Pelaburan emas telahpun menjadi trend dalam masyarakat di Malaysia, namun kaedah pembelian barangan emas yang banyak menjadi pilihan ramai untuk pelaburan jangka panjang. Walaubagaimanapun sejak 10 tahun yang lalu, pelaburan saham emas mula mengambil tempat dalam hati pelabur lama dan pelabur baru terutamanya bagi golongan T20 di Malaysia. Berikut akan diterangkan tentang senarai saham emas di Bursa Malaysia Terbaru tahun 2021.
Untuk anda yang baru ingin berjinak-jinak dengan pelaburan saham emas, teruskan bacaan anda kerana artikel ini akan membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak sebelum memilih kaedah yang sesuai buat anda.
Sebelum meneruskan pembacaan, jom kenali apakah yang dikatakan Saham Emas? Saham emas berbeza dengan pelaburan saham secara fizikal kerana pelabur tidak memegang emas secara fizikal dan akan mempunyai keuntungan seandainya harga emas naik pada jangka masa panjang. Saham emas sama seperti memiliki saham biasa dan pelabur boleh niagakan saham emas di pasaran saham yang sedia ada atau di Bursa Malaysia.
Pelabur memiliki saham syarikat emas yang dijual secara terbuka kepada orang awam, seperti Poh Kong. Ramai pelabur yang merasakan risiko pelaburan saham emas adalah kurang risikonya berbanding kaedah pelaburan lain.
Mengapa Melabur Dalam Saham Emas?
Untuk memiliki saham emas, anda perlu membuka akaun pelaburan emas dengan broker-broker yang berdaftar dengan pihak yang berwajib, contoh broker tempatan ialah Maybank Gold, Public Gold dan lain-lain. Setiap transaksi boleh dilakukan secara atas talian dan pelabur boleh menikmati keuntungan yang pantas dengan memantau pergerakan harga emas di atas talian.
Nilai saham emas dipengaruhi oleh turun naik harga pasaran emas dunia, ia juga bergantung kepada syarikat ema situ sendiri yang mana ia dinilai dari segi prestasi syarikat secara keseluruhan.
Antara senarai saham emas yang ada di Malaysia (seperti dalam gambarajah) yang anda boleh lihat sendiri di Bursa Malaysia.
Sumber dari https://www.isaham.my/sector/gold
Di Mana Untuk Melabur Saham Emas?
Pelaburan saham Emas sedikit berbeza dengan saham biasa kerana di Malaysia, lesen pelaburan emas dikeluarkan oleh BNM atau Bank Negara Malaysia kepada bank-bank yang berlesen. Bukan mana-mana syarikat perseorangan atau perkongsian di sini. Bermakna anda boleh buka akaun pelaburan anda di mana-mana bank pilihan anda seperti Akaun Pelaburan Emas (GIA – Gold Investment Account).
1. Zhulian
Milik penuh Zhulian Corporation Berhad, di Malaysia Zhulian lebih dikenali sebagai satu syarikat yang mempunyai jaringan yang luas (Multi Level Marketing) yang menyediakan kepelbagaian produk, antaranya produk terapi, barangan rumah, produk kesihatan dan lain-lain, namun antara yang paling popular ialah perhiasan emas Zhulian seluruh Asia. Bermula sejak tahun 1989 di Pulau Pinang dan kini telah pun menjadi antara syarikat yang tersenarai dalam bursa Malaysia.
2. Bahvest
Bahvest Resources Berhad telah diperbadankan pada April 2004 dan berpusat di Sandakan Sabah Malaysia. Salah satu pelombong emas yang terbesar di Malaysia dan satu-satunya di Sabah. Mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada 5 September 2005 dengan modal pasaran bernilai RM 615.66 Juta.
