Forex Trading Market Pasaran Perdagangan Kripto Komoditi CFD Saham Belajar Berdagang Wawasan Mingguan Indeks

Perdagangan Forex, Emas, Bitcoin Dan Lainnya Dalam
Talian

Apa Itu Bon?Cara Pelaburan Bon Di Malaysia 2021
Fatimah
2021-01-15 2207

Baru-baru ini apabila kerajaan mengumumkan tentang pengeluaran caruman wang simpanan pekerja (KWSP) untuk golongan yang terkesan, ada pihak yang menyentuh soal bon, jual bon untuk pembiayaan pembayaran. Tahukah anda apa itu BON? Dan apa yang boleh dilakukan dengan bon, jadi dalam artikel kali ini akan mengupas dengan lebih lanjut tentang pelaburan bon di Malaysia, jenis-jenis bon serta pilihan lain untuk melabur selain dari bon.

16107023009221

Post Contents [hide]
1. Apa Itu Bon atau Sukuk

Pasti anda tertanya- tanya apa itu bon? Bon ialah satu akujanji hutang yang mana ianya dikeluarkan oleh badan kerajaan ataupun sesebuah syarikat. Pelabur bon adalah seorang yang memberikan pinjaman wang kepada badan-badan kerajaan atau syarikat manakala yang menerbitkan bon pula ialah sebagai peminjam.

 

Contohnya adalah Bon Simpanan Merdeka 2008 yang khas untuk warga emas yang mana ianya mula dijual kepada warga asing berumur 55 tahun keatas. Bon ini diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia. Satu masa lalu bon ini sangat popular dan kebanyakan warga emas akan cuba memilikinya untuk menjana pendapatan yang lebih.


Sukuk pula ialah nama lain dalam bahasa Arab yang bermaksud sijil-sijil kewangan (biasanya dalam kewangan Islam), sistem sukuk sama seperti bon tapi diwujudkan untuk memenuhi prinsip pelaburan syariah. Lebih dikenali sebagai bon Islam.

 

Kadar faedah dalam bon dipanggil “kadar kupon” dimana ianya dijanjikan akan dibayar faedah oleh penerbit bon. Ibarat anda memberi pinjaman kepada seseorang dan ia membayar semula bersama dengan faedahnya. Pelabur adalah ibarat bank dan penerbit bon ibarat peminjam. Sama kaedahnya kita membuat pinjaman di bank.


Elemen-Elemen Bon Ialah:


● Kadar Faedah

● Inflasi - bergantung kepada keadaan ekonomi, bon boleh jatuh harga jika inflasi tinggi

● Tempoh Matang - disebabkan bon mempunyai tempoh matang, jadi ia menjadi sedikit berisiko .

● Kualiti kredit - hutang haruslah dibayar jadi bagi syarikat penerbit bon perlu mengekalkan kualiti dan kredibiliti agar lebih dipercayai oleh pelabur.

2. Jenis-Jenis Bon

Ada beberapa jenis bon yang berbeza di pasaran mengikut kepada jenis dan risikonya. Ada bon jangka panjang dan juga bon jangka pendek, yang membezakannya ialah tempoh matangnya. Jenis-jenis bon yang ada ialah :

 

❖ Bon Kerajaan

Paling popular dan berisiko rendah. Dikategorikan sebagai pelaburan bon yang paling selamat kerana kadar faedah yang rendah jika dinilai dengan bon jenis lain. Antaranya ialah zero-coupon bon iaitu tanpa sebarang faedah yang diberikan dan harganya juga lebih rendah. Biasanya apabila sampai tempoh matang ianya memberikan nilai muka yang sama kepada pelabur.


❖ Bon Korporat

Selalunya bon korporat dikeluarkan oleh syarikat korporat yang mempunyai taraf kredit yang baik. Taraf kredit akan dilakukan oleh agensi penilai dan setelah dinilai baik, syarikat ini boleh mengeluarkan bon untuk mendapatkan jumlah dana operasi. Kadar faedahnya lebih tinggi berbanding bon kerajaan dan jika dinilai dengan instrumen pasaran yang lain, faedahnya lebih rendah.


