Pasaran Saham


Indeks digunakan sebagai satu penanda aras untuk mengukur prestasi bagi portfolio seperti mutual fund. Indeks pasaran saham adalah nombor tunggal yang dikira daripada harga saham berbeza. Terdapat banyak pecahan indeks pasaran saham, antaranya yang selalu disebut-sebut kerana didaftarkan di bursa saham terbesar ialah Indeks Perindustrian Dow Jones, S&P Index, Nikkei 225, DAX Jerman dan lain-lain.

 

● Bull and Bear Markets, Short Selling Pasaran Bull & Bear dan Short Sell.


Bull merujuk kepada sentimen menaik jika majoriti saham dalam pasaran naik secara berterusan akan dipanggil Bull Market. Manakala Bear adalah sebaliknya iaitu merujuk kepada pasaran saham yang menurun secara berterusan dipanggil Bear Market.


Short Selling pula ialah urusniaga “sell first, buy later”. Pelabur perlu mempunyai pegangan saham dahulu sebelum dibenarkan menjual. Short sell berlaku apabila pelabur meminjam saham dari broker dan jual saham tersebut kemudian pelabur harus beli semula saham yang sama dan gantikan saham yang telah dipinjam tadi. Selalunya berlaku apabila pelabur menjangkakan harga saham akan jatuh.

 

● Jenis-Jenis Saham


Ada beberapa jenis saham dalam dunia pelaburan. Antaranya ialah :


 Saham Biasa (Common Share) - Saham yang biasa dilihat di Bursa Malaysia. Pembeli saham mempunyai pegangan atau bahagian dalam syarikat tersebut dan layak menerima Dividen, Right Issue & Bonus Issue juga berhak mengundi sewaktu AGM (Annual General Meeting). Kadar dividennya tidak tetap dan bergantung kepada keuntungan syarikat, sekiranya syarikatnya menjadi bankrap, pemegang saham biasa akan dibayar setelah pemiutang, pemegang bon dan pemegang saham keutamaan dibayar terlebih dahulu.


➢ Saham Keutamaan (Preference Share) - berbeza dengan saham biasa, pulangannya lebih terjamin. Selalunya akan menerima agihan dividen dahulu berbanding saham biasa walaupun syarikat untung atau rugi tetapi kadarnya tetap dan lebih tinggi dari pemegang saham biasa. Pemegang saham keutamaan tidak mempunyai hak mengundi seperti pemegang saham biasa.Nak kenal saham jenis ini mudah iaitu ada huruf -PA dibelakang nama kaunter contohnya Connect-PA.

 

● Bursa Malaysia


Dahulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Satu laman pasaran yang menjadi tempat jual beli antara pelabur dan syarikat. Bursa Malaysia berfungsi sebagai tempat di mana syarikat yang ingin menaikkan modal untuk memajukan perniagaannya akan membuka apungan syarikatnya secara awam dan bahagian daripada syarikat itu akan dijual kepada pelabur individu atau institusi. Untuk urusan jual beli saham ini haruslah melalui seorang broker yang berdaftar.


● Waktu Dagangan


Waktu untuk trading saham adalah mengikut negara masing-masing, begitu juga di Malaysia. Jika anda seorang pelabur baru, sila ambil tahu tentang perkara ini. Kebiasaannya waktu trading di Bursa Malaysia bermula jam 8.30pagi sehingga 5 petang. Rujuk jadual dibawah.

Waktu

Keadaan

Maklumat

8.30 - 9 pagi

Pra Pembukaan

Bursa baru bermula dan segala urusan sedang diaturkan

9 pagi - 12.30 tengahari

Sesi Pertama

Proses jual beli saham

12.30 tengahari - 2 petang

Rehat

Bursa sedang berehat

2 - 2.30 petang

Pra Pembukaan

Proses jual beli saham diatur

2.30 - 4.45 petang

Sesi Kedua

Proses jual beli saham

4.45 - 4.50 petang

Pra Penutup

Hampir tutup pasaran dan segala jual beli ditapis untuk mengelakkan manipulasi harga saham utama

4.50 - 5 petang

Trading Saat Akhir

Proses transaksi jual beli pada satu harga yang ditetapkan sahaja.


