Forex Trading Market Pasaran Perdagangan Kripto Komoditi CFD Saham Belajar Berdagang Wawasan Mingguan Indeks

Perdagangan Forex, Emas, Bitcoin Dan Lainnya Dalam
Talian

ETF Malaysia:Ketahui Apa Itu ETF dan Cara Pelaburannya
Fatimah
2021-02-01 1418

Selalu tak dengar orang ETF, kadang kita dengar dari dalam berita atau ada tertera di papan buletin bank-bank. Tahu tak anda apa itu ETF? Untuk orang yang memang bermain dengan saham, kewangan dan pelaburan, istilah ETF itu pasti difahami, tetapi bagaimana dengan orang awam? Jadi dalam artikel kali ini, akan membahaskan tentang “Apa Itu ETF dan Bagaimana Cara Pelaburannya”? Kalau anda ingin belajar atau ambil tahu secara lanjut tentang ETF, teruskan bacaan anda. 



Post Contents [hide]
1. ETF Malaysia: Mengenak Apakah ETF?

16121590125357


ETF Adalah singkatan kepada Exchange Traded Fund ataupun dalam bahasa Melayu ialah Dana Dagangan Bursa. ETF ialah salah satu instrumen perdagangan yang ada dalam pasaran dagangan dan ianya agak popular. Jika anda ingin lihat dimana ETF, anda boleh lihat di papan pemuka bursa Malaysia contohnya dimana ia tersenarai di bursa.

 

Ringkasnya ETF ini adalah gabungan indeks dan saham. Ia adalah dana yang terbuka dan akan disenaraikan pada waktu sebenar pasaran serta didagangkan dalam bursa saham. Konsep ETF sama seperti “Unit Trust”, senang cerita ETF ini ibarat satu bakul yang mana dalam bakul itu terdapat banyak saham dari jenis yang sama. Cara trade ETF pun sama macam trade saham. Bakul itu macam pemegang amanah dan saham-saham dalam bakul itu adalah amanah yang diberikan.

 

ETF memberikan peluang pada trader untuk berdagang pelbagai jenis sekuriti atau syarikat dalam satu perdagangan sahaja. Bermakna ia boleh menjadi kepelbagaian portfolio kepada trader. ETF biasanya mempunyai 3 jenis ETF:

 

1. ETF Ekuiti

Lazimnya ekuiti adalah pemilikan saham sesebuah syarikat tetapi melabur dalam saham ekuiti sendiri besar risikonya kerana ianya bersifat tunggal, jadi ETF ekuiti menggabungkan pelbagai syarikat dalam satu bakul dan strategi pelaburan pasif digunakan dimana ia cuba menjejak pretasi indeks yang digunakan.

 

2. ETF Pendapatan Tetap

ETF pendapatan tetap ialah ETF yang mengumpulkan bons syarikat korporat, kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta bon-bon tempatan, juga dikenali sebagai ETF bon, ia kurang berisiko dan pulangannya juga tidak berapa tinggi namun keuntungannya tetap mengikut pergerakan pasaran.

 

3. ETF Komoditi

Selain itu, ETF komoditi juga adalah ETF yang biasa dilihat, ETF Komoditi seperti sebuah bakul yang mempunyai komoditi seperti minyak mentah, emas dan komoditi lain. ETF ini antara yang paling popular dipasaran ketika ini. 

2. Kenapa Pelabur Malaysia Memilih ETF?

Banyak lagi instrumen dagangan lain yang lebih menguntungkan berbanding ETF, jadi kenapa pelabur banyak memilih ETF? Hal ini kerana ETF mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan pelaburan saham atau “Unit Trust” biasa. Antaranya ialah

 

➢ Kepelbagaian

Dengan hanya satu dagangan, anda boleh mempunyai pelbagai kumpulan sekuriti dalam satu jenis pasaran, atau negara. Contohnya jika anda berminat dengan sektor teknologi, anda boleh memilih ETF yang menggabungkan saham-saham syarikat teknologi dalam satu bakul. Atau jika mengikut negara anda boleh memilih ETF yang mengumpulkan saham-saham syarikat berprestasi dalam satu negara dengan hanya satu dagangan.

 

➢ Berdagang Seperti Saham

Konsep perdagangan ETF sama seperti saham dan ia diniagakan dipapan pasaran saham seperti Bursa Malaysia. Trader boleh mendagangkan ETF pada bila-bila masa kerana harganya sentiasa dikemas kini dan transaksi jual beli saham juga pada bila-bila masa sahaja boleh dilakukan.

