Forex Trading Market Pasaran Perdagangan Kripto Komoditi CFD Saham Belajar Berdagang Wawasan Mingguan Indeks

Perdagangan Forex, Emas, Bitcoin Dan Lainnya Dalam
Talian

Apa Itu IPO Malaysia Atau Saham Terbitan Awam?
Fatimah
2021-01-14 2146

16106068243608

Bagi pemain-pemain saham, pasti sudah biasa dengan perkataan IPO atau Saham Terbitan Awam. Tapi bagi orang kebanyakan pasti tidak tahu apakah sebenarnya IPO Malaysia. Untuk kupasan lanjut, dalam artikel kali ini anda akan mengetahui apakah itu IPO Malaysia atau dalam bahasanya ialah Saham Terbitan Awam.

Post Contents [hide]
Apa Itu IPO?Bagaimana Cara Kerjanya?

IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering yang mana apabila syarikat persendirian menjual saham pertama kali milik syarikatnya kepada orang awam, contohnya sebuah syarikat Sendirian Berhad membuka peluang kepada orang awam untuk memiliki saham syarikat mereka sekaligus memaparkan dan menyenaraikan saham mereka di Bursa Saham Malaysia. 

 

Orang awam tidak boleh memiliki saham mana-mana syarikat melainkan syarikat itu yang membuka peluang dalam kepada orang awam, iaitu siapa sahaja boleh memiliki pegangan saham yang dipanggil IPO. Kebanyakan pelabur akan melihat peluang itu apabila saham syarikat tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia.

 

Ringkasnya mana-mana syarikat persendirian boleh membuka peluang kepada orang awam untuk mendapatkan modal tambahan dengan lebih cepat dan pada masa yang sama pelabur juga berpeluang untuk menikmati pemilikan syarikat yang diingini. 

Mengapa Syarikat-Syarikat Ini Ingin Menjadi Syarikat Awam?

Syarikat akan mendapatkan modal daripada hasil jualan saham tersebut dan pelabur pula akan memiliki sebahagian saham pemilikan syarikat terbabit dimana pelabur boleh menikmati faedah-faedah yang ditawarkan. 


Selalunya syarikat yang membuka saham miliknya untuk awam ialah syarikat tersebut cuba mendapatkan dana modal tambahan yang besar untuk beberapa sebab.Antaranya ialah menambah cawangan, menambah aset, menambah modal tenaga kerja dan lain-lain sebab lagi. 

 

Mana-mana syarikat persendirian yang berhajat untuk melebarkan lagi perniagaannya dan memerlukan modal yang besar, syarikat tersebut boleh melakukan pinjaman dari mana-mana badan yang terlibat, namun proses IPO adalah proses yang paling cepat dan berjaya mengumpulkan modal secara cepat contohnya Kumpulan Alibaba yang mendapatkan RM 99.5 bilion setelah membuka IPO kepada orang awam. 


Di Malaysia pula Farm Fresh adalah syarikat tenusu pertama yang membuka peluang kepada orang awam untuk memiliki pegangan saham syarikat mereka dan mereka dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Apa kelebihan dan Kekurangan IPO?

IPO dilihat sebagai satu jalan penyelesaian yang wujud kepada kebanyakan perniagaan dalam usaha mengembangkan perniagaan namun. Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum sesebuah syarikat memilih untuk menjalani proses IPO. Kelebihan dan kekurangan IPO dalam syarikat,

 

1) Kelebihan IPO


Mendapat suntikan modal yang besar dengan cepat

Bagi sesebuah syarikat yang ingin melebarkan perniagaannya, IPO adalah pilihan yang baik untuk mendapatkan modal dengan cara yang cepat dan mudah, selain itu ia juga bakal melonjakkan prestasi syarikat apabila tersenarai didalam Bursa Saham dimana ianya akan dinilai dan diniagakan. 


Bagi seseorang yang sudahpun bekerja keras menaikkan syarikat persendirian, IPO boleh menjadi titik tolak kepada hasil kerja kerasnya apabila ianya dibuka kepada orang awam untuk turut sama menaikkan syarikatnya.


Lebih Dikenali Dari Segi Publisiti dan Kredibiliti

Pernah dengar tak ada yang mengatakan apabila syarikat tersenarai dalam bursa saham bermakna syarikat itu mempunyai potensi besar dan stabil. Itu adalah salah satu contoh kebanyakan orang akan berfikir tentang sesebuah syarikat. Apabila syarikat persendirian mula membuka peluang kepada orang awam bermakna ia membuka peluang kepada para pelanggan yang mempercayainya untuk berkembang. 