3. Poh Kong
Poh Kong Holdings Berhad adalah salah satu syarikat peruncitan, pembekal dan pengilangan barang kemas, barangan hiasan emas dan juga batu permata. Terkenal di kalangan para wanita di seluruh Malaysia dengan jenama yang menawarkan rekabentuk barangan emas yang moden dan unik. Mula ditubuhkan pada tahun 1976 di Petaling Jaya Selangor dan Berjaya menempa nama untuk jenama barang kemas yang ternama di Malaysia. Mula tersenarai didalam Bursa Malaysia sejak tahun 2004. Rantaian kedai barang emas terbesar di Malaysia.
4. BORNOIL
Bornoil adalah singkatan kepada Borneo Oil Berhad. Mula ditubuhkan pada tahun 1984 dan menukar nama kepada Sugarbun Services Corporation Berhad pada tahun 1991. Tersenarai dalam papan pemuka Bursa Malaysia kedua pada November 1997. Sebuah rantaian makanan segera fraicais dan pada tahun 2007 telah menukar nama kepada Borneo Oil Berhad. Mempunya tiga cabang jenis perniagaan iaitu :
- Sumber dan Tenaga Lestari
- Operasi francais restoran makanan segera
- Pelaburan dan Pengurusan Hartanah.
5. MUIPROP
Atau lebih dikenali sebagai MUI Properties Berhad yang telah ditubuhkan pada September 1965. Tersenarai di dalam Bursa Malaysia pada November 1966. Merupakan ahli kepada MUI Group. Syarikat ini mempunyai syarikat subsidiary dalam bidang hartanah, kelapa wawit, pelaburan hartanag dan juga pelaburan pegangan. Selain dari beroperasi di Malaysia, MUI Properties juga turut beroperasi di Australia, Asia Pacifif dan juga Amerika Selatan. Berpusat di Kuala Lumpur Malaysia.
6. NICE
Nice atau Niche Capital Emas Holding adalah syarikat yang dipegang oleh NICE Group yang telah tersenarai dalam Bursa Malaysia pada June 2002. Syarikat ini mempunyai beberapa cabang bidang perniagaan antaranya batu jed, barangan kemas, permata dan perhiasan emas, pembinaan, pelaburan, dagangan dan pengurusan projek. Kumpulan niaga ini mempunyai 5 buah subsidiary yang mempunyai operasi sekitar Malaysia,Hong Kong dan Republic Of China.
7. TOMEI
Jika anda seorang yang gemar berjalan-jalan di pusat membeli belah di seluruh Malaysia, pasti anda pernah lihat kedai berang kemas TOMEI di mana-mana sahaja. Antara nama kedai emas yang setanding dengan Poh Kong, Habib dan juga barisan kedai emas ternama di Malaysia. TOMEI Consolidated Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1968 sebagai pereka barang kemas dan juga pengilang. Mempunyai lebih dari 50 outlet dengan 4 jenama yang berbeza iaitu Tomei, Goldheart, le Lumiere dan De Beers. Tomei juga telah mengeksport barangan kemas mereka di Singapore, Indonesia, Thailand dan Vietnam serta beberapa negara di Eropah.
8. GOLDETF
GoldETF ataupun Tradeplus Syariah Gold Tracker by Affin Hwang Asset Management menyediakan pelabur yang memilih pelaburan patuh Syariah untuk membuat pelaburan keatas emas secara fizikal tanpa perlu memikirkan tentang penyimpanan. Ditubuhkan pada November 2017 yang menawarkan ETF (Exchange Traded Fund).
Logam berharga ini bukanlah satu pelaburan yang murah. Ia memerlukan kos yang agak tinggi memandangkan ianya dikira mengikut berat dan harga pasaran semasa. Selain itu jika anda tidak mahir dalam permainan emas, anda kemungkinan bakal kehilangan wang modal anda . Jika seandainya anda ingi melaburkan wang keatas pelaburan saham emas. Ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian, antaranya ialah:
a) Susut Nilai Emas (Spread) dan Harga Pasaran
Harga emas semasa anda membeli dan juga menjual dalam tempoh yang sama adalah berbeza. Ada emas yang mempunyai spread yang rendah dan semakin rendah spread adalah semakin baik. Harga emas juga tidak hanya bergantung kepada penawaran dan permintaan sahaja, banyak faktor lain yang memberi kesan keatas harga emas, antaranya ialah ketidakstabila ekonomi, sentiment pasaran, peperangan atau bencana.
