Sebagai saham bersijil, saham adalah sesuatu yang boleh dirunding secara selamat untuk meraih dana oleh syarikat-syarikat yang tersenarai kepada pemegang-pemegang sahamnya. Pemegang saham adalah pelabur yang memiliki secara sah satu ataupun lebih perkongsian saham di dalam syarikat dan mempunyai hak untuk menikmati segala aset dan faedah didalam sesebuah syarikat. Sesebuah syarikat yang mengisukan saham adalah bertujuan untuk memperolehi dana daripada awam untuk pembangunan perniagaannya, di mana pelabur membeli saham untuk memperolehi pulangan dan mempelbagaikan portfolionya.


Mitrade adalah pemenang anugerah broker yang memfokuskan kepada khidmat perdagangan Kontrak Perbezaan (CFD – Contract Of Difference). Tidak seperti saham konvensional yang lain, CFD membenarkan setiap pelaburnya untuk mengagak pergerakan harga saham berbanding memiliki saham itu sendiri, maka pelabur boleh memilih antara kedua-duanya sama ada memiliki saham atau membawa hak untuk mengundi.

Pelabur yang berdagang CFD saham tidak perlu memiliki aset asas sebenar untuk mengaut keuntungan daripada perubahan harga saham. CFD adalah kontrak antara kedua-dua pihak (iaitu, pembekal dan anda), dan keuntungan atau kerugian anda adalah perbezaan antara kemasukan anda dan keluar dari harga transaksi.


1. CFD saham membolehkan pelabur menggunakan leverage untuk berdagang, iaitu, melabur kurang modal untuk mendapatkan potensi pulangan yang lebih besar. Tentunya, penggunaan dagangan leverage juga mewakili risiko dan kerugian yang lebih tinggi.


2. Pelabur CFD saham tidak memiliki saham. Oleh itu, pelabur CFD tidak mempunyai hak pemilikan saham atau mengundi. Tetapi pelabur yang membeli saham tradisional biasanya mempunyai hak lain seperti hak mengundi dan perkongsian dividen.


3. Walaupun dalam tempoh pembangunan ekonomi yang positif, pasaran saham global penuh dengan ketidaktentuan. Walau bagaimanapun, apabila pasaran menghadapi risiko kelemahan, jika portfolio pelaburan pelabur dilengkapi dengan produk CFD, fungsi jualan pendek boleh digunakan untuk membuat keuntungan yang mungkin. Oleh itu, dagangan CFD saham boleh menyediakan pelabur dengan lebih banyak pilihan pelaburan.


4. Berdagang CFD saham pada platform Mitrade boleh melakukan pengurusan risiko yang lebih baik dan menjadikan pesanan lebih mudah. Pelabur boleh membuat pelbagai pesanan dengan prasangka secara percuma untuk menguruskan risiko dengan lebih berkesan.


5. Sila ambil perhatian bahawa apabila berdagang dengan CFD, jika posisi anda tidak ditutup semalaman, anda mungkin dikenakan pembiayaan semalaman. Oleh itu, CFD hanya sesuai untuk urus niaga jangka pendek dan tidak sesuai untuk pegangan jangka panjang.

Kebanyakan saham terbahagi kepada pertumbuhan saham atau nilai saham itu secara amnya.


 (1) Pertumbuhan Saham

Pertumbuhan saham adalah apa sahaja saham di dalam syarikat yang di senaraikan yang dijangkakan berkembang di kadar yang ketara melebihi pertumbuhan purata dalam pasaran. Di mana pelabur akan menjana keuntungan daripada syarikat yang sedang berkembang. Syarikat yang sedang berkembang lebih digemari kerana sesetengah pelabur menjangka kan peluang yang lebih baik untuk mengembang kan lagi perniagaan mereka, memperolehi lebih banyak saham dalam pasaran dan menjadi lebih berdaya saing untuk tahun yang akan datang.


 (2) Nilai Saham

 Nilai saham biasanya akan di isukan oleh sesebuah syarikat yang lebih matang dan stabil. Ia bercirikan keuntungan yang lebih kukuh, harga yang lebih rendah, keselamatan yang tinggi dan dividen biasa di kebanyakan kes, tetapi ia juga merujuk kepada nisbah perolehan harga rendah dan nisbah harga buku yang rendah. Sementara itu, nilai saham itu di meningkat di kadar risiko yang lebih rendah dan turun naik berbanding pertumbuhan saham itu sendiri.

Kebiasaannya, harga saham akan turun dan naik secara terus dengan permintaan bekalan, prestasi dan keuntungan syarikat, terutamanya dengan ekonomi makro serta faktor politik dan juga sentimen pasaran.