Sekarang ilmu saham anda sudah bertambah kan? ketahui Pelaburan saham di Malaysia yang sah dan selamat untuk anda mulakan.

2. 5 Alasan Kukuh Kenapa Anda Harus Melabur Dalam Pasaran Saham.

Mungkin selalu kita mendengar perkataan pasaran saham yang meningkat sejak kecil namun tidak pernah ingin mengambil tahu apakah sebenarnya proses ini dan kenapa melabur dalam saham?

 

 Tambah Pendapatan

Pernah dengar duit bekerja untuk menghasilkan duit? Ini lah caranya melabur dalam saham menggunakan duit anda untuk menghasilkan duit tambahan dengan usaha yang minima.

 

Keuntungan Bebas Cukai

Setiap keuntungan saham dikecualikan dari cukai kerana ianya merupakan keuntungan modal (Capital Gain Tax). Tidak kira berapa banyak keuntungan yang anda perolehi, ianya adalah bebas cukai!

 

Simpanan Untuk Persaraan

Untuk persediaan di masa depan, pasti anda akan memikirkan untuk menyimpan wang bagi kegunaan untuk persaraan nanti sebab itu anda akan membuka akuan simpanan, mencarum untuk masa depan, dengan pelaburan saham juga anda boleh menjadikan ianya simpanan anda untuk persaraan nanti. Bayangkan anda memiliki saham di beberapa syarikat ternama didalam dan luar negara. Setiap keuntungan akan menjadi simpanan anda dan tiada had. Berbaloi kan?

 

 Anda Boleh Memiliki Sebahagian Daripada Syarikat Yang Anda Suka

Bayangkan anda memang peminat McDonalds dan anda impikan untuk menjadi seperti McDonalds, sekarang anda dah boleh jadi sebahagian dari McDonalds hanya dengan memiliki saham Mcdonalds jika anda mempunyai modal. Malah anda boleh memiliki saham-saham syarikat gergasi lain lagi seperti Facebook, Starbucks dan lain-lain. Tambah duit poket anda.

 

Melabur Dalam Saham Akan Mengajar Anda Pelbagai Perkara!

Salah satu kenapa anda perlu melabur saham, anda akan banyak belajar tentang dunia di sekeliling anda secara lebih meluas. anda akan peka dengan keadaan politik, ekonomi dan sosial. Bayangkan anda bukan hanya dapat menambah pendapatan, malah boleh menambah ilmu dan pengetahuan.  


Mitrade_platform_dipercayai

3. Bagaimana Untuk Menghasilkan Duit Dalam Saham

Saham merupakan pelaburan yang paling menguntungkan dalam pasaran modal mengalahkan apa sahaja jenis pelaburan jangka masa panjang. Ini adalah fakta yang telah terbukti. Bagaimanapun dalam pelaburan saham juga mempunyai risiko yang tinggi daripada pelaburan lain jika anda tidak benar-benar memahami cara untuk memilih saham yang betul dan bagaimana untuk menguruskan portfolio anda dengan bijak.


1️⃣ Pelaburan Jangka Panjang


Pelaburan jangka panjang biasanya akan dibayar selama beberapa tahun. Dalam konteks pelaburan jangka panjang, anda yang akan menentukan kadar pulangan yang anda mahu dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Seandainya pasaran saham jatuh, anda tidak seharusnya menjadi panik dan terus menjualnya, tapi ianya akan mengambil masa untuk pulih. Contoh pelaburan jangka panjang ialah Simpanan Bon Bersijil seperti bank BSN (Sijil Simpanan Premium), pelaburan hartanah, simpanan tetap (Fixed Deposit).


2️⃣ Spekulasi Dan Pelaburan Jangka Pendek


Pelaburan Jangka Pendek pula bermaksud anda membuat spekulasi berdasarkan analisa teknologi dan ianya dijangka berlaku dalam masa terdekat. Anda akan memegang pelaburan itu untuk jangka masa yang pendek seperti beberapa hari, minggu atau beberapa bulan. 