IPO juga akan memberikan kredit ke atas kredibiliti sesebuah syarikat kepada umum. Ini kerana proses IPO adalah untuk memastikan syarikat itu menyediakan laporan lengkap kepada orang awam secara benar dan pada masa yang sama membina keyakinan kepada orang ramai. 


Boleh Dijadikan Sebagai Pembayaran

Saham IPO boleh dijadikan sebagai bayaran kepada pelabur ataupun pekerja sebagai imbuhan atau peluang. Contohnya jika sesebuah syarikat ingin menawarkan peluang kepada pekerja yang paling hebat, syarikat boleh menawarkan pegangan kepada pekerja tersebut sebagai imbuhan. Ringkasnya saham terbitan awam boleh digunakan sebagai matawang yang boleh dijual beli. Jadi syarikat yang membuka saham IPO tidak perlu berbelanja jutaan ringgit sebagai pembayaran.


Kecairan Tinggi

Menjadi syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham memberikan satu kelebihan kepada syarikat tersebut untuk pemegang-pemegang saham bagi tujuan kecairan. Walaupun ia perlu melalui proses yang ditetapkan oleh prosedur, namun ianya lebih mudah untuk dicairkan.

 

2)Kekurangan IPO


Hilang Kawalan Mutlak Perniagaan

Apabila syarikat persendirian membuka peluang kepada orang awam bermakna ia juga membuka peluang kepada pelabur terutamanya pelabur yang besar untuk turut campur dalam pelbagai soal dan lembaga pengarah juga boleh membuat keputusan besar yang lain. 

 

Dikawal Ketat Dan Diselia

Semua syarikat awam di Malaysia akan dikawal selia dengan pengawasan ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Akta Sarbanes-Oxley. Mereka juga perlu menunjukan maklumat yang tepat kepada pelabur tentang syarikat mereka dimana ianya boleh digunakan oleh pesaing sebagai satu peluang.

 

Kos Upah Yang Tinggi

Untuk proses IPO, banyak kos yang akan digunakan dan juga memerlukan kerja yang rumit. Syarikat perlu mengupah bank pelaburan untuk melalui proses-proses yang rumit itu dan ia akan melibatkan kos yang tinggi kerana biasanya upah mereka adalah mahal. Selalunya kos broker, kos pengurusan dan kos-kos lain yang tersembunyi.

 

Tekanan Pasaran

Setiap syarikat yang terlibat dalam IPO akan mempunyai tekanan yang tinggi di pasaran terutamanya dari para pelabur kerana ia perlu membuktikan bahawa syarikat adalah dalam keadaan yang stabil dan mempunyai visi serta masa depan yang cerah supaya pelabur mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mereka. Ianya seolah-olah memberi tekanan kepada syarikat itu supaya bersaing supaya nilai sahamnya tidak jatuh.

Bagaimana Cara Melabur Dalam IPO?

Sekarang pasti anda ingin tahu bagaimana cara untuk melabur dalam saham IPO, tidak mungkin anda akan membeli secara membuta tuli memandangkan ianya melibatkan duit dan siapa yang ingin menanggung rugi. Berikut adalah cara untuk anda membeli saham IPO. Ada 2 cara untuk melabur dalam saham IPO di Malaysia antaranya ialah


Syarikat Yang Baru Tersenarai Di Malaysia Boleh Dibeli Melalui Bursa Saham Malaysia (Public Allocation)

Pelabur boleh membeli saham IPO secara terus melalui Bursa Saham dimana senarai syarikat yang masuk ke bursa saham dan menawarkan peluang saham terbitan awam akan dipaparkan di Bursa Malaysia. Kaedah ini secara terbuka bermakna setiap pelabur mempunyai peluang untuk membeli saham ini dan bersaing untuk mendapatkannya di pasaran terbuka.


Pembelian Saham Melalui MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) -(MITI Allocation)

Kaedah pelaburan IPO melalui MITI ini khas untuk bumiputera sahaja dimana pelabur perlu membuat permohonan saham atas talian kepada MITI. Selepas pendaftaran di MITI selesai, pelabur boleh melihat peluang saham IPO yang ada dan buat permohonan tanpa membayarnya dahulu. Selepas keputusan dikeluarkan oleh MITI barulah pelabur akan membayarnya dengan jumlah saham yang diperolehi.