Contoh boleh dilihat pada tahun 2020. Dimana emas melonjak naik paling tinggi dalam 47 tahun dan turun agak mendadak pada penghujung tahun 2020 sehingga artikel ini ditulis (March 2021), harga emas masih jatuh berbanding dengan Ogos 2020 apabila Amerika Syarikat bertukar presiden.
b) Kepelbagaian Pelaburan Emas dan Kos Yang Tinggi
Faktor lain yang perlu anda perhatikan ialah pelaburan emas yang paling popular ialah pelaburan emas fizikal (gold bar, dinar dan barang kemas). Saham emas pula menjadikan anda tidak memiliki emas secara fizikal namun hanya terlihat dalam bentuk nombor sahaja. Isu kepatuhan Syariah, kos perkhidmatan, kos transaksi dan banyak faktor lain yang terlibat menjadikan ianya agak mahal jika dibandingkan dengan pelaburan emas fizikal.
c) Scam atau Penipuan Emas
Banyak kes yang berlaku apabila pelabur yang baru ingin bermula telah ditipu dan hilang modal yang besar oleh scam atau penipuan emas, antaranya ialah pada tahun 2013 – 2015 yang mana Skim Pelaburan Emas Patuh Syariah Tok Belagak diperkenalkan. Ramai yang tertipu dengan keindahan dan janji tentang keuntungan yang besar, jutaan yang telah kehilangan modal mereka. Selain itu Gold Trading Investment Skim dan banyak lagi.
Bagi mereka yang ingin mula melabur dalam emas, cara termudah adalah dengan berdagang emas melalui pasaran forex, yang sering disebut sebagai trading emas di broker dalam talian.
Trading emas secara dalam talian bukan dalam bentuk fizikal, tetapi dalam bentuk kontrak. Pelabur dapat memperoleh keuntungan besar dari turun naik harga emas yang dinamik, iaitu ketika harga emas naik, anda akan mendapat keuntungan, dan ketika harga emas jatuh, anda masih berpeluang menjana keuntungan.
Pelaburan emas fizikal sangat menarik, tetapi kos transaksi tinggi dan tidak mesra dengan pelabur biasa. Perdagangan emas dalam talian memberikan lebih banyak pilihan kerana alat leverage yang disediakan.
Melalui trading emas dalam talian, anda boleh menggunakan leverage sehingga anda dapat berdagang dengan hanya sejumlah kecil dana, agar tidak membebani poket anda dan membawa keuntungan yang besar. Malah pulangan pelaburan anda akan menjadi banyak kali modal yang telah anda gunakan.
Contohnya, jika anda menggunakan leverage 1:100 pada kedudukan USD $ 1815 anda hanya perlu deposit USD $ 18.15. Apabila anda menutup kedudukan anda pada $ 1,815, keuntungan anda akan menjadi $ 20.
Untuk keterangan lebih lanjut, sila perhatikan jadual berikut!
Perbandingan | Berdagang dengan leverage | Tanpa leverage |
Rasio Leverage | 100:1 | 0 |
Harga beli | $1815(100 Oz) | $1815(100 Oz) |
Lot | 1 lot(100 Oz) | 1 lot(100 Oz) |
Modal yang diperlukan | 18.15=100/ $1815 *1* | $1815 |
Harga Jual | $1835 | $1835 |
Keuntungan | $20 | $20 |
Laba investasi | 110% | 1.1% |
dari jadual di atas, jelas terlihat perdagangan emas dalam talian mempunyai kelebihan tersendiri dari segi modal, keselamatan, penawaran dan keuntungan, misalnya:
1️⃣ Modal pelaburan kecil
Kos pelaburan emas fizikal bergantung pada jumlah gram emas yang anda beli. Untuk emas dalam talian, anda tidak perlu bimbang tentang modal awal, kerana anda dapat membuka akaun perdagangan secara percuma, dan ukuran lot minimum adalah 0.01, yang bermaksud anda boleh memulakan perdagangan dengan harga kurang dari $ 18.