Permintaan dan Bekalan

Harga saham akan ditentukan oleh beberapa faktor, tetapi akhirnya harga akan mengikut kepada waktu itu yang ditetapkan oleh permintaan dan bekalan pada waktu tersebut. Bekalan ialah jumlah keseluruhan saham yang spesifik yang berada di dalam pasaran, di mana permintaan pula ialah jumlah keseluruhan permintaan didalam pasaran untuk saham itu. Bekalan yang rendah dan permintaan yang tinggi akan menyebabkan harga saham naik di mana bekalan tinggi dan permintaan rendah menyebabkan keputusan sebaliknya.


 Pendedahan Korporat

(1) Laporan kewangan : pendedahan laporan tahunan syarikat, laporan setengah tahun dan suku tahun selalunya membawa kepada turun naik harga saham itu sendiri kerana laporan itu akan mengandungi prestasi, keuntungan dan prospek syarikat dalam sesuatu tempoh. Jika laporan menunjukkan syarikat itu mempunyai prestasi yang baik ataupun ianya adalah sektor yang dijangkakan akan berkembang, pelabur akan lebih cenderung untuk membeli bahagian saham, permintaan saham akan meningkat dan harga saham akan naik dengan sewajarnya.

 (2) Pengumuman Syarikat: Ianya termasuk dengan pertukaran pengurusan; pemerolehan,penggabungan dan resolusi organisasi semula; belian semula saham; pembayaran faedah;dan Tindakan korporat yang lain.


Ekonomi Makro

Di masa waktu yang baik, saham lebih cenderung untuk naik sementara itu kemelesetan ianya mungkin akan jatuh. Kadar faedah juga adalah satu faktor penting dalam harga saham. Apabila kadar faedah jatuh, harga saham naik, dan individu akan lebih berbelanja dan seterusnya akan membawa kepada keuntungan korporat yang lebih tinggi, dan membolehkan syarikat untuk operasi kewangan, pemerolehan dan perkembangan di tahap kos pinjaman yang lebih rendah sehingga meningkat kan potensi keuntungan. Apabila kadar faedah meningkat, pengguna individu mungkin tidak akan mempertimbangkan untuk membeli barangan dengan kadar faedah yang berubah-ubah, seperti rumah dan kereta, ia akan secara tidak langsung menyebabkan penurunan pendapatan korporat. Dalam masa yang sama, perbadanan enggan mengakses dana daripada bank pada kos pinjaman yang tinggi, dan akan menyebabkan penurunan dalam perbelanjaan dan juga melambatkan pertumbuhan, oleh itu ianya memberikan kesan negative kepada prestasi dalam pasaran saham.


Politik antara bangsa dan hubungan perdagangan, bencana alam dan harga komoditi juga mempunyai impak yang ketara pada harga saham.

Tindakan korporat adalah satu tindakan yang dimulakan di peringkat korporat yang mempunyai kesan material terhadap sesuatu isu keselamatan di mana ianya termasuk dengan pembayaran dividen, pembahagian saham dan perkongsian.


Pembayaran Dividen

Pembayaran dividen adalah untuk mengagihkan atau mengedarkan bahagian keuntungan syarikat kepada pemegang-pemegang saham. Secara umumnya, dividen boleh diambil secara tunai atau melaburkan semula ke dalam saham. Dividen saham akan dibayar kepada pemegang saham dalam bentuk penambahan saham ke dalam syarikat di mana dividen tunai dibayar secara tunai. Dividen menunjukkan prestasi yang baik bagi syarikat yang tersenarai dan membantu dalam kepercayaan pelabur-pelabur didalam syarikat. Kebiasaannya pembayaran dividen syarikat awam lebih cenderung menjadi matang dan mempunyai reputasi yang lebih baik.


Pembahagian Saham

Pembahagian saham ialah tindakan korporat di mana syarikat yang di senaraikan membahagi kan saham sedia ada kepada saham berganda untuk menggalak kan kecairan saham. Contohnya Apple membuat 4 kepada 1 pembahagian saham di mana satu nilai saham paling tinggi Apple dibahagikan kepada 4 nilai rendah saham. Jadi isu jumlah keseluruhan saham meningkat, tetapi pemegang saham ekuiti dan jumlah nilai keseluruhan pasaran syarikat tidak berubah. Apabila harga saham syarikat menjadi terlalu tinggi atau melebihi nilai saham pesaing yang lain dalam industri yang sama, pembahagian itu menyebabkan saham menjadi mampu milik kepada pelabur-pelabur kecil dan akan merangsang kecairan saham.


