Abstrak: Gelombang ketiga COVID-19 memberi kesan kuat kepada minyak mentah sekali lagi. Emas berubah-ubah tinggi sementara dolar berlegar rendah. Pandangan harga akan jatuh mula untuk menekan GBP/USD bawah 1.4000. Adakah pembentangan kenaikan cukai keuntungan Biden mula dijangka? Saham A.S. jatuh akibat berita ini. EUR/USD bergenjak sedikit disebabkan keputusan kadar faedah ini.
- Harga minyak terus jatuh di tengah-tengah pesimisma >
- Emas terus meningkat, sementara dolar bereterusan jatuh >
- GBP menghadapi rintangan pada $1.4 walaupun data ekonomi UK kuat >
- Saham A.S. dikejutkan oleh kebimbangan kenaikan cukai keuntungan modal Biden >
- Euro bergenjak sedikit selepas keputusan kadar faedah Bank Pusat Eropah >
Minggu lepas, harga minyak mentah di buka menunjuk trend menurun disebabkan gelombang baru pandemik COVID-19 di kalangan pengguna besar minyak dan kenaikan tidak dijangka inventori minyak mentah A.S. Pengguna besar India, sebagai contoh, menunjukkan jumlah tinggi jangkitan baru, menjadikan ia negara ketiga paling tetinggi dengan kes jangkitan selepas Amerika Syarikat dan Brazil. Kerajaan Jepun mengistiharkan darurat baru di beberapa kawasan, termasuk Tokyo, semasa lonjakan kes baru COVID-19 meningkat. Penyebaran virus di bahagian dunia ini telah menimbulkan semula kebimbangan pelabur terhadap permintaan minyak.
Malahan, harga minyak mentah terus jatuh selepas perkembangan dalam perbincangan antara A.S. dan Iran. Kemudian VIX naik ringkas melebihi 10% selepas Dewan Perwakilan A.S. telah melabelkan OPEC sebagai monopoli kerana mengurangkan pengeluaran dan menaikkan harga menyak mentah, dan dengan itu Kartel boleh berhadapan dengan tuntutan mahkamah. Data API dan Pentadbiran Maklumat Tenaga A.S., selain itu merekodkan ketidakjangkaan dalam lonjakan 436,000 tong dan 594,000 tong minggu lepas adalah di bawah jangkaan. Akibatnya, minyak mentah A.S. dan Brent menjunam selepas data itu dan masing-masing tutup pada $62.11 dan $65.98 jatuh 1.52% dan1.08%.
Minggu ini pelabur sepatutnya memerhati sama ada OPEC+, yang telah memeranjatkan pasaran pada perjumpaan mereka yang lepas dengan bersetuju untuk beransur-ansur mengurangkan rekod pengeluaran, akan membuat perubahan ketara pada perjumpaan menteri akan datang.
Emas meningkat minggu lepas kepada $1,797.7 satu auns, paras tertinggi dalam hampir dua bulan, semasa hasil bon menurun dan dolar terus susut. Permintaan untuk aset-cenderung selamat kekal kekal kukuh akibat berita tentang China akan menaikkan import emas dan serangan virus COVID-19 di beberapa bahagian dunia, yang telah mengecewakan harapan pemulihan ekonomi. Tetapi ketika dolar jatuh sepenuhnya, emas tumbang, di bawah $1,780 satu auns, dan tutup pada minggu dengan $1,777.1 satu auns naik 0.07%. Juga, lelongan Perbendaharaan berbaloi untuk diperhatikan, dengan pergerakan logam tersebut cenderung berkait rapat dengan hasil Perbendaharaan dalam jangka pendek.
Indeks Dolar A.S. (DXY), selain itu, terus menurun minggu lepas. Sementara lonjakan awal hasil Perbendaharaan mencetus kebimbangan inflasi dei mana memaksa banyak dana lindung nilai menyerah taruhan jualan jangka turun mereka, kegagalan kuat data ekonomi A.S. untuk menolak hasil lebih tinggi telah melemahkan faktor paling penting yang menyokong dolar. Akibatnya, DXY jatuh di bawah 91, paras terendahnya dalam hampir sebulan dan tutup minggu lepas pada 90.832, jatuh 0.77%. Daripada huraian analisis teknikal, DXY ketika ini dalam aliran menurun yang jelas dan apa-apa lantunan semula mungkin bergantung kepada tahap sedikit sebanyak di atas 90.5.