 

Sebelum memohon untuk pembelian saham IPO untuk kedua-dua kaedah diatas, anda haruslah membuka akan CDS dan akaun trading di bank pilihan anda dan aktifkan akaun anda.

 

Selain itu anda boleh membeli saham syarikat asing melalui broker asing untuk saham luar negara contohnya broker yang dipercayai dan sah seperti Mitrade. Apa yang membezakan dengan pembelian saham IPO di Malaysia ialah :


Lebih Mudah dan Murah

Tidak seperti IPO di Bursa Malaysia, pelaburan saham untuk syarikat asing menggunakan broker asing lebih mudah dan murah kerana terdapat sesetengah broker menawarkan dagangan dengan leveraj. Ini bermakna pelabur boleh menggunakan modal yang rendah untuk melabur dalam saham asing yang terkenal seperti Apple, Facebook, Google, Amazon dan banyak lagi. Tanpa perlu mengeluarkan kos lain seperti kos pengurusan, kos broker, kos remisier dan kos-kos lain yang perlu.


Contoh perbezaan modal untuk pelaburan saham asing dengan broker asing

    Saham Facebook 250 USD per saham, anda membeli 100 unit apabila anda menjangkakan ia akan naik 258 USD untuk 1 saham jika jangkaan anda betul:


250 USD x 100 = 25 000 USD

258 USD x 100 = 25 800 USD

25 800 USD - 25 000 USD = 800 USD (keuntungan)

 

Dengan leveraj 0.5% anda hanya perlukan modal 

0.5% x 25 000 = 125 USD sahaja.

   


Beli Saham Apple Facebook Google Di Mitrade-Komisen 0%>


Kenapa Mitrade


Mitrade adalah salah satu broker asing yang dipercayai dan sah di Australia serta menerima pelbagai jenis anugerah perdagangan tahun 2020.Banyak broker yang tumbuh bagaikan cendawan tumbuh namun mencari yang stabil, dipercayai dan sah adalah bukan mudah. 


Mitrade adalah satu broker yang dikawal selia oleh ASIC (Suruhanjaya Sekuriti Perdagangan Australia) yang beroperasi di Australia dan seluruh dunia. 


Dikenali sebagai broker yang terkenal dengan platform atas talian terbaik.  Mitrade menjadi pilhan pelabur yang berpengalaman dan pelabur baru. Mitrade juga menawarkan pelbagai jenis alatan pelaburan yang pelbagai seperti komoditi, mata wang asing, emas, indeks, matawang kripto dan banyak lagi.


Menawarkan khidmat tanpa komisen, platform ini menawarkan spread yang kompetitif, leveraj hingga 200 kali, serta pesanan yang cepat dan boleh dipercayai. Selain itu Mitrade juga boleh dimuat turun aplikasi daripada android dan IOS dimana ianya sangat memudahkan pengguna-pengguna baru yang ingin mengorak langkah ke alam berdagang.


Di Mitrade anda boleh mahirkan diri dahulu dengan memulakan akaun demo untuk membiasakan diri dengan platformnya kemudian setelah anda mahir anda boleh terus mulakan dagangan anda dengan akaun dan modal duit sebenar. 


Mitrade juga menawarkan perlindungan baki negatif dimana modal anda akan dilindungi dan kerugian anda tidak akan melebihi modal awal anda. 


16106077821524

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, anda telahpun mengetahui tentang apa itu saham IPO, bagaimana untuk melabur dalam saham IPO di Malaysia dan cara pembeliannya. Juga anda telah diberikan maklumat bagaimana untuk melabur dalam saham syarikat asing yang ternama dengan modal yang rendah dan keuntungan yang tinggi tanpa perlu memeningkan kepala dengan kos tambahan yang tinggi.


Apa yang anda tunggu lagi, peluang sudah disajikan didepan mata lebih-lebih bagi sekarang adalah masa terbaik kerana tahun lalu 2020, pasaran saham tidak menentu dan ada syarikat yang mengalami kejatuhan saham dengan harga yang rendah. Hanya tinggal anda perlu untuk ambil peluang. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Berdagang saham di Mitrade dalam beberapa minit>> >

*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*

Share this story