Contoh pelaburan jangka pendek ialah saham Apple yang anda beli pada harga yang rendah sebelum iPhone 11 dilancarkan dan saham Apple naik selepas seminggu selepas iPhone 11 dijual. Harga saham meningkat daripada 205 hingga 214 USD.  Pelaburan ini dibuat selepas analisis spekulasi dilakukan.

 

☞ Bersedia untuk tahu dengan lebih lanjut? Baca tutorial secara detail yang kami sediakan di bagaimana membeli saham.

4. Bagaimana Seorang Pemula Boleh Membeli Saham Dengan Hanya $10?

Perkara yang selalunya menjadi kekangan kepada orang awam memulakan pelaburan di Malaysia ialah MODAL, kedua ialah ILMU. Walaupun ada bank-bank terkemuka yang menawarkan khidmat instrumen pelaburan yang menarik namun ianya bukan lah semudah yang diucapkan. 


Di Malaysia sendiri jika anda ingin membeli saham, perkara utama yang perlu anda lakukan adalah membuka akaun CDS dan membuat kajian terhadap saham terlebih dahulu. 


Penting untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan dunia saham. Selain itu bukan harga seringgit dua saham yang hendak dibeli, 1 saham bersamaan dengan 100 lot dan harganya juga ibarat “kayangan”. Yuran broker,Stamp Duty, Yuran Clearing, remisier dan pelbagai lagi yang perlu diambil kira.

 

Baca disini apakah broker saham malaysia yang terkenal sebelum anda membuat pelaburan saham.

 

Contoh kiraannya adalah seperti berikut:

(harga semasa 1 Saham Apple Inc pada 11 Nov 2020 adalah 119.38 USD)

 

119.38 USD x 100 lots = 11,938 USD

 

11,938 USD = RM 49,226.34

 

Kadar semasa (1USD = RM 4.12 (16 Nov 2020)

 

Agak tinggi untuk pelaburan pertama anda kan? Sejak awal tahun ini, pasaran saham dunia mengalami keadaan yang tidak menentu, lebih-lebih lagi di Amerika Syarikat. Terlalu banyak peluang keuntungan yang menanti. 


Peluang yang ada harus diambil supaya pelabur-pelabur biasa belajar dan memulakan langkah dalam dunia saham namun tidak dinafikan kos pembelian saham yang untuk syarikat-syarikat gergasi ini adalah tinggi dan “tidak mesra rakyat biasa”. 


Jika anda masih ingin melabur dalam saham Amerika Syarikat yang ternama ini seperti Apple, Amazon, Google, Facebook, Tesla dan lain-lain, ada cara lain yang boleh anda pilih. Masih Berminat?

 

Beli Saham Apple Facebook Google Di Mitrade-Komisen 0%>


Anda boleh memulakan langkah pertama melabur dengan CFD di Mitrade! Jom ketahui apakah CFD dan mengapa Mitrade yang terbaik.

 

Apakah CFD?

 

CFD iaitu singkatan kepada Contract For Difference (Kontrak Untuk Perbezaan) ialah satu kontrak dalam produk kewangan dari saham yang memberikan peluang untuk pelabur melakukan trading menggunakan leveraj dan keuntungan diperolehi daripada perbezaan jual dan beli


Ianya berlaku sekiranya anda membuat spekulasi tentang saham yang akan meningkat contohnya Apple.Inc yang baru melancarkan produk baru mereka iPhone 12, anda boleh membeli saham Apple anda dari broker dan menjual CFD anda dengan lebih tinggi dari yang anda beli dahulu. Perbezaan itu adalah keuntungan anda. Selalunya margin trading ialah 5% hingga 20% dari jumlah nilai kontrak.

 

Minimum saham trading yang dibenarkan oleh Mitrade adalah 1 lot atau dikenali sebagai lot mikro. Saham Apple contohnya, jika leveraj adalah 1:20, anda hanya memerlukan $5.969 sahaja untuk membeli 1 lot saham Apple untuk memulakan dagangan saham Amerika Syarikat.

 

Kenapa Mitrade?