❖ Bon Perbandaran

Fungsinya lebih kurang dengan bon kerajaan, dan ianya juga dianggap selamat untuk pelaburan. Bezanya ia terbitkan oleh pihak berkuasa tempatan contohnya bon yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang 2004, MBPG adalah pihak berkuasa tempatan pertama yang mengeluarkan bon perbandaran.


❖ Bon Boleh Tukar (Convertible Bon )

Bon jenis ini membolehkan pemiliknya untuk menukarkan bonnya dalam bentuk saham ekuiti atau saham biasa pada masa yang ditetapkan. Ianya sejenis sekuriti hutang korporat berpendapatan tetap. 

3. Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Bon

Bagi seorang pelabur, melabur ialah satu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan pendapatan. Oleh itu anda boleh memilih menjadi seorang pelabur sambilan ataupun secara tetap. Namun walaupun pelaburan boleh mendatangkan hasil yang lumayan ianya tetap mempunyai sisi baik dan buruknya. Begitu juga dengan pelaburan bon, mempunyai kelebihan dan kekurangan.

 

Kelebihan Pelaburan Bon


➢ Pelaburan bon lebih selamat dan berisiko rendah, hal ini adalah kerana dalam pelaburan bon ada dinyatakan kadar faedah atau kadar kupon yang akan diterima. Oleh itu ia sesuai untuk orang yang menginginkan persaraan awal kerana pembayaran faedahnya secara berkala.


➢ Bon tidak memberikan kepentingan pemilikan, tidak seperti saham yang memberikan pemilikan kepada pemegang saham, syarikat boleh menjual saham tanpa menjejaskan pemilikan bon. Kadar faedah nya juga tetap berbanding saham.


➢ Callable bond iaitu keadaan dimana syarikat boleh memaksa pelabur untuk menjual semula bon kepada syarikat sebelum tempoh matangnya. Ini merupakan kelebihan kepada syarikat penerbit bon


➢ Lebih baik dari bank, faedah yang anda dapat dari pelaburan bon biasanya lebih tinggi dari kadar deposit yang dibayar oleh bank. Ini bermakna seandainya anda mempunyai lebihan wang yang tidak digunakan, pelaburan bon adalah tepat dan sesuai untuk anda yang inginkan kadar pulangan tetap.

 


Kekurangan Pelaburan Bon


➢ Risiko Kredit

Bon ialah sejenis akujanji hutang dimana ianya boleh mengakibatkan penerbit bon tidak mampu membayar faedah yang sepatutnya kepada pelabur seandainya terdapat masalah dalam aliran tunai.


➢ Tiada Pemilikan Pegangan

Pelabur tidak mempunyai sebarang pemilikan pegangan dalam syarikat dan sekiranya penerbit mempunyai hak untuk membeli semula bon sebelum tempoh matang. Ianya adalah kekurangan untuk pelabur dan kelebihan kepada syarikat penerbit bon.


➢ Kenaikan kadar faedah dimana harganya boleh jatuh dan terus jatuh ke kadar yang paling rendah sekiranya berlaku pergolakan pasaran.


4. Pebezaan Bon dan Saham

Walaupun bon juga merupakan satu bentuk pelaburan, ia juga berbeza daripada saham yang juga merupakan pelaburan.  Jadi apakah beza bon dan saham?

 

BON

SAHAM

Bon adalah hutang, akujanji hutang

Saham adalah pemilikan ekuiti.