 

➢ Pengurusan Secara Pasif

Pengurusan secara pasif mengelakan banyak risiko berbanding melabur saham. Anda tidak perlu memasang strategi untuk pasaran. Kos pengurusan juga selalunya disembunyikan daripada pandangan orang awam dan hanya golongan tertentu sahaja yang kerap mengambil tahu soal kos pengurusan. Sedikit sebanyak ia mengurangkan bebanan anda untuk memikirkan soal pengurusannya.

 

➢ Lebih Telus

Setiap hari pengumuman tentang saham dasar ETF akan diumumkan di kaunter ETf dan pelabur boleh mengetahui saham dasar yang dilaburkan beserta nilai pegangan terkini. Ia lebih telus kepada pelabur kerana mereka akan lebih berhati-hati saat memilih ETF untuk dilaburkan.

 

➢ Kos Pelaburan Yang Kurang

Apabila trader melabur dalam saham, trader juga perlu membayar kos-kos yang ada seperti kos broker untuk setiap saham yang didagangkan. Tetapi dengan ETF hanya satu kos transaksi sahaja untuk pelbagai jenis daham yang didagangkan. Jadi trader mempunyai akses kepada banyak saham dalam satu kos sahaja.

3. Bagaimana Saya Boleh Membeli ETF Di Malaysia

Untuk pelabur di Malaysia yang ingin membeli ETF di Malaysia, perkara pertama sekali yang perlu ada ialah akaun CDS/ akaun trading dengan mana-mana syarikat broker tempatan contohnya Maybank Investment, RHB Investment Bank Berhad, Affin Hwang Capital, Public Investement Bank dan banyak broker lain lagi.

 

Urusan jual beli juga boleh dilakukan melalui broker, remisier atau dagangan atas talian pada waktu dagangan dibuka. ETF boleh diperolehi di laman web Bursa Malaysia. Untuk membuka akaun CDS anda memerlukan :

 

● RM 10 sebagai permulaan membuka akaun CDS

● Dokumen pengenalan diri seperti Kad Pengenalan diperlukan

● Penyata Bank juga diperlukan

● kemudian anda perlu menunggu 2-3 hari waktu bekerja untuk tahu sama ada permohonan anda membuka akaun berjaya atau tidak.

● Anda boleh membuka akaun di mana-mana kaunter broker pilihan anda ataupun secara atas talian dan segala dokumen juga perlu dimuat naik.

● Antara yuran yang dikenakan ialah komisen broker, duti setem, yuran pelunasan dan GST (Good Service Tax) apabila perlu. Jumlah bayaran bergantung kepada broker pilihan anda.

 

Bagi pelabur baru, ada beberapa dagangan ETF yang sesuai buat pelabur baru antaranya ialah :

 

● MyETF Dow Jones U.S Titans 50

● MyETF Dow Jones islamic Market Malaysia Titans 25

● MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividen

● TradePlus Shariah Gold Tracker

 

Di Malaysia kebanyakan pelaburan ETF berasaskan syariah menjadi pilihan pelabur baru dan lama di sini kerana majoriti masyarakat disini yang beragama Islam. Dan senarai-senarai ETF diatas adalah ETF yang sesuai untuk trader baru.

4. Adakah ETF Masih Tetap Pelaburan Yang Baik?

Walaupun ETF dikatakan satu pelaburan yang berisiko rendah berbanding pelaburan saham, namun ianya tetap menjadi persoalan adakah ia satu pelaburan yang bijak? Untuk trader yang baru, untuk memilih hampir 1000 buah saham syarikat di Bursa Malaysia adalah sangat memeningkan. Ia boleh membuatkan anda keliru dan hilang keyakinan dan anda boleh memilih ETF sebagai pilihan.  Untuk menjawab persoalan ini, anda boleh teliti senarai dibawah :

 

1) Kos sebenar ETF adalah tinggi atau boleh jadi lebih tinggi

Walaupun dikatakan kos melabur dalam ETF adalah lebih rendah, sekurangnya RM 7 ringgit dikenakan sebagai yuran broker untuk setiap transaksi, jika anda melabur berkali-kali bermakna anda juga harus membayar yuran broker berkali-kali. Ia menjadikan anda membayar yuran yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang.

 

2) Boleh Berubah Dengan Mudah

Ini adalah kelemahan yang ketara dalam ETF kerana ia mengesan instrumen derivatif yang berdagang dipasaran hadapan jadi ia menjadikan harga pasaran ETF boleh berubah dengan mudah. Untuk pelaburan jangka panjang, pelabur mungkin tidak mendapat manfaat daripada perubahan harga. Jadi pelaburan ETF ini lebih sesuai kepada pelaburan jangka pendek.