Pada permulaan minggu, jangkaan harga menaik berterusan semasa perniagaan dibuka semula dan pandangan ekonomi lebih baik, dengan sterling didagangkan ringkas di atas $1.4. Namun pound tidak berhasil daripada kejatuhan dolar berterusan semasa keyakinan pelabur meningkat di tengah-tengah pemulihan ekonomi yang kuat. Sebaliknya, ia jatuh dengan cepat, sebanyak 1.3% pada satu tahap, selepas menerobos masuk tanda 1.4000 semasa kes rekod tertinggi COVID-19 di India dan Jepun yang mengetatkan sekatan pandemic di mana mengakibatkan tindakan lebih berhati-hati daripada pelabur. Tutup minggu lepas, sterling naik 0.33% kepada 1.3876 berbanding dolar. Tambahan pula, data pekerjaan UK menunjukkan kejutan memuaskan untuk pasaran.
Kadar pengangguran tidak dijangka jatuh daripada 5% kepada 4.9% dalam ketiga-tiga bulan antara Disember 2020 dan Februari 2021, walaupun, UK berada dalam sekatan ekonomi sehingga April, seperti ditunjukkan data. Inflasi meningkat kepada 0.7% dan teras inflasi naik ke 1.1% pada Mac, mencadangkan harga komoditi dalam aliran menaik ketika ekonomi pulih daripada pandemik COVID-19. Data memberangsangkan ini walau bagaimanapun, tidak dicerminkan sepenuhnya oleh Sterling, dan jangkaan kejatuhan harga GBP/USD telah menyebabkan dominasi ke atas jangkaan harga menaik. Tetapi kemunduran mungkin terbukti sementara sejak pemulihan ekonomi UK semakin kuat.
Saham A.S. berundur daripada ketinggian sepanjang masanya minggu lepas. Lonjakan jangkitan COVID-19 di serata dunia telah mendatangkan semula kebimbangan terhadap impak negatif ekonomi akibat pandemik ini, dan permulaan musim perolehan menjadikan pelabur lebih berhati-hati. Walaupun sebilangan syarikat melaporkan keputusan positif, pasaran skeptikal tentang kemampuan untuk berhadapan dengan inflasi yang mendatang. Dan kemudian kekuatan jangkaan inflasi, S&P 500 melantun semula kuat selepas jatuh menjunam, dengan bahan mentah, tenaga dan sektor kewangan mengetuai keaadan tersebut. Tetapi saham A.S. menerima akibatnya selepas Presiden Joe Biden mencadangkan hampir menggandakan cukai keuntungan modal untuk perolehan memelebihi $1 juta setahun. Tutup minggu lepas, S&P 500, Nasdaq dan Dow masing-masing didagangkan pada 4,134.98, 13,818.41 dan 33,815.9, turun 0.85%, 1.57% dan 0.65%.
Di peringkat ekonomi, jumlah rakyat Amerika mengemukakan tuntutan baru untuk faedah tanpa pekerjaan jatuh kepada 547,00 minggu lepas, tahap terendah hampir 13 bulan, dalam tanda tambahan di mana pasaran buruh dan ekonomi mengalami pemulihan yang mantap. Pelabur patut melihat kepada keputusan pihak Persekutuan tentang kadar faedah dan penyata kewangan minggu ini tentang apa-apa tanda alihan daripada pelonggaran dasar monetari dengan penurunan faedah di mana ia mempercayai keadaan ini boleh berhadapan dengan inflasi.
EUR/USD pada mulanya bergenjak kuat minggu lepas, dengan jayanya melepasi 1.2000, bersama-sama dengan vaksin yang dipercepatkan di Eropah dan kelemahan dolar, sebelum kekal di jarak ketat. Pada keputusan mingguan, Bank Pusat Eropah memilih untuk meninggalkan Program Pembelian Kecemasan Pandemik atau PEPP pada €1.85tn ($2.23 trilion) dan kadar faedah kekal sama, seperti dijangkakan. Presiden Bank Pusat Eropah,, Christine Lagarde juga berkata bahawa bank pusat telah melihat tanda-tanda ekonomi kini mula hilang daripada kesan pandemik COVID-19, tetapi mengenepikan cadangan pasaran di mana Bank Pusat Eropah sedang mempertimbangkan niat untuk mengakhiri PEPP.
Sebaliknya, beliau menekankan bahawa apa-apa Tindakan sedemikian adalah terlalu awal untuk dilakukan masa kini. Juga, Bank Pusat Eropah pesimistik risiko masa terdekat kepada ekonomi, di mana mempertikaikan tentang data ekonomi akan datang mencadangkan aktiviti ekonomi mungkin mengecut semula pada suku pertama tahun ini, sebelum kembali berkembang pada suku kedua. Euro tidak bergerak ketara berbanding dolar selepas keputusan itu. Tutup minggu lepas, EUR/USD naik 0.95% kepada 1.20965. Minggu ini, KDNK Eurozone dan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang akan dikeluarkan tidak nampak akan memberikan kejutan sebanyak mana Eurozone kekal ketat dengan sekatan ekonomi, selepas peningkatan (1.5%) selepas bacaan IHP lalu.
*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*