Apabila pelabur membeli bon ia menjadikan pelabur seorang pemiutang kepada syarikat atau entiti penerbit

Manakala saham menjadikan pelaburnya memiliki sebahagian daripada syarikat

 

Mempunyai tempoh matang tertentu

Saham pula berkekalan selagi syarikat beroperasi

Faedah bon adalah tetap dan sesuai untuk dijadikan pendapatan tetap

Keuntungan saham pula bergantung kepada prestasi syarikat dan dibayar mengikut perjanjian yang ditetapkan

Pelaburan bon lebih selamat dan berisiko rendah

Pelaburan saham lebih berisiko lebih-lebih bagi apabila keadaan matawang yang turun naik


5. Adakah Anda Perlu Melabur Di Dalam Bon?

Jika ditanya adakah perlu untuk melabur di dalam bon? Jawapannya mudah. Apakah tujuan dan visi anda untuk melabur? Dan apakah bentuk pulangan yang diingini?  Jika anda inginkan kestabilan, pulangan tetap dan risiko yang rendah maka jawapannya adalah YA, anda perlu melabur dalam bon kerana ianya mempunyai portfolio yang stabil, pulangan rendah namun tetap dan anda boleh meramalkan keadaan kedudukan anda dengan syarikat penerbit bon yang anda pilih. Ia juga satu alternatif pelaburan yang agak terjamin lagi-lagi jika ia melibatkan bon kerajaan.

 

Tetapi jika anda seorang pemain saham atau pelabur yang inginkan pulangan cepat dan tinggi, sanggup mengambil risiko dan bijak mengambil peluang yang ada, maka jawapannya ialah TIDAK, kerana bon lebih bersifat sebagai penyimpanan selamat dan pulangan rendah serta mempunyai tempoh matangnya. Ada banyak peluang dagangan lain yang boleh anda pilih sesuai dengan kehendak anda. Salah satunya ialah CFD. Untuk mengetahui kenapa CFD menjadi satu peluang yang lebih baik. Baca selanjutnya.

6. CFD Peluang Pelaburan Lain - CFD

CFD ialah satu kaedah pelaburan yang berisiko tinggi tetapi mempunyai kebolehan serta kebarangkalian yang tinggi untuk memperolehi keuntungan mudah jika anda seorang pelabur yang bijak. Mengapa ianya satu pilihan yang baik?

 

CFD atau contract for difference (kontrak untuk perbezaan) adalah satu kontrak yang ditawarkan kepada pelabur untuk berdagang atas perbezaan. Keuntungan diperolehi daripada perbezaan harga pembukaan dan harga penutup.

 

Dalam CFD anda boleh memilih pelbagai instrumen lain untuk mempelbagaikan portfolio anda dan mengurangkan risiko. Ia juga membolehkan anda untuk berdagang dengan leveraj yang sedia ada serta menjimatkan wang anda kerana modalnya yang rendah.

 

Dalam CFD, anda akan meramalkan kenaikan atau kejatuhan harga dimana apabila anda yakin ianya akan naik, maka anda membeli saham tersebut dan jual semula apabila ramalan anda betul, jadi perbezaan harga beli dan jual adalah keuntungan yang anda perolehi.

 

Cuma ianya berbeza daripada pelaburan tradisional dimana anda tidak memiliki aset tersebut, anda cuma berdagang atas margin. Contoh CFD ialah seperti berikut :


Nilai saham Tesla hari ini ( 15 Jan 2021 ) ialah $852.68, anda ingin membeli 100 lot saham Tesla.

$ 852.68 x 100 = $ 85 268

Nisbah margin ialah 0.5%

$ 85 268 x 0.5% = $ 426.34 ←------------ Jumlah yang anda bayar untuk memulakan dagangan.
Anda tidak perlu membayar secara keseluruhan untuk mulakan dagangan anda.


● Kelebihan dan Kekurangan CFD

Walaupun CFD kelihatan mudah namun ia tetap mempunyai risiko tersendiri dan antara kelebihan dan kekurangan nya adalah seperti berikut.


Kelebihan CFD

Kekurangan CFD

Berdagang dengan leveraj bermakna anda boleh memulakan dagangan anda dengan posisi yang besar walaupun modal anda kecil

Tidak memiliki saham tersebut kerana anda cuma berdagang diatas leveraj sahaja

Tiada tempoh masa yang ditetapkan, anda bebas untuk membiarkan dagangan anda bergerak di pasaran

Risiko turun naik pasaran yang wujud adalah tinggi, jadi anda perlulah menggunakan kelebihan SL (Stop Loss) untuk mengelakan kerugian besar

Banyak peluang peralatan dagangan, CFD menawarkan banyak peralatan perdagangan antaranya ialah komoditi, indeks, mintak mentah dan emas

Risiko Broker, anda perlu mencari broker yang dipercayai dan menawarkan leveraj yang baik supaya anda tidak hanya berdepan dengan kerugian.