 

3) Terhad kepada Syarikat Yang Lebih Besar

Bagi sesetengah negara termasuk Malaysia, para pelabur mungkin akan terhad kepada saham-saham syarikat besar dan kurang pendedahan kepada kumpulan saham syarikat pertengahan atau kecil. Bermakna pelabur mungkin terlepas peluang untuk berdagang ke atas ETF syarikat yang tumbuh lebih pesat daripada jangkauan pelabur ETF.

 

Setelah meneliti senarai diatas, adakah anda masih merasakan ETF adalah satu pelaburan yang baik untuk anda atau tidak. Tepuk dada tanya hati. Kerana setiap pelabur mempunyai misi dan visi yang berbeza. Namun senarai diatas boleh membantu anda memilih apa yang lebih sesuai buat anda.

5. ETF vs. Saham: Yang Mana Satu Pilihan Anda?

ETF dan Saham: Yang Mana Satu Pilihan Anda? Membuat pilihan ini tidak berbeza dengan keputusan pelaburan lain. Seperti biasa, anda ingin mencari kaedah untuk mengurangkan risiko anda. Dan tentu saja, anda ingin menghasilkan pulangan yang mengalahkan pasaran. Mari kita bandingkan perbezaan antara keduanya melalui jadual di bawah:


Perbedaan

Saham

ETF

Prinsipal

Sesuai untuk pelabur yang gemarkan pelaburan yang aktif dan berisiko namun lebih menguntungkan.

Boleh memiliki pemilikan dalam sesebuah syarikat yang anda minati contohnya memiliki saham bagi syarikat Apple.Inc. Anda juga berpeluang untuk mengundi dalam syarikat yang anda memiliki sahamnya.


Sesuai untuk pelabur yang gemarkan pelaburan yang pasif. Dikendalikan oleh profesional.

Anda boleh berdagangkan ETF yang mengumpulkan banyak saham dalam satu bakul namun anda tidak benar-benar memiliki saham syarikat-syarikat tersebut.

Yuran Pengurusan

Yuran pengurusan nampak tinggi kerana anda perlu membayar kos broker, komisen, duti setem dan lain-lain namun apabila dilihat dari segi keuntungan yang ada boleh perolehi, nisbahnya menjadi kecil dija dibandingkan.


Yuran pengurusan selalunya diuruskan oleh pihak pengurusan dan nampak kecil tetapi untuk pelaburan jangka panjang, yuran yang dikenakan setiap kali transaksi boleh manjadikan ianya lebih tinggi berbanding keuntungan yang bakal didapati.

Kadar Pulangan

Kadar pulangan tinggi mengikut prestasi pasaran syarikat yang dipilih, kebanyakan syarikat yang membuka saham di bursa adalah syarikat yang berpotensi besar untuk mencapai kemajuan, bermakna ianya bakal menjanjikan pulangan yang lebih tinggi kepada pelabur saham.


Kadar pulangan ETF lebih rendah berbanding pelaburan saham namun pergerakan harga selari dengan saham contohnya apabila saham Apple melonjak naik maka pulangan ETF juga naik. tetapi tidaklah sama pulangannya berbanding pelaburan saham.

Risiko

Risiko tinggi dan memerlukan pemerhatian rapi dari pelabur kerana ianya pelaburan jenis individu.


Risiko rendah sedikit berbanding pelaburan saham namun tetap berdepan dengan turun naik pasaran.



Bagi pelabur baru, mungkin apabila anda ingin bermula dan takut menanggung risiko yang tinggi serta kos yang tinggi. Ada pilihan lain yang lebih mesra pelabur baru. Selain itu ianya memerlukan modal yang sedikit dan juga risikonya juga lebih rendah sebelum anda menceburi pelaburan yang berprofil tinggi. Ini antara dilema yang dihadapi oleh pelabur baru yang ingin berjinak-jinak dengan dunia pelaburan. Pilihannya adalah CFD.


Kenapa CFD? Apa Itu CFD?

 

Kenapa saya mencadangkan CFD? kerana dengan modal yang kecil serendah $ 100 anda boleh mulakan dagangan anda keatas syarikat yang anda ingini seperti Tesla, Amazon, Coca Cola, Pfizer, Google dan lebih dari 30 senarai saham syarikat gergasi Amerika Syarikat yang ada.Serendah $ 100 sahaja? Ya dengan modal serendah itu anda dah boleg mulakan dagangan anda. Dengan kaedah pelaburan tradisional, tak mungkin anda akan dapat memulakan dagangan anda dengan modal yang kecil. 