2️⃣ Peluang besar untuk mendapat keuntungan
Untuk emas fizikal, semakin lama masa penyimpanan, semakin tinggi harganya, jadi emas fizikal sesuai untuk pelaburan jangka panjang. Tidak seperti perdagangan emas, pelabur dapat memperoleh keuntungan yang berpotensi lebih besar pada bila-bila masa.
3️⃣ Keselamatan yang lebih baik
Perdagangan emas tidak melibatkan perdagangan emas fizikal, jadi tidak perlu risau tentang keselamatan dan yuran depositnya. Ini bermaksud urus niaga yang dijalankan lebih mudah, lebih selamat dan lebih menjimatkan.
4️⃣ Waktu perdagangan lebih fleksibel
Anda hanya perlu membuka akaun dagangan pada broker tukaran wang asing yang dipercayai, dan anda boleh dengan mudah menjual emas 24 jam sehari (Isnin hingga Jumaat).
Sebagai trader, anda masih harus menyedari risiko leverage boleh kehilangan sejumlah besar dana, tetapi melalui alat pengurusan risiko dan memilih leverage yang sesuai dengan kemampuan kawalan anda, anda dapat meminimumkan risiko ini.
Setelah memahami pelbagai kelebihan perdagangan emas dalam talian yang menguntungkan, ia akan membuat anda lebih berminat, bukan?
Cuma kaedah trading emas ini memerlukan anda memilih broker yang berdaftar dan berlesen serta mempunyai reputasi yang baik dalam kalangan traders. Antara broker yang dipercayai adalah broker dari Australia yang berdaftar dengan ASIC (( Australian Securities & investment Commision ), iaitu satu badan yang sama bidang kuasanya dengan SSM Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Iaitu Mitrade.
Mengapa Memilih Mitrade?
※ Sebagai salah satu broker CFD terbaik di dunia, Mitrade telah ditubuhkan lebih dari 10 tahun dan telah memenangi banyak anugerah antarabangsa, seperti anugerah platform forex terbaik dan anugerah perkhidmatan kewangan terbaik dan perkhidmatan berkualiti tinggi.
※ Mitrade memberikan spread rendah dan 0 komisen, yang tidak akan meningkatkan beban kewangan anda, dan menyediakan kemudahan nisbah leverage yang cukup tinggi untuk menyokong perdagangan emas dalam talian anda. Anda boleh memulakan perdagangan sejumlah kecil emas, 0.01 lot atau 17.6 dolar AS.
※ Mitrade menyediakan akaun demo dengan mata wang maya bernilai $ 50,000 untuk pemula yang ingin mempraktikkan perdagangan emas. Anda boleh menggunakan peluang ini untuk mempraktikkan pelbagai kemahiran dan strategi perdagangan.
※ Ia berikan pengalaman perdagangan terbaik: Mempunyai platform perdagangan yang lengkap, sokongan pelanggan 24 jam, sokongan maklumat terkini dan pandangan pasaran dari pasukan penyelidikan profesional.
JOM SEGERA DAFTAR DAN BERDAGANG!>>>
Kemudian anda akan mempersoalkan berapa sebenarnya kos yang diperlukan untuk kos pelaburan saham emas? Pertama sekali setelah anda membuka akaun perdagangan emas, kebanyakan bank akan menawarkan modal permulaan serendah 1gm emas iaitu +-RM 280 dan keatas bagi emas 999. Kiraan emas juga dikira berdasarkan purata keseluruhan emas contohnya:
Jumlah yang ingin dibeli ialah 5 gram, harga keseluruhan yang dibayar untuk mendapatkan 5 gram emas fizikal tersebut ialah RM1494. Purata harga bagi setiap gram emas yang dimiliki ialah RM1494/5 = RM298.80/Gram +-.