Bebas menjual atau membeli di pasaran kerana anda tetap mempunyai keuntungan



● Cadangan Saya Untuk Anda Mulakan Dagangan CFD

Untuk mulakan dagangan CFD anda, adalah penting untuk memilih broker yang diyakini agar risiko yang dapat diminimakan dan modal anda selamat. Jadi saya mencadangkan Mitrade sebagai broker terbaik daripada Australia. Siapakah Mitrade?


● Mitrade

Jika anda mengenali pelbagai jenis broker, pasti anda dapat mengenali karakter setiap broker tersebut dan Mitrade ialah salah satu broker yang paling telus dalam urusniaga. Merupakan broker atas talian yang dikawal selia oleh ASIC ( Suruhanjaya Sekuriti Australia) yang mengekalkan rekod terbaik sepanjang hampir 10 tahun dalam pasaran. 


Mitrade menawarkan pelbagai jenis instrumen dagangan yang menarik untuk pelabur membuat pilihan portfolio mereka. Selain itu platform Mitrade sangat mudah digunakan kerana ianya mesra pelabur lama atau pelabur baru. Jika anda ingin membuat latihan diatas platform Mitrade, anda hanya perlu mendaftar akaun demo dengan wang virtual yang disediakan sehingga anda benar-benar yakin mampu untuk melakukan dagangan sebenar. 


Alami akaun demo percuma nikmati $50000 wang maya>> >


● Bagaimana Mulakan Dagangan Anda Di Mitrade?

❏ Menyediakan pendaftaran mudah, anda hanya perlu ke laman sesawang Mitrade untuk mendaftar akaun anda menggunakan nombor telefon ataupun email. Akaun Facebook atau Gmail juga dibolehkan

❏ Masukkan maklumat yang diminta untuk tujuan verifikasi (maklumat anda dilindungi oleh klausa kerahsiaan)

❏ Jika anda mulakan akaun demo, dapatkan wang virtual anda dan mulakan latihan anda untuk membiasakan diri dengan dunia pasaran sebenar

❏ Setelah anda benar-benar bersedia, anda boleh melakukan deposit wang sebenar dan perjalanan anda akan bermula sebagai seorang pelabur.


16142249015098

Kesimpulan

Ringkasnya bagi anda yang tidak ingin risiko yang tinggi untuk melabur, sekarang anda sudahpun faham apakah itu bon dan sukuk, jenis-jenis bon dan bagaimana anda boleh mendapatkan faedah yang anda ingini. Tetapi jika sebaliknya, anda seorang yang berani mengambil risiko dan ingin menjana keuntungan yang lebih besar, maka CFD adalah pilihan terbaik.

Memulakan sesuatu langkah adalah perkara mudah namun untuk mengekalkan kedudukannya ialah satu cabaran yang besar. Begitu juga dalam dunia pelaburan. Tetapi jika anda tidak memulakan langkah langsung dan membiarkan setiap peluang pergi begitu sahaja bermakna anda hanya merugikan diri sendiri. Dunia sekarang berbeza dengan dahulu lebih-lebih lagi kini persaingan sangatlah kuat dan jalan untuk menjana duit juga makin mudah. Jadi apa lagi yang anda tunggu.

16142250338754


*Penyataan: Semua isi dari artikel ini hanya pendapat pribadi penulis dan hanya untuk referensi. Investor tidak boleh menggunakan informasi ini untuk menggantikan penilaian independen atau hanya membuat keputusan berdasarkan informasi ini. Mitrade bukanlah penasihat keuangan dan semua layanan disediakan atas dasar eksekusi saja, dan Mitrade tidak menjamin keakuratan atau kelengkapan informasi dan tidak bertanggung jawab atas hasil apa pun disebabkan oleh isi artikel tersebut.*

Share this story