 

Waktu memulakan dagangan, apa yang terbaik dalam membuat pemilihan adalah broker yang sah dan dipercayai serta yang boleh membantu saya saat saya dalam keadaan sukar, saya takutkan kerugian yang besar oleh itu setelah meneliti dan mencuba beberapa broker, Mitrade adalah platform terbaik buat saya dengan modal yang rendah.

 

Ringkasan tentang Mitrade ialah broker Trading dari Australia yang mendapat anugerah pakar dagangan pelbagai instrument antaranya ialah forex, emas, saham indeks dan lain-lain. Mitrade juga dikawal selia oleh ASIC iaitu Suruhanjaya Sekuriti Di Australia. Bermakna saya tidak perlu ragu akan status Mitrade dalam pelaburan saya.

 

Cara terbaik untuk belajar sesuatu adalah mempraktikannya. Di Mitrade, anda berpeluang untuk mempraktikan pelaburan saham dengan akaun demo dengan duit virtual sebanyak $50000 untuk belajar dan bereksperimen dengan strategi trading.Jangan risau jika anda membuat kesilapan, hilang wang palsu atau virtual lebih baik dari kehilangan wang sebenar anda.

 

 Mitrade menyediakan platform yang ringkas dan mudah digunakan, selain dari anda boleh trade dari komputer anda, anda juga boleh berdagang dengan aplikasi di telefon dimana sahaja. Platformnya mudah dan mesra pelanggan. Senang untuk dipelajari

 

 Mitrade juga menyediakan khidmat pelanggan 24/7 jika anda berdepan dengan masalah, anda boleh meminta nasihat dan tunjuk ajar dari mereka bila-bila masa sahaja. Tidak semua broker yang akan dapat membantu anda serta merta. Selain itu ada juga bahan pembelajaran secara blog untuk membantu anda memahami dagangan anda dengan mudah.

 

 Mitrade tiada caj untuk komisen kerana spread yang rendah, ianya akan menjimatkan kos transaksi anda. Jika dibandingkan dengan pelaburan saham tradisional yang mempunyai pelbagai caj.


Mitrade_0 komisi_spread_rendah

  

Bagaimana Berdagang Dengan Mitrade?


Banyak kaedah untuk anda melaburkan wang anda terutamanya dalam bidang saham, jika anda ingin bermula dengan Mitrade, mulakan dengan mengikuti langkah berikut :

 

Cara buka akaun dagangan saham di Mitrade yang mudah dengan hanya dihujung jari sahaja.

Step 1: Daftar akaun anda di laman sesawang Mitrade dan muat turun aplikasi Mitrade di Telefon anda. Anda boleh daftar akaun disalah satu  dan membukanya menggunakan ID dan kata laluan yang sama.


Step 2: Setelah itu lengkapkan maklumat anda seperti yang diminta seperti nama, alamat, no telefon, pekerjaan dan lain-lain.


Step 3: Kemudian jawab soalan yang tertera untuk penilaian kesesuaian. Langkah untuk keselamatan data anda dengan sahkan akaun anda. Sertakan salinan bil untuk pengesahan alamat yang didaftarkan.


Step 4: Setelah akaun disahkan anda boleh mula berdagang dalam saham pilihan anda dan dapatkan “gaji” pertama anda. Jika anda belum mendaftar lagi, mulakan sekarang di Mitrade dan nikmati ganjaran sehingga $3000 bonus untuk anda. 


Alami akaun demo percuma nikmati $50000 wang maya>

Kesimpulan

Sehingga ini saya yakin anda dah faham apakah saham, jenis saham dan dimana untuk bermula. Jika anda ingin memaksimakan nilai peribadi anda, menambah pendapatan, ingin menjadi kaya atau bergelar jutawan. Apa yang perlu adalah mulakan langkah segera, mulakan simpanan anda dan pelaburan SEGERA!


Lebih awal anda bermula, lebih banyak masa untuk duit anda bertambah. Jika lebih lama anda laburkan, lebih besar keuntungan yang bakal anda perolehi. Anda di sini kerana anda ingin tahu apakah saham dan mempunyai niat untuk mengembangkan duit anda demi masa depan.LAKUKAN SEKARANG.Masa itu adalah emas. 

Buka Akaun Sekarang Untuk Berdagang>

*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*

Share this story