Selain itu kos-kos lain seperti kos pengurusan, duti stamp dan lain-lain kos adalah bergantung kepada broker anda.
Kos Pelaburan Trading Emas?
Jika di Mitrade, anda boleh mendaftar akaun dan mulakan dagangan anda di akaun demo dahulu. Selepas memahirkan diri anda boleh membukan akaun secara langsung dan hanya dengan serendah $ 50 deposit awal, anda sudah boleh memulakan dagangan anda dengan berdagang emas secara leveraj. Anda boleh membeli serendah 1 lot sahaja sebagai permulaan. Menarik bukan? Di Mitrade anda juga bolehg mempelbagaikan portfolio anda kerana Mitrade juga menyediakan dagangan Forex, Bitcoin, Komoditi, dan lain-lain.
Tapi apa yang paling penting adalah jangan meletakkan telur didalam satu bakul “never put all eggs in a basket” kerana risiko anda kehilangan semua modal anda. Pelbagaikan instrument anda supaya anda lebih bersedia.
Bila bercerita tentang emas, lazimnya ia akan dianggap sebagai satu pelaburan yang sangat selamat berbanding pelaburan lain, namun tiada satupun pelaburan yang tidak mempunyai sebarang risiko kerugian, ada risiko dalam pelaburan emas:
Tidak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek
Jika anda membeli emas, atau saham emas dengan harapan untuk menjadi jutawan pada keesokan harinya, maka pelaburan saham emas bukan untuk anda, ianya bukanlah pelaburan JANGKA MASA PENDEK.
Ketidakstabilan Ekonomi Boleh Memberi Kesan Buruk Pada Harga Pasaran
Emas menjadi pilihan pelabur apabila nilai inflasi meningkat, dimana pelabur akan beralih kepada emas untuk menyelamatkan nilai wang mereka. Namun jika dilihat dari mata kasar ianya seolah-olah satu Tindakan yang bijak, tapi jika berlakuka ketidakstabilan ekonomi secara jangka masa panjang, pasaran saham emas akan turut terkesan dan adakah anda yakin bahawa anda bakal mendapat pulangan yang baik.
Unsur Riba (Bagi yang beragama islam)
Ini adalah perkara yang paling penting di Malaysia memandangkan majoriti penduduk Malaysia adalah Muslim. Penting untuk setiap pelabur untuk berhati-hati dalam pelaburan emas agar tidak jatuh kepada riba antaranya tiada penangguhan bermaksud segalanya tidak boleg melibatkan hutang.
Secara umumnya pelaburan saham emas adalah satu daripada beberapa kaedah pelaburan emas yang boleh anda tambah dalam portfolio dagangan anda, walaupun mempunyai risiko ianya tetap sesuatu yang menarik untuk dicuba, bayangkan anda hanya menanti dan Nampak peluang untuk mendapatkan keuntungan, tapi anda hanya mendiamkan diri dan berpeluk tubuh. Sila rujuk senarai saham emas diatas dan di Bursa Malaysia.
Sebagai pelabur yang baru pula, ada alternatif lain yang boleh menjadi pilihan anda untuk mengurangkan risiko kerugian iaitu Trading Emas. Alternatif yang lebih mudah dan sangat mesra pelabur baru. Jadi anda boleh berdagang dimana-mana sahaja tanpa memerlukan anda keluar. Jom jadi orang yang sentiasa mengambil peluang dan jana pendapatan anda sekarang kerana ekonomi semakin menghimpit. Inilah masanya.
Berdagang Emas Dengan Komisen Sifar!>>>
*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*