Penggabungan Saham

Penggabungan saham adalah satu tindakan di mana korporat akan mengurang kan bilangan saham yang dipegang oleh setiap pemegang saham tetapi akan meningkatkan nilai setiap saham. Daripada mempengaruhi nilai pasaran syarikat secara langsung, ia mungkin memberi isyarat bahawa syarikat itu menghadapi masalah.

Dengan CFD, sebenarnya pelabur sendiri tidak mempunyai bahagian saham dan juga tidak mempunyai hak mengundi atau apa sahaja hak melanggan, isu atau membuat bahagian. Mitrade akan membuat pengukuran termasuk penyesuaian di baki akaun, untuk mengurang kan kesan tindakan korporat di dalam kedudukan perdagangan.

Analisis saham merupakan cara pelabur-pelabur membeli atau menjual stok saham selepas menganalisa, menilai dan meramal data masa lalu syarikat. Strategi asasnya adalah analisis fundamental dan analisis teknikal.

Análisis Fundamental

Ia adalah analisis keadaan ekonomi dan kewangan dan faktor-faktor lain, mencari nilai intrinsik saham. Matlamatnya adalah untuk mencapai nilai intrinsik sebenar dan membanding kan ia dengan harga stok semasa untuk menilai sama ada stok itu dinilai terlalu tinggi atau terlalu rendah. Pelabur cenderung untuk membeli stok-stok yang lebuh rendah dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi.

Analisis Fundamental mengandungi analisis kualitatif dan analisis kuantitatif.

(1)  Analisis kualitatif target kepada model perniagaan syarikat, kelebihan daya saingan, kecekapan pengurusan, tadbir urus korporat dan sentimen pasaran.

(2) Analisis kuantitatif terdapat pada penyata kewangan suku tahun atau tahunan oleh syarikat yang tersenarai.

 

Analisis fundamental selalunya menggabungkan analisis kualitatif dan analisa kuantitatif untuk membuat keputusan akhir pelaburan. Melalui analisis stok, status kewangan syarikat dan prestasi stok itu sendiri sangat penting dalam mengubah nilai intrinsik stok yang sebenar. Beberapa indikator yang digunakan dalam analisis fundamental:

 

Indikator

Maksud

(Hasil Pendapatan)

Pendapatan dijana melalui aktiviti perniagaan syarikat

Pendapatan berada di bahagian atas penyata pendapatan dan pelabur cenderung fokus kepada peningkatan pendapatan dari tahun ke tahun atau suku ke suku.

(EBIT)

EBIT = Hasil pendapatan – Kos Jualan – Kos Operasi

EBIT adalah keuntungan yang diperoleh syarikat daripada operasi utama. Ini adalah ukuran yang sangat penting bagi potensi keuntungan syarikat tidak termasuk pendapatan atau kerugian dari pelaburan, cukai atau susut nilai aset dan pelunasan.

(Pendapatan Bersih)

Pendapatan Bersih = Hasil – Semua Perbelanjaan

Pendapatan bersih berada di baris terakhir penyata pendapatan dan mewakili jumlah wang yang diperolehi syarikat pada waktu tertentu. Oleh itu, syarikat dapat mengagihkan pendapatan bersih kepada pemegang saham dalam bentuk dividen atau menggunakannya dalam mengembang kan pengeluaran dan operasi merujuk kepada rancangan perkembangannya, pendapatan bersih adalah indeks kewangan penting.

(Margin pendapatan bersih)

Margin Pendapatan Bersih = Pendapatan Bersih/Jumlah Hasil

Margin pendapatan bersih merupakan kayu ukur dalam membantu pelabur menilai sama ada syarikat memperoleh keuntungan yang cukup dari perniagaan utamanya dan sama ada kos operasi dan perbelanjaan overhead masih terkawal.

(EPS)

EPS = Pendapatan Bersih/Saham Tertunggak

EPS adalah keuntungan yang diperoleh setiap syer saham syarikat. Semakin tinggi yang diperoleh, semakin tinggi nilai saham dan pelabur bersedia untuk membayar harga yang lebih tinggi untuk syarikat yang lebih menguntungkan.

(P/E ratio)

P/E ratio = Harga Stok/Keuntungan Setiap Syer

Ia sering digunakan dalam mengukur sama ada harga syer adalah berpatutan. Pelabur selalunya membuat perbandingan ratio P/E di kalangan syarikat yang serupa di dalam industri untuk menentukan nilai hubung kait saham syarikat. Ratio P/E yang tinggi bermakna stok dinilai terlalu tinggi dan pelabur dapat meramal kadar pertumbuhan yang tinggi.