CFD ialah singkatan kepada Contract For Difference, dalam bahasa Melayu ialah Kontrak Untuk Perbezaan. Ia adalah satu kontrak yang ditawarkan kepada trader untuk berdagang dan buat keuntungan daripada harga pasaran saham yang tidak menentu. Dagangan anda menggunakan leveraj dan untung yang diperolehi adalah daripada perbezaan jual dan beli (bid & ask). 


Contohnya ada ingin melabur dalam saham Pfizer Inc

 

Harga saham adalah $ 35.90 (harga pada 31 Jan 2021).

Anda boleh membeli 10 lot CFD (minimum)------------------------> Jual 10 Lot CFD

Leveraj adalah 1:20

Estimasi Margin Awal : $ 17.95 = 10 x $35.90 x 5%

Kemudian jual pada harga penutup ialah $ 41.5

keuntungan perbezaan harga ialah $20.75

ROI ialah = 125%



● Disebabkan kos yang rendah juga, anda boleh mempelbagaikan dagangan anda kepada pecahan beberapa dagangan lain di syarikat-syarikat lain. Ini akan mengurangkan risiko jika anda hanya bergantung kepada satu jenis pasaran sahaja.

 

● CFD juga memberikan anda peluang untuk berdagang diatas margin dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, bermakna anda boleh mendapat keuntungan apabila harga turun atau naik.

 

● Cuma satu kelemahan nya ialah anda tidak memiliki saham sebanr syarikat kerana anda hanya berdagang menggunakan margin dan perolehi keuntungan daripada spread yang berbeza.

 

● Cadangan saya untuk memulakan dagangan CFD, anda perlu memilih broker yang sesuai dan dipercayai. Antaranya ialah Mitrade.

 

Siapa Mitrade?

 

Mitrade ialah syarikat broker pasaran saham yang berpotensi dan dipercayai di seluruh dunia. Berpusat di Australia dan dikawan selia oleh ASIC )Seruhanjaya Sekuriti di Australia. Mitrade telahpun berada di dalam dunia perdagangan hampir 10 tahun dan telah memiliki ribuan pelanggan di seluruh dunia.

 

➢ Mempunyai pelbagai instrumen kewangan lain antaranya Forex, Komoditi, Mata wang kripto, Komoditi, matawang asing, indeks dan banyak lagi

➢ Memenangi anugerah broker forex terbaik pada tahun 2020

➢ Memberikan bimbingan dan latihan kepada pelabur mereka dengan menyediakan pelbagai bahan pembelajaran dalam bentuk blog.

➢ Menyediakan perkhidmatan sokongan dan khidmat pelanggan yang mahir berbahasa dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu

➢ Mempunyai perlindungan baki negatif untuk melindungi pelanggannya daripada kehilangan dana yang besar.

➢ Mempunyai platform yang mudah dan aplikasi yang mesra pelabur baru

 

Bagaimana Untuk Memulakan Dagangan Anda Dengan Mitrade?

 

1. Mitrade menyediakan akaun demo buat pelanggan yang ingin memulakan dagangan dan mahirkan diri dengan platform yang ada

2. Daftar akaun anda di laman web Mitrade dan muat turun aplikasi Mitrade di smartphone anda.

3. Boleh mendaftar menggunakan akaun Google, Facebook atau email anda

4. Lengkapkan maklumat yang diminta

5. Jawab soalan keselamatan

6. Selepas akaun anda disahkan anda boleh lakukan deposit untuk mulakan dagangan pertama anda.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan ialah, pelbagai jenis dagangan yang telah lama wujud dipasaran sama ada secara tradisional atau cara baru seperti CFD. Dalam artikel diatas anda telahpun tahu serba sedikit tentang ETF dan apa bezanya dengan saham. Selain itu anda juga sudahpun tahu cara pelaburan ETF dan juga pilihan lain bagi trader yang baru.

 

Dalam keadaan ekonomi sekarang dengan kes pandemik yang naik mendadak di Malaysia, pasti anda akan lebih berhati-hati untuk menggunakan modal yang ada untuk berdagang, oleh itu pilihan yang telah diberikan adalah lebih baik kerana modal yang rendah dan keuntungan yang maksimum. 


Jika anda tidak mulakan dengan mengambil peluang sekarang, ianya juga akan merugikan anda, jadi lebih baik anda fikirkan dan timbang baik buruknya dan bertindak segera. Anda perlu pendapatan lain supaya anda tidak terkesan dengan tekanan ekonomi sekarang. Jangan tunggu lagi, ambil peluang dan risiko demi masa depan anda.

*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*

Share this story