(ROE)

ROE = Pendapatan Bersih/ekuiti pemegang saham

Pelabur biasanya membanding kan ROE yang disasarkan oleh syarikat dengan angka purata industri. Jika ROE nya lebih tinggi dari tahap purata, maka hasil pendapatan bersih juga tinggi. Ia merupakan petanda yang baik. Tetapi, terdapat dalam beberapa kes, ROE nya lebih tinggi mungkin disebabkan ekuiti pemegang saham yang lebih sedikit dan ia perlu di perhatikan oleh pelabur.

 

Tambahan lagi untuk indikator di atas, kunci kira-kira, aliran tunai dan indikator operasi syarikat memfokuskan analisis fundamental. Tetapi, indikator operasi berbeza dari industri ke industri. Contohnya, perolehan inventori, jualan kaki per segi, dan pengekalan pelanggan adalah indikator utama untuk mengukur operasi perniagaan di industri runcit, manakala bagi syarikat yang fokus kepada perniagaan memesan, indikatornya termasuk juga purata pendapatan pengguna, nilai seumur hidup pelanggan, dan kos belian pengguna. Kebanyakan maklumat pengguna akan dimasukkan ke dalam laporan tahunan atau suku tahunan syarikat awam, jadi ia penting bagi para pelabur analisis fundamental untuk membaca laporan dan pengumuman korporat secara teliti.

 

 Analisis Teknikal

Ia cenderung kepada mengkaji stok data sejarah seperti harga trend saham dan jumlah dagangan, dalam usaha untuk menganalisa dan menjangka harga masa akan datang. Analisis teknikal akan dilakukan oleh grafik teknikal dan indikator teknikal.


 (1) Grafik Teknikal

Ia merupakan bentuk analisis teknikal di mana peniaga berusaha untuk menentukan sokongan dan halangan melalui cara tertentu. Grafik teknikal selalunya disokong oleh faktor psikologi dalam menjangka sama ada saham akan naik ke atas atau jatuh di bawah harga dan masa yang tertentu. Apabila rintangan ditembusi, peningkatan jumlah dagangan akan berlaku dan ia mendorong saham lebih tinggi.


 (2) Indikator Teknikal

Ia merupakan langkah analisis teknikal yang menggunakan matematik dan statistik untuk harga saham dan jumlah dagangan. Indikator teknikal yang selalu digunakan termasuk:


a.     Purata Bergerak

Indikator ini membantu pedagang secara jelas dalam mengenal pasti trend pasaran. Ia dianggap sebagai trend kenaikan apabila purata bergerak jangka pendek melintasi dan berada di atas purata bergerak jangka pendek.


 b.     MACD

Ia menunjukkan hubungan antara dua harga aset purata bergerak dan ia dikira melalui perbezaan antara purata bergerak pantas dan perlahan (EMA). “Pantas” menunjukkan kepada jangka pendek EMA (biasanya 12 tempoh), manakala “perlahan” bermakna jangka panjang EMA (biasanya 26 tempoh)

 

Biasanya apabila MACD positif, ia menunjukkan bahawa EMA 12 hari dinilai di atas EMA 26 hari dan semasa mereka melintasi lebih jauh, nilai positif meningkat dan ia menunjukkan bahawa stoknya semakin meningkat. Sebaliknya, MACD negatif menunjukkan bahawa EMA 12 hari di bawah EMA 26 hari dan semasa mereka bergerak lebih jauh, nilai negatif meningkat dan ia menunjukkan bahawa stok akan menurun ke bawah.


Bila MACD melintasi garis petunjuk (selalunya EMA 9 hari) ke atas, ia menandakan  pasaran beruang dan menunjukkan satu kemungkinan peluang jualan. Apabila MACD melintasi garisan petunjuk ke bawah, ia menandakan pasaran meningkat dan menunjukkan bahawa saham menuju ke arah aliran menaik.


 c.      RSI

Ia selalu menggunakan indikator di dalam analisis teknikal di mana akan menggambarkan kejayaan pasaran di dalam tempoh tertentu dan menilai kadar saham terlebih jual atau terlebih beli. Secara teorinya, walau bagaimana pun harga saham berubah, RSI selalu mengkadarkan antara 0 dan 100 dan kebanyakkannya berubah-ubah hingga 30 dan 70. Kebiasaannya ia dianggap kedudukan terlebih beli di 80 atau bahkan 90, di mana harga saham akan jatuh semula. Apabila harga saham jatuh di bawah 30, ia dianggap sebagai dijual berlebihan dan harganya akan naik semula.

Tidak menemui jawapan yang anda perlukan? Hubungi kami

Rakan Kongsi Dipercayai
Deposit dan Pengeluaran Dana Mudah Pelbagai saluran pembayaran yang menyokong deposit dan pengeluaran pantas.

*Beberapa kaedah pembayaran mungkin tidak tersedia di negara/wilayah Anda

Trading Di Aplikasi Mobil